Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Anda juga boleh mendaftar sebagai pengikrar penderma organ menerusi laman sesawang Derma Organ www.dermaorgan.gov.my atau menekan pautan https://www.dermaorgan.gov.my/jomikrar/

Kad pengikrar anda akan kami hantar menerusi pos ke alamat diberikan dalam tempoh 4-6 minggu setelah borang dilengkapkan.

Pelbagai informasi terkini berkaitan pendermaan organ dan transplantasi di Malaysia juga boleh diperolehi menerusi laman sesawang ini.

Satu Ikrar, Sejuta Harapan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐑𝐔𝐓 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐏𝐄𝐊𝐓𝐈𝐅 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌

Masih ramai keliru dengan hukum pendermaan organ dan tisu selepas kematian sehingga menyebabkan proses menyelamatkan nyawa ini mendapat pelbagai pertikaian dan perselisihan faham.

Fatwa Kebangsaan pada tahun 1970 telah menetapkan bahawa Islam mengharuskan pendermaan organ dan tisu setelah meninggal dunia.

Berikut adalah asas keharusan pendermaan organ:

🔹SEGALA URUSAN ITU MENGIKUT TUJUANNYA
Pemindahan organ dilakukan bagi tujuan menyelamatkan nyawa dan tidak dilakukan dengan niat untuk menghina atau menyeksa mayat.

🔹KEMUDARATAN PERLU DIHILANGKAN
Menghilangkan kemudaratan yang menimpa manusia ialah salah satu matlamat syariah.

Pemindahan organ ialah ikhtiar yang diilhamkan oleh Allah kepada manusia sebagai suatu kemudahan bagi mengatasi kesukaran.
"....Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran..." Al-Baqarah (185)

🔹KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN
"...maka sesiapa terpaksa (kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula ia melampaui batas, maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." Al-Baqarah (173)

Ayuh semua usah keliru lagi berkaitan pendermaan organ selepas kematian dan bersama kita memberi harapan kepada mereka yang memerlukan dengan mendaftar sebagai pengikrar penderma organ selepas kematian melalui pautan https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙊𝙧𝙜𝙖𝙣, 𝘼𝙣𝙪𝙜𝙚𝙧𝙖𝙝 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

Terdapat 2 jenis kematian iaitu:
🧠Kematian Otak
❤️Kematian Jantung Terhenti

Kematian otak ialah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Pakar perubatan terlatih yang menjalankan ujian pengesahan kematian otak akan memaklumkan situasi berkenaan kepada waris sebelum menjalankan ujian pengesahan kali kedua. Waris juga diberikan peluang untuk memikirkan jika mempunyai hasrat untuk pendermaan organ. Tiada paksaan kepada waris berkaitan pendermaan organ.

Jika waris bersetuju untuk pendermaan organ, mesin pernafasan akan dikekalkan setelah ujian pengesahan kedua menunjukkan positif mati otak sehingga bakal penderma organ berkenaan dimasukkan ke dalam dewan bedah. Kebenaran bertulis daripada waris perlu diperolehi sebelum proses pendermaan organ dilaksanakan.

Berdasarkan rekod hanya kira-kira 1% sahaja kematian otak berbanding keseluruhan kematian yang ada.

Kematian jantung terhenti pula adalah kematian yang lazim berlaku di mana fungsi utama jantung terhenti.

Kematian jantung terhenti hanya boleh mendermakan tisu sahaja iaitu kornea mata, injap jantung, tulang dan kulit. Ia berikutan organ memerlukan oksigen melalui pengaliran dan bekalan darah.

Ayuh #KeluargaMalaysia bersama-sama kita mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐓𝐎𝐊 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Ayuh serlahkan bakat kreativiti anda dengan menyertai Pertandingan TikTok Kesedaran Pendermaan Organ.

Imbas kod QR disediakan atau layari pautan ini https://bit.ly/pertandingantiktokdermaorgan untuk syarat pertandingan dan borang penyertaan.

Tarikh tutup penyertaan adalah 23 Jun 2022.

