Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Berhati-hati semasa membeli ubat online…

Sempena musim perayaan ini pasti banyak penjual membuat promosi termasuklah penjual ubat dalam talian. Pembelian ubat online dari sumber yang tidak sah menyebabkan anda terdedah kepada banyak risiko.

Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi, ‘Rakan Ubat Anda’, sebelum membeli sebarang ubat dan produk kesihatan.

Amalkan sikap berwaspada setiap kali membuat pembelian ubat online!

Sayangi diri dan ahli keluarga anda!

#biarbetuliklanni
#adaKKLIUbaruOK
#jualubatberdaftar

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my
Sinar harapan kepada pesakit kanser

Pesakit kanser atau penjaga kepada pesakit sudah tentunya mahukan rawatan yang terbaik bagi mengubati penyakit tersebut. KANSER merupakan satu penyakit kronik yang memerlukan pemantauan berterusan dan rawatan komprehensif daripada pengamal perubatan. Ini bermakna ia bukan boleh dirawat dengan hanya menelan 1 biji kapsul yang dibeli di media sosial. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan iklan ubat kanser yang terdapat di Intenet. Dapatkan rawatan segera di hospital.

Ayuh sayangi nyawa anda! Jangan dedahkan diri kepada risiko pembelian ubat online!

Sebarang iklan ubat yang berkait dengan pencegahan dan rawatan KANSER adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.

Jika sabit kesalahan, PENGIKLAN boleh dijatuhi hukuman tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali!

Jadilah penjual yang bertanggungjawab. Janganlah memberi harapan palsu kepada pembeli.

World Cancer Day 2020!

#biarbetuliklanni
#adaKKLIUbaruOK
#jualubatberdaftar

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my


Sumber👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2563142110588692&id=1796369947265916
Sehingga kini masih belum ada vaksin Covid-19 yang dibenarkan untuk dijual secara sah di pasaran Malaysia. Berhati-hatilah jika anda menemui atau ditawarkan bekalan vaksin Covid-19 oleh pihak lain selain Kementerian Kesihatan Malaysia kerana vaksin tersebut mungkin adalah palsu, tiruan ataupun datang daripada sumber yang tidak sah.

Jangan dedahkan diri dan keluarga anda dengan risiko pengambilan vaksin yang tidak diketahui status kesahihan dan keselamatannya.

Semakan No. pendaftaran ubat atau No. notifikasi kosmetik boleh dibuat di laman sesawang https://www.npra.gov.my/ atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh didapati secara percuma di Google Play, Apple AppStore atau Huawei AppGallery.

#biarbetuliklanni!
#adaKKLIUbaruOK

Maklumat lanjut layari https://www.pharmacy.gov.my

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Sehingga kini tiada ubat-ubatan khusus untuk anak autisme. Jangan terpedaya dengan iklan ubat yang mampu menyembuhkan atau merawat autisme yang dijual secara dalam talian. Intervensi yang berterusan boleh membantu perkembangan anak-anak berspektrum ini.

Fahami dan sayangi anak-anak istimewa ini. Anak-anak autisme melihat dunia dengan cara yang berbeza. Mereka memerlukan sokongan dan perhatian yang berlainan daripada kanak-kanak normal.

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia!

#adakkliubaruok

#biarbetuliklanni

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Mari bersama kita hapuskan nyamuk tiruk (Anopheles) yang membawa parasit malaria. Berhati-hati sekiranya ingin membeli ubat untuk rawatan malaria kerana ianya adalah antara ubat yang paling banyak dipalsukan didunia.

Sentiasa semak dan pastikan kesahihan status penjual dan ubat yang dijual sebelum membuat sebarang pembelian. Dapatkan bekalan hanya daripada sumber yang diyakini seperti klinik perubatan ataupun premis farmasi berlesen.

WASPADA PEMBELIAN UBAT SECARA DALAM TALIAN

#AdaKKLIUBaruOK
#BiarBetulIklanNi

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Waspada Penjualan Ubat Dalam Talian 2022

Bersama-sama kita hayati mesej yang ingin disampaikan!

Elakkan DIRI dan keluarga ANDA daripada menjadi mangsa penjualan ubat tradisional tidak berdaftar yang boleh membahayakan kesihatan.

Pastikan beli@guna Ubat yang ada nombor pendaftaran “MAL” dan label hologram Farmatag.

Muat turun aplikasi Farmachecker dan NPRA Product Status di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

Like dan Follow Laman FB Program Perkhidmatan Farmasi untuk mendapatkan maklumat terkini yang sah berkaitan ubat-ubatan.

Jangan lupa Like dan Share video ini ya!!

Scan Dulu Baru Beli

#ScanDuluBaruBeli
#waspadapenjualanubatatastalian
#adaKKLIUbaruOK

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi
Waspada Iklan Ubat Steroid Anabolik Dalam Talian.

Hanya percaya pada iklan-iklan ubat yang telah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat.

Penyalahgunaan steroid anabolik dan penggunaan ubat tidak berdaftar boleh memudaratkan kesihatan anda.

Dapatkan nasihat dari pengamal perubatan dan ahli farmasi berlesen

#Biarbetuliklanni
#AdaKKLIUbaruOk

Sumber: Program Perkhidmatan Farmas, KKM
Semua iklan ubat berdaftar mestilah diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat (LIU) sebelum disiarkan.

Kawalan terhadap iklan ubat dibuat untuk memastikan maklumat dalam iklan adalah sahih dan tidak memperdayakan pengguna.
Kenal pasti iklan ubat yang telah mendapat kelulusan melalui nombor KKLIU yang dipaparkan pada iklan.

Contoh nombor kelulusan ialah: KKLIU 1234/2022.

#Biarbetuliklanni
#AdaKKLIUbaruOk

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi, KKM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak Kuat? Nak Gagah Perkasa? Nak Bertenaga Sepanjang Malam?

Elakkan terpedaya dengan Iklan Melampau dan tuntutan keberkesanan PALSU seperti ini. Anda terdedah kepada BAHAYA dan RISIKO penggunaan produk tiruan ataupun produk yang dicampur racun berjadual.

Pastikan ubat yang ingin dibeli berdaftar dengan KKM. Rujuk ahli farmasi berlesen atau pengamal perubatan yang sah untuk masalah kesihatan @ penyakit Anda.

Waspada! Penjualan Ubat Dalam Talian!

#Biarbetuliklanni
#AdaKKLIUbaruOK

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Anda Influencer? @ TikToker? @ Content Creator?

Berhati-hati sekiranya Anda ingin memuatnaik sebarang hebahan berhubung ubat berdaftar ataupun perkhidmatan kesihatan.

Pastikan ianya telah mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat dan mempunyai nombor KKLIU terlebih dahulu sebelum ianya disiarkan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Program Perkhidmatan Farmasi di alamat: www.pharmacy.gov.my.

#AdaKKLIUBaruOK
Waspada Penjualan Ubat Dalam Talian
Anda Influencer? @ TikToker? @ Content Creator?

Pastikan sebarang review ataupun kandungan yang dimuat naik berhubung sebarang ubat berdaftar telah mendapat kelulusan Lembaga Iklan Ubat (KKLIU) terlebih dahulu sebelum ianya disiarkan.

Ingat! ubat berdaftar dalam kategori Ubat Terkawal (huruf A di nombor pendaftarannya) TIDAK BOLEH DIIKLANKAN sama sekali dimana-mana media penyiaran termasuklah di media sosial.

Dapatkan maklumat lanjut di laman www.pharmacy.gov.my

#AdaKKLIUBaruOK
Waspada Penjualan Ubat Dalam Talian