Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
💚MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2021💚

📆 Tarikh: 13 hingga 20 Ogos 2021
📲 Konsep Sambutan: Secara Maya /Virtual
📜 Tema: Derma Organ: Milik Bersama

Pelbagai aktiviti🎈 dan hadiah🎁 menarik menanti anda!!!
🎙Pelancaran/ Ucapatama
🎨Pertandingan Melukis Poster
🏃🏻‍♂️Cabaran BookDoc
🖥Webicara Derma Organ Istimewa
🧩Kuiz Interaktif

Jangan lupa sertai kami!!!

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#mkpo2021
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
🔊Jangan lupa saksikan Perutusan Khas Sambutan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2021 hari ini menerusi Facebook Live Derma Organ pada pukul 10 pagi.

https://www.facebook.com/dermaorgan/videos/2948759098699398/

Derma Organ: Milik Bersama

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#mkpo2021
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
WEBICARA DERMA ORGAN 💻

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=574965503639472&id=198935443464197

🔹Topik: Derma Organ : Mitos & Fakta Pendermaan Sel Stem Darah🔹
📆Tarikh: 10 September 2021 (Jumaat)
Masa: 03.00 petang

🔹Panelis: Dr. Masita Arip,
Pakar Perunding Patologi (Mikrobiologi & Imunologi)
Ketua Pusat Penyelidikan Alergi dan Imunologi,
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

🔹Bersiaran Langsung menerusi :-
Facebook page: Derma Organ & Youtube : Derma Organ
🔹Derma Organ : Milik Bersama

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
💬PROGRAM BICARA HATI PERINGKAT KEBANGSAAN 2021💚

📆27 Oktober 2021 (Rabu)
11.00 pagi
💻Siaran langsung Facebook Page Derma Organ & Youtube Derma Organ
🧔🏻Perasmian oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia

Perkongsian kisah benar pengalaman ahli keluarga penderma organ dan penerima organ mengenai proses perolehan dan pendermaan organ di Malaysia.

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku

Sumber: FB Derma Organ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
JOM IKRAR💚

Jom ikrar sebagai penderma organ sekarang dengan mudah melalui emel anda.

Taip 'SAYA NAK IKRAR' dan emel ke [email protected]

..........

LET'S PLEDGE💚

Let's pledge as an organ donor today through your email.

Type 'I WANT TO PLEDGE' and emel to [email protected]

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐀𝐏𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍?

🧐Tahukah Kita?
Terdapat 4 organ boleh didermakan selepas kematian di Malaysia iaitu:
💚Jantung
💚Paru-Paru
💚Hati
💚Buah Pinggang

Kesemua organ yang boleh didermakan ini merupakan organ utama di dalam badan kita.

Pesakit yang memerlukan transplantasi jantung dan paru-paru segera hanya mempunyai harapan baharu untuk terus hidup apabila terdapat pendermaan organ selepas kematian dilaksanakan kerana organ utama ini hanya boleh didermakan selepas kematian oleh individu budiman yang mempunyai organ yang sesuai dengan penerima.

Malaysia menghadapi peningkatan senarai pesakit menunggu organ baharu dari semasa ke semasa akibat kegagalan organ peringkat akhir.

Mereka ini memerlukan organ baharu yang didermakan untuk ditransplantasi dengan segera bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Ayuh bersama kita zahirkan hasrat murni kita untuk membantu mereka yang memerlukan organ baharu secara berikrar sebagai penderma organ selepas kematian dengan menekan pautan ini:

https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝑺𝒂𝒕𝒖 𝑰𝒌𝒓𝒂𝒓, 𝑺𝒆𝒋𝒖𝒕𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏

Nantikan 'posting' seterusnya untuk mengetahui apakah tisu di dalam badan kita yang boleh didermakan selepas kematian bagi meningkatkan