Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
🔹 Kanser kolorektal adalah kanser yang berlaku di usus besar.

Di Malaysia:
🔹 Kanser kedua kerap berlaku bagi rakyat Malaysia secara keseluruhan (13.5%).
🔹 Kanser paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki (16.9%).
🔹 Kanser kedua kerap berlaku dalam kalangan wanita (10.7%).
🔹 1 dari 55 lelaki dan 1 dari 76 wanita berisiko mendapat kanser kolorektal.
🔹 Lebih 80% kes dikesan pada umur 50 tahun dan ke atas.

👍 Kanser ini dapat dicegah dan dirawat dengan berkesan jika dikesan pada peringkat awal.
🏥Lakukan saringan berkala di hospital dan klinik kesihatan kerajaan jika anda berisiko mendapat kanser ini. Ianya PERCUMA.

#colorectalcancerawarenessmonth
🔵 Kanser kolorektal atau kanser usus merupakan kanser yang kedua paling kerap berlaku di Malaysia selepas kanser payudara.

Kanser ini biasanya menyerang golongan berusia 50 tahun dan ke atas tetapi ini tidak bermakna golongan muda tidak berisiko untuk menghidapnya.

Faktor risiko utama kepada kejadian kanser kolorektal adalah faktor genetik, faktor diet pemakanan dan faktor sejarah keradangan usus.

Amalkan gaya hidup sihat dan hindari tabiat merokok bagi mengurangkan risiko penyakit ini.

#colorectalcancerawarenessmonth
Sempena Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal (Usus) sepanjang Mac ini, kurangkan risiko mendapat kanser kolorektal dengan mengamalkan tip yang dikongsikan.

KKM menyeru orang ramai untuk sentiasa:

Mengamalkan gaya hidup sihat
Kenali tanda-tanda amaran kanser kolorektal
Jalani ujian saringan
Dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan lanjut.

#colorectalcancerawarenessmonth
Dikongsikan tanda dan gejala kanser kolorektal.

Dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami tanda dan gejala ini. Jangan biarkan tanda dan gejala yang dialami berlarutan

Bertindak segera!

#colorectalcancerawarenessmonth