🎁Hadiah wang tunai menanti pemenang
🥇RM400
🥈RM300
🥉RM200
🏅RM200

Layari TikTok Derma Organ https://vt.tiktok.com/ZSdstF9By/

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknadermaorgan
#dermaorgandeminyawa
#tiktokdermaorgan
#OrganDonation
#organdonationawareness
#sihatmilikku
𝐅𝐀𝐊𝐓𝐀 & 𝐏𝐑𝐎𝐒𝐄𝐃𝐔𝐑 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Pasti ramai tertanya-tanya apakah prosedur pendermaan organ selepas kematian dilaksanakan di Malaysia.

Ayuh lihat infografik yang disediakan untuk mengetahui secara asas berkaitan prosedur yang dijalankan untuk pendermaan organ selepas kematian.

Pendermaan organ selepas kematian akan dijalankan dengan penuh hormat setelah mendapat kebenaran waris.

Maklumkan hasrat murni kita berikrar sebagai penderma organ selepas kematian supaya mereka mengetahui hasrat kita apabila tiba masanya kelak.

Kepada yang belum mendaftar, ayuh daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

'DERMA ORGAN ANUGERAH KEHIDUPAN'

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknadermaorgan
#OrganDonation
#organdonationawareness
#sihatmilikku
🔊 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 !!!

Sambutan 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐 akan dilaksanakan seluruh negara pada 𝟏𝟑 𝐇𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀 𝟏𝟕 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟐

Tema sambutan 2022:
𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍: 𝐂𝐀𝐊𝐍𝐀 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏𝐀𝐍

Definisi tema:
🔹Rakyat Malaysia mengambil tahu berkaitan kepentingan pendermaan organ.
🔹Pendermaan organ bertujuan demi menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup.
🔹Mengalakkan rakyat sentiasa mendapatkan informasi yang tepat berkaitan pendermaan organ.

Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti anda sepanjang sambutan.

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#mkpo2022
#dermaorgancaknademikehidupan
#sihatmilikku
🎨𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐔𝐊𝐈𝐒 𝐏𝐎𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

📆Tempoh Penyertaan: 6 Julai sehingga 9 Ogos 2022

Syarat Pertandingan:
1)Terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 13 hingga 21 tahun.
2)Karya mestilah asli & mengikut tema.
3)Saiz lukisan: Drawing block (minimum saiz A4).
4)Medium: Bebas (pensil warna, krayon, cat air).
5)Menggunakan bahasa melayu atau Bahasa Inggeris.
6)Peserta perlu mengisi borang penyertaan disediakan.
7)Poster dihasilkan perlu dihantar ke Pusat Sumber Transplan Nasional, Aras 5, Menara Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur sebelum 9 Ogos 2022.
8)Keputusan juri adalah muktamad & semua hasil karya hak milik Pusat Sumber Transplan Nasional.

Pautan borang penyertaan: https://bit.ly/pertandinganpostermkpo2022

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#dermaorgancaknademikehidupan
#mkpo2022
#sihatmilikku
🎬 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

📆Tempoh Penyertaan: 7 Julai sehingga 8 Ogos 2022

Syarat Pertandingan:
1)Terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi.
2)Karya mestilah asli & mengikut tema.
3)Durasi: Kurang 3 minit.
4)Genre video: bebas (animasi,kolaj gambar, mesej khidmat awam, iklan , dokumentari).
5)Menggunakan Bahasa Melayu.
6)Peserta perlu mengisi borang penyertaan disediakan.
7)Video dihasilkan perlu dimuatnaik di Facebook masing-masing dengan hashtag #dermaorgan #mkpo2022
8)Tarikh tutup penyertaan: 8 Ogos 2022.
9)Keputusan juri adalah muktamad & semua hasil karya hak milik Pusat Sumber Transplan Nasional.

Pautan borang penyertaan: https://bit.ly/pertandinganvideomkpo2022

#dermaorgan
#dermaorganmalaysia
#dermaorgancaknademikehidupan
#mkpo2022
#sihatmilikku
🎪𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

🔴𝑷𝑬𝑵𝑫𝑨𝑭𝑻𝑨𝑹𝑨𝑵 𝑻𝑬𝑳𝑨𝑯 𝑫𝑰𝑩𝑼𝑲
𝑨
📆13 Julai sehingga 13 Ogos 2022
👩🏻‍⚕️ Penyertaan hanya terbuka kepada 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐛 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐌𝐮𝐝𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐑𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐢 𝐖𝐏 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 sahaja.
📋 𝟏𝟎 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐰𝐚𝐥 daftar penyertaan layak sertai.

