Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🇲🇾 JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT

Jelajah ANMS diteruskan dan kini tiba di Daerah Hulu Langat!

📆 Tarikh : 24 September 2022 (Sabtu)
🕘 Masa : 7.00 pagi - 2.00 petang
📌 Tempat: Dataran MPKj @Stadium Kajang

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! antaranya :

🩺Saringan Kesihatan (Peka B40, saringan kesihatan remaja/wanita/lelaki, pemeriksaan gigi, Saringan kendiri KOSPEN & ujian kecergasan WellnessHub)
Saringan Kesihatan:
- Pemeriksaan Gula & Kolestrol Dalam Darah
- Pemeriksaan Tekanan Darah
- BMI
- Konsultasi Pegawai Perubatan PKD Hulu Langat
- pap smear & saringan payudara utk wanita

🤵🏻‍♂Penampilan istimewa Artis- Ebby Yus
🟡Fun WALK 10,000 langkah
🌅 Picnic Sarapan Pagi bersama Keluarga @Padang Dataran Stadium Kajang
🚛 Pameran bergerak & Tong Go Green MPKj
🥗 Demo masakan, Pertandingan Mewarna & Persembahan Badut
🔵 Pameran Kesihatan & Interaktif
dan sebagainya.

Pelbagai hadiah dan cenderahati menarik menanti anda 🎁🎁🎉🎉

Jumpa di sana! 😉

Untuk mendaftar Fun WALK, sila klik link :
https://forms.gle/oCmBHSxNVMNynfHr7

#ANMS #JelajahANMS
#KeluargaMalaysiaTeguhBersama
#DaerahHuluLangat
#SihatMilikSelangor
#sihatsepanjanghayat
⚠️ Pengsan atau ‘Syncope’ adalah istilah perubatan untuk pengsan yang berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat.

Sekiranya individu di sekeliling anda pengsan, JANGAN PANIK

1️⃣ Angkat mangsa ke tempat yang selamat dan sejuk.
2️⃣ Baringkan tubuhnya untuk mengelakkan serangan pengsan kali kedua sekiranya pesakit didirikan atau diletakkan dalam posisi duduk.
3️⃣ Jika mangsa masih bernafas secara normal, angkat kakinya lebih tinggi daripada paras jantung.Longgarkan pakaian atau buka tali pinggang agar mangsa dapat bernafas dengan lebih mudah.
4️⃣ Gerakkan tubuh, memanggil nama dan menepuk bahu atau badan mangsa bagi mengembalikan kesedarannya.
5️⃣ Sekiranya masih tidak ada sebarang respon, dapatkan bantuan kecemasan dengan menghubungi 999.
6️⃣ Sekiranya pesakit kembali tersedar, berikan minuman atau air bergula (sekiranya pesakit mengalami diabetes) dan segera membawa pesakit ke hospital.
Jangan lupa untuk mengambil buah-buahan dalam menu anda setiap hari.

Pisang merupakan antara buah yang paling mudah didapati dan mengandungi banyak khasiat.

Jom, kami kongsikan khasiat pisang!
Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir

Sertai sesi TikTok Live myhealthkkm esok pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Mohd Shahrol Abd Wahil dari Bahagian Kawalan Penyakit,KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Demam Denggi : Ambil Peduli Jangan Menjadi Mangsa

Saksikan dalam rancangan Selamat pagi Malaysia esok di TV1

Tarikh : 21 September 2022 (Rabu)
Masa : 8.50 pagi

Panel :

Dr. Sukhvinder Singh Sandhu
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor

Tuan Haji Topek Omar
Pegawai Sains (Kaji Serangga)
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Pentingnya Pemeriksaan Berkala

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 21 September 2022 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi

Panel :

Dr. Rosnah Ramly
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Penyakit Paru-Paru Berparut

Saksikan dalam rancangan Bicara DR esok di TV1.

Tarikh : 21 September 2022
Masa : 9.00 malam

Panel :
Dr. Syazatul Syakirin Sirol Aflah
Pakar Perubatan Respiratori
Institut Perubatan Respiratori

Siaran ulangan boleh disaksikan pada hari Jumaat, 23 September 2022 pada pukul 3.30 petang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Ingin dapatkan dos penggalak kedua vaksin COVID-19?

Layari www.protecthealth.com.my untuk melihat senarai PPV berhampiran rumah anda.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02uLBNcLFwAxipusqNz7buqswzr3RYwVbFU5M5X5YJusEqEgsF2RoSWfATcKu1K1aTl untuk edisi penuh.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Apakah Faktor yang mempengaruhi penyakit paru-paru berparut (pulmonary fibrosis)?

