Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Penyebab utama kematian di seluruh dunia ialah penyakit jantung iskemia (atau ischaemic heart diseases) iaitu kira-kira 16% daripada jumlah kematian dunia. Keadaan yang sama juga berlaku di Malaysia, di mana penyakit jantung kekal penyebab kematian utama rakyat Malaysia sejak lebih dua dekad yang lalu. Data terkini mendapati kadar kematian akibat penyakit jantung di Malaysia ialah kira-kira 17%.

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan penyakit jantung, mari saksikan Webinar dan Pelancaran Hari Jantung Sedunia 2022 melalui FBlive Portal Myhealth yang akan diadakan pada 29hb September 2022 (Khamis), bermula pada pukul 10.00 pagi, dengan barisan penceramah dan panel jemputan yang berkredibiliti untuk mengupas lebih lanjut mengenai penyakit jantung.

Untuk penyertaan dan pendaftaran tuan/ puan adalah dijemput untuk klik pada link di bawah:

https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_umkxIsBdQxOdqNflTLQE7Q

#HariJantungSedunia2022
#HargaiJantungSayangiKehidupan
#UseHeartForEveryHeart