Pautan borang penyertaan pertandingan: https://bit.ly/pertandinganinovasipameran

Hadiah
🥇RM500
🥈RM400
🥉RM300

#dermaorgan
#bookdoc
#dermaorganmalaysia
#dermaorgancaknademikehidupan
#mkpo2022
#sihatmilikku
🔊𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Sempena Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Negeri Perak

📆 16 & 17 Julai 2022
7.30 pagi hingga 6.00 petang
📍 Bulatan Sultan Azlan Shah, Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak

𝑺𝒂𝒕𝒖 𝑰𝒌𝒓𝒂𝒓 𝑺𝒆𝒋𝒖𝒕𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
📋𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍
Terdapat seramai 10,357 orang pesakit menunggu organ dari penderma selepas kematian melibatkan pelbagai organ utama pada Jun 2022.

Mereka ini merupakan pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir yang telah selesai menjalani ujian saringan (work up) bagi pembedahan transplantasi dan bersedia bila-bila masa untuk menerima organ baharu apabila terdapat penderma selepas kematian yang bersesuaian.

Pelbagai ujian saringan awal perlu dilengkapkan oleh bakal penerima supaya pusat transplantasi mempunyai data yang lengkap bagi disuaipadan (matching) dengan maklumat bakal penderma jika ada.

Pesakit akan segera dipanggil ke hospital iaitu pusat transplantasi jika terdapat bakal penderma yang bersesuaian untuk bersedia menjalani pembedahan pemindahan organ.
Walau bagaimanapun, terdapat ramai juga pesakit semakin menderita dengan tahap kesihatan yang merosot dan ada yang menghembuskan nafas akhir semasa berada dalam senarai menunggu transplantasi.
Ia berlaku kerana Malaysia masih tidak mencukupi penderma selepas kematian.

Berdasarkan statistik Pusat Sumber Transplan Nasional menunjukkan hanya terdapat 19 orang penderma sebenar selepas kematian dari Januari hingga Jun 2022.
Ayuh #KeluargaMalaysia kita cakna mengenai kepentingan pendermaan organ dalam menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup seseorang.

Bersama kita mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

DERMA ORGAN: CAKNA DEMI KEHIDUPAN

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknademikehidupan
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐
📆 Bermula 13 Ogos 2022
📋 Derma Organ: Cakna Demi Kehidupan

Terdapat pelbagai aktiviti menarik:
🎤Majlis Pelancaran
💻Webicara Derma Organ Istimewa
🏃🏻‍♂️Cabaran Aktif Bookdoc
🎨Pertandingan Melukis Poster
🎬Pertandingan Video Pendek
🤳🏼Cabaran Selfie
🎲Kuiz Interaktif
💡Pertandingan Inovasi Pameran

Penyertaan adalah PERCUMA
🎁Pelbagai hadiah menarik menanti

Maklumat lanjut hubungi Hotline Derma Organ 1 800-88-9080

#dermaorgan
#sayanakikrar
#caknademikehidupan
#OrganDonation
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
🟢𝟏𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐋𝐀𝐆𝐈🟢
𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

Kematian otak adalah keadaan di mana kehilangan berkekalan keseluruhan fungsi otak termasuk pangkal otak.

Individu yang meninggal dunia hanya disahkan kematian otak setelah melalui ujian pengesahan kematian otak sebanyak 2 kali oleh pakar perubatan terlatih setelah memenuhi kriteria kematian otak.

Kematian otak diterima sebagai kematian kerana otak adalah organ yang menentukan fungsi kehidupan secara keseluruhan dan fungsi otak tidak boleh diganti oleh fungsi mesin.

Seseorang yang disahkan meninggal dunia kerana kematian otak boleh mendermakan semua organ dan tisu iaitu jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, injap jantung, kornea mata, tulang dan kulit.

Seorang yang telah disahkan mati otak bermakna sudah meninggal dunia. Ini adalah pendirian saintifik perubatan antarabangsa dan juga telah diterima oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

𝘿𝙚𝙧𝙢𝙖 𝙊𝙧𝙜𝙖𝙣: 𝘾𝙖𝙠𝙣𝙖 𝘿𝙚𝙢𝙞 𝙆𝙚𝙝𝙞𝙙𝙪𝙥𝙖𝙣

#dermaorgan
#sihatmilikku