Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Semua iklan ubat berdaftar mestilah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) sebelum disiarkan.

Kawalan terhadap iklan ubat dibuat untuk memastikan maklumat dalam iklan adalah sahih dan tidak memperdayakan pengguna.
Kenal pasti iklan ubat yang telah mendapat kelulusan melalui nombor KKLIU yang dipaparkan pada iklan.

Contoh nombor kelulusan ialah: KKLIU 1234/2022.

#Biarbetuliklanni
#AdaKKLIUbaruOk

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
Sesetengah individu beranggapan bahawa pengambilan ubat tahan sakit hanya akan membawa mudarat. Walau bagaimanapun, pengambilan ubat tahan sakit mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor atau ahli farmasi boleh membantu mengawal kesakitan yang dialami.

Lazimnya, pesakit akan dimulakan dengan pilihan ubat tahan sakit yang paling selamat, bersesuaian dengan tahap kesakitan, pada dos yang paling rendah dan untuk jangka masa yang paling singkat.

https://www.facebook.com/100005293095285/videos/1084476415757922

#wawancaratv
#kenaliubatanda

Sumber: Duta Kenali Ubat Anda & Selamat Pagi Malaysia
Aktiviti Pemasangan dan Edaran 'Table Talk' Kempen Speak Out sempena Jelajah ANMS Perlis di Medan Selera Sena, Kangar anjuran Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dengan kerjasama JKN Perlis dan Majlis Pembandaran Kangar.

Program turut dihadiri Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM bersama dengan 25 Orang MYCHAMPION terdiri daripada sukarelawan COMBI Perlis PEMADAM dan Majlis Belia.

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02cvG78oXMW74TPRt863fMyZRHPtfkEJQPYYSpRN5MJJb73ExPXQ9eFhyqWHmV2BYtl&id=100068159346549

#ANMS
#anmsperlis
#perlisjomsihat
#budayahidupsihat
#MalaysiaSihatSejahtera
#karnivalanmsperlis2022
KKM ingin memaklumkan bahawa, kes-kes positif COVID-19 yang dipantau oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara juga menunjukkan trend peningkatan.

Berikut adalah perbandingan data CAC fizikal yang dilaporkan pada ME 24/2022 dan ME 25/2022.
Bilangan kedatangan pesakit ke CAC meningkat sebanyak 22.0%;
Bilangan kes COVID-19 baharu yang menjalani pemantauan di rumah meningkat sebanyak 16.5%; dan
Bilangan kes COVID-19 yang dirujuk CAC ke PKRC atau hospital meningkat sebanyak 18.9%.

Rajah 5:Trend kedatangan pesakit ke CAC fizikal, kes baharu COVID-19 menjalani pemantauan di rumah dan kes rujukan ke PKRC atau hospital dari ME 8/2022 hingga ME 25/2022
Untuk trend kes aktif harian COVID-19 yang dipantau secara maya (CAC Maya), terdapat peningkatan sebanyak 27.1% pada akhir ME 25/2022 berbanding pada akhir ME 24/2022 (dari 27,247 kes kepada 34,639 kes)

https://kpkesihatan.com/2022/06/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-jun-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia-minggu-epidemiologi-25-19-25-jun-2022
Tanda-tanda penyakit denggi adalah seperti
❗️ Demam kuat yang mengejut
❗️ Demam yang berlanjutan
❗️ Ruam merah di kulit
❗️ Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot sendi-sendi dan biji mata
❗️ Pendarahan di bawah kulit

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#denggi
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
KENYATAAN MEDIA
Menteri Kesihatan Menyeru Golongan B40 Untuk Membuat Saringan Kesihatan Percuma di Bawah PeKa B40

------------------------------------------------

PRESS RELEASE
Minister of Health Calls on Those in B40 to Take Up PeKa B40 Health Screening Programme

Sumber: ProtectHealth Corporation
Nyamuk Aedes membiak di dalam air bersih di dalam atau di luar rumah.

Kita berisiko untuk mendapat Demam Denggi jika digigit nyamuk Aedes.

Perhatikan tanda dan gejala Demam Denggi -
➡️ Demam yang kuat dan berlarutan
➡️ Sakit teruk pada sendi-sendi dan biji mata
➡️ Muntah
➡️ Pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi

Demam Denggi boleh membawa maut !!

https://youtu.be/jQCV86mKQDg

#denggi
#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🫀 Penyakit Jantung Iskemik punca utama kematian di Malaysia, dengan 68.6% kematian disebabkan oleh Penyakit Jantung Iskemik adalah dalam kalangan lelaki.

❤️ Sayangi diri anda.Jaga kesihatan jantung anda dengan:

👟Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi 3 kali seminggu
🍴Amalkan Pinggan Sihat Malaysia: Suku- Suku Separuh
🚭 Berhenti merokok
Elakkan pengambilan alkohol
😊Tangani tekanan dengan baik
🩸Periksa dan awasi tekanan darah, paras gula dan kolesterol dalam darah
🩺Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
Perlukah saya risau dengan peningkatan kejadian Jangkitan Influenza di Malaysia

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti:
🧒🏻 kanak-kanak
👴🏻 warga tua
🤰🏻wanita mengandung
💊mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Sehubungan itu, orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah amat digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
😷 Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin.

Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

📢 Oleh itu, sekiranya anda mempunyai gejala jangkitan influenza, anda dinasihatkan untuk mengamalkan perkara-perkara seperti dikongsikan.

✔️Jaga kebersihan dan elakkan berkunjung ke tempat awam.
Town Hall Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) bersama Ibu Bapa dan Penjaga WP Putrajaya secara atas talian.

Dijemput semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak 5 tahun ke bawah untuk menonton FB live ini untuk mencegah penularan wabak HFMD di Putrajaya.

Tarikh : 28 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Pautan : FB Live Perbadanan Putrajaya Perbadanan Putrajaya
Anjuran : Pejabat Kesihatan WP Putrajaya dan Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan Kerjasama Perbadanan Putrajaya

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku

https://www.facebook.com/events/5166696760034281/
📢 Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.

Langkah-langkah pencegahan penyakit inluenza yang boleh diamalkan adalah seperti dikongsikan.

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
Town Hall Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) bersama Ibu Bapa dan Penjaga WP Putrajaya secara atas talian.

Dijemput semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak 5 tahun ke bawah untuk menonton FB live ini untuk mencegah penularan wabak HFMD di Putrajaya.

Tarikh : 28 Jun 2022 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Pautan : FB Live Perbadanan Putrajaya Perbadanan Putrajaya
Anjuran : Pejabat Kesihatan WP Putrajaya dan Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan Kerjasama Perbadanan Putrajaya

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#hfmd
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lakukan regangan setelah duduk statik secara berterusan lebih dari 2 jam.

Kekal aktif, sihatmilikku.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#MalaysiaSihatSejahtera
#kekalaktif
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Town Hall Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) bersama Ibu Bapa dan Penjaga WP Putrajaya secara atas talian.

https://www.facebook.com/putrajaya/videos/340298231626076/