Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
👉 Kita telah pun masuk ke Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022. Marilah kita sama-sama memastikan fasa ini sampai ke penghujungnya dengan selamat.

❤️ Selain dari peranan dan tanggungjawab individu serta keluarga mengamalkan langkah-langkah untuk hidup bersama virus COVID-19, solidariti komuniti merupakan strategi kedua yang perlu ada untuk kita semua melalui fasa ini dengan selamat.

Komuniti perlu menjaga sesama ahli komuniti, sama-sama memastikan langkah pencegahan dipatuhi dan tidak lagi terlalu bergantung kepada pihak penguatkuasa.

Amalkan #kita jaga kita serta memastikan setiap ahli dilindungi terutamanya golongan rentan, amalkan gaya hidup yang sihat dan pastikan tiada kluster berlaku di komuniti.