Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.81K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
AEFI merupakan singkatan kepada Adverse Events Following Immunisation. Ianya juga dikenali sebagai Kesan Advers Susulan Imunisasi. Ianya merupakan sebarang kesan sampingan yang dialami selepas menerima suntikan vaksin dan mungkin berbeza keseriusan bergantung kepada tindak balas tubuh individu.

Kebanyakan AEFI adalah ringan dan sembuh sendiri atau dengan mengambil ubatan biasa dan tidak berpanjangan. Walaubagaimanapun, segelintir akan mengalami AEFI yang memerlukan perhatian dan rawatan pihak perubatan segera.

_____________________________________

AEFI stands for Adverse Events Following Immunisation. These are some side effects that occur after receiving the vaccine and may vary in seriousness depending on the individual's reaction.

Most AEFI is mild and resolves on its own or by taking regular medicine and usually short lasting. However, some will experience AEFI which requires immediate medical attention and treatment.

Sumber: JKJAV
Pada 11 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,939 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,996,361 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM -
Daripada kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 118 kes (0.56 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 20,821 kes (99.44 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 5,181 kes (24.74%)
Kategori 2 : 15,640 kes (74.7%)
Kategori 3 : 95 kes (0.45%)
Kategori 4 : 13 kes (0.06%)
Kategori 5 : 10 kes (0.05%)

- KPK KKM -
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia

Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) Di Sekolah
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

INISIATIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENGURANGKAN KES TERTUNGGAK (BACKLOG) BAGI KES-KES BUKAN COVID-19
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENINGKATAN KES COVID-19 DI MALAYSIA SECARA KESELURUHAN
Kes COVID-19 kini telah mencecah 20,000 kes sekali lagi sejak gelombang varian Delta melanda negara. Namun, jelas kadar vaksinasi yang tinggi mampu menurunkan kadar kemasukan ke hospital, ICU dan kematian.

COVID-19 cases has once again reached 20,000 since the country was hit by the Delta variant last year. However, it’s clear that our high vaccination coverage has kept the hospital and ICU admissions number low as well as deaths.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 5,807 kes (2,841,271 kes kumulatif, 94.8%)
Kes baharu : 20,939 (2,996,361 kes kumulatif);
Kes import : 121 kes [69 warganegara (57.0%); 52 bukan warganegara (43.0%)];
Kes tempatan : 20,818 kes [20,315 warganegara (97.6%); 503 bukan warganegara (2.4%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 155 kes (86 kes disahkan COVID-19; 69 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 80 kes (37 kes disahkan COVID-19; 43 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,575 kluster;
Jumlah kluster baharu :20 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,165 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 410 kluster.

Daripada 20,939 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
118 kes (0.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
20,821 kes (99.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2022/02/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Sorotan Sidang Media YB Menteri Kesihatan Berkenaan Kes Tertunggak (Backlog) Bagi Kes-Kes Bukan COVID-19 - 11 Februari 2022

Highlights of The Health Minister’s Press Conference Regarding Backlog Cases for Non-COVID-19 Cases - 11 February 2022
Pada 11 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,939 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,996,361 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 4,291 (844,078)
Johor - 2,860 (276,770)
Sabah - 3,361 (266,262)
Sarawak - 214 (253,840)
W.P. KL - 1,095 (228,065)
Kedah - 1,623 (189,662)
Kelantan - 1,589 (186,997)
Pulau Pinang - 1,490 (175,877)
Perak - 443 (136,538)
Negeri Sembilan - 1,235 (124,919)
Pahang - 1,008 (107,813)
Terengganu - 293 (87,548)
Melaka - 988 (86,551)
W.P. Labuan - 132 (11,456)
W.P. Putrajaya - 190 (11,471)
Perlis - 127 (8,514)

- KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 11 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.51. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sentiasa memantau risiko keselamatan semua vaksin berdaftar yang digunakan di Malaysia termasuk vaksin COVID-19 melalui pemantauan laporan Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI). Penerima vakisn yang mengalami kesan advers perlu melaporkan AEFI melalui saluran yang telah disediakan.

The National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) constantly monitors the safety risks of all registered vaccines used in Malaysia including COVID-19 vaccines through monitoring the Adverse Effects Following Immunisation (AEFI) report. Vaccine recipients experiencing adverse effects should report AEFI through the provided channels

Sumber: JKJAV