Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Status terkini pada jam 7.30 pagi, 12 Februari 2020 bagi kes Penyakit Coronavirus (COVID-19).

Statistik KKM adalah mengikut statistik terkini yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes Penyakit Coronavirus (COVID-19) dari semua negara yang dijangkiti.

Worldwide current statistics of COVID-19 by WHO as 7.30pm, today (Feb 12, 2020)

Worldwide current case and death statistics by WHO.

In Malaysia, 18 cases #COVID-19 including 3 have been cured and discharged.
Wanita Sado.

Saksikan pada pukul 12.00 tengah hari nanti dalam rancangan Mingguan Wanita bersama Dr. Aznizasuriati Burhan di Astro Prima.

#sihatmilikku
#walkthetalk
Saksikan rancangan 'Darah Muda' di saluran TV Bernama News Channel yang menjemput Dr Rozainanee Mohd Zain, Pakar Klinikal Virologi, Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membicarakan topik Koronavirus. Ikuti rancangan ini pada 12 Februari 2020 (Rabu) jam 9.00 malam.
Kenyataan Akhbar Menteri Kesihatan Malaysia Situasi Terkini Jangkitan Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) di Malaysia.

KKM menghargai kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak WHO dan berpandangan ia adalah satu nasihat kesiapsiagaan kepada Malaysia dalam menghadapi wabak COVID-19.

Situasi jangkitan COVID-19 masih lagi ditangani bersama oleh KKM dan juga NADMA.

KKM kini mempunyai 18 makmal awam seluruh negara selain 5 makmal swasta yang sedang dilatih bagi menjalankan ujian pengesanan wabak COVID-19.

Tiada kes baru dilaporkan pada hari ini.

Rujuk lampiran bagi kenyataan akhbar penuh.
Apa yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya ada pekerja yang bergejala COVID-19?

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Keberkesanan Penutup Mulut dan Hidung (Face Mask) serta Hand Sanitizer.

Saksikan pada pukul 11.00 malam dalam rancangan Soal Rakyat di TV3.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
COVID-19 : Kenali Kontak Rapat dan Cegah Penularan.

Saksikan esok dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada pukul 8.10 pagi di TV1.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
"DONOR BRING DONOR"
Anda penderma darah?

Ikuti langkah mudah ini:
1. Bawa rakan/keluarga anda menderma darah di PDN, Jalan Tun Razak.
2. Dapatkan cop dan kad yang telah disediakan di kaunter 'refreshment' di PDN.
3. Hadiah misteri akan diberikan jika anda telah melengkapi kesemua 8 cop pada kad.
4. Ulang langkah 1 sehingga 3.

Bermula 11 Februari 2020...

#donorbringdonor
#pendermakonsisiten
#jomdermadarah
Keistimewaan Penderma Darah.

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :

Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.

*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir. Penderma perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan. Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai. Keistimewaan ini hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja. Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini.

#pendermakonsisten
#keistimewaanpendermadarah
#jomdermadarah
Novel Coronavirus versi Bahasa Cina - Mandarin👆
Sekiranya anda bergejala dan diarahkan untuk berada di bawah pengawasan di rumah (home surveillance), lakukan perkara berikut.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Press Statement Ministry of Health Malaysia - Updates On The Coronavirus Disease 2019 (COVID-19) Situation in Malaysia (12 February 2020)