- Perokok atau bekas merokok
- Berusia lebih 50 tahun
- Penyakit gastrik (refluks)
- Sejarah jangkitan virus yang terdahulu
- Mutasi genetik
- Ubatan ‘pneumotoksik’
- Rawatan radiasi
- Pendedahan persekitaran yang terdedah kepada bahan 'allergen' kepada sesetengah individu
- Pendedahan berterusan di tempat kerja (contohnya asbestos, silika)

Kredit rakaman: GEGAR

Sumber: Institut Perubatan Respiratori
Bring your loved ones to get their COVID-19 vaccination booster dose 💉.

Support them so they can continue to stay safe 🥰.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bual Bicara KanWork: KANSER & ISU KEWANGAN

Sesi Bual Bicara yang membincangkan isu kewangan yang dihadapi oleh pesakit kanser.

🗓️ Sabtu 24 Sept 2022
2.30 – 4.30 petang
💻 Online Zoom & Facebook LIVE

*Panel 1:
Puan Khairun Nisa Jailani
Ketua Unit Kerja Sosial Perubatan
Institut Kanser Negara

*Panel 2:
Puan Emy Baizura Azrin Mohamed Hakke
Ketua Unit Perancangan Strategik & Kerjasama Return to Work (RTW)
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

*Panel 3:
Dr. Prema Sundralingam
Pengarah Perubatan
Takaful Ikhlas Family Berhad

*Panel 4:
En. Zolkefli Muhamad
Survivor Kanser Kolon

*Moderator:
Dr. Mohd Faisol Ibrahim
Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia/Timbalan Bendahari KanWork

⬇️Klik link untuk mendaftar: https://us02web.zoom.us/.../tZUkceqsqT4uGNZq15IP9d3pCwFiT...
- Link zoom diberikan melalui email selepas pendaftaran.

Pertanyaan:
http://www.wasap.my/60135938627/Kanser&Kewangan

Daftar sebelum 23 September 2022

E-sijil kepada peserta yang berdaftar & menyertai melalui zoom sahaja.

Terima kasih.
Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir

Jangan lupa sertai sesi TikTok Live myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Dr. Mohd Shahrol Abd Wahil dari Bahagian Kawalan Penyakit,KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Sibuk dengan kerja? Jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita abaikan status kesihatan kita.

Jom lakukan saringan kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan kita sekaligus dapat mengelakkan kita daripada menghidapi penyakit tidak berjangkit atau Non-Communicable Diseases (NCDs).

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.
( @myhealthkkm )

#kekalsihat
#SihatSepanjangHayat
#ANMS

Repost : Instagram amsyarjohari (https://www.instagram.com/reel/CiP44sPDt-J/?utm_source=ig_web_copy_link)

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Anda berada di sekolah dan sahabat anda tidak memakai pelitup muka 😷 walaupun ada yang bergejala.

Suarakan ketidakselesaan anda, nasihatkan mereka untuk turut memakai pelitup muka kerana COVID-19 masih berada di sekeliling kita.

#ANMS
#KekalSihat
#StrongerTogether
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Penjagaan Kesihatan Semasa Banjir.

Saksikan sekarang di https://www.tiktok.com/@myhealthkkm/live

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Alzheimer

Alzheimer merupakan penyakit neurodegeneratif yang disebabkan oleh proses penuaan pada sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan yang mana boleh mengganggu kualiti hidup seseorang.

Biasanya, warga emas mungkin juga mempunyai penyakit demensia seperti Alzheimer pada masa yang sama.

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala seperti dikongsikan.

💜Rawatan awal boleh melambatkan proses kemerosotan fungsi otak dan dapat mengekalkan keupayaan menjaga diri sendiri
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Iboh lupak polah saringan kesihatan di klinik yang berdekatan dengan ktk orang k 🥰

Kita sebagai orang dewasa bertanggungjawab untuk menyayangi diri kita dengan melakukan saringan kesihatan.

JOM SARING adalah inisiatif yang diperkenalkan oleh KKM untuk membuat saringan kesihatan bagi rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas.

Layari laman sesawang www.myhealth.gov.my & ikuti media sosial MyHealthKKM untuk maklumat lanjut .

(Kementerian Kesihatan Malaysia - Portal Myhealth)

#kekalsihat
#SihatSepanjangHayat
#ANMS

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Generational Endgame (GEG) perlu dilaksanakan bagi mengurangkan prevalen merokok di negara kita. Ini akan mengurangkan beban penjagaan kesihatan dan melindungi generasi masa depan.

Di bawah Rang Undang-undang baharu Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, langkah kawalan menyeluruh akan dikenakan ke atas SEMUA jenis produk tembakau dan merokok termasuk vape dengan atau tanpa nikotin.

Pelaksanaan GEG hanya melibatkan mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2022. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/pfbid02uLBNcLFwAxipusqNz7buqswzr3RYwVbFU5M5X5YJusEqEgsF2RoSWfATcKu1K1aTl untuk edisi penuh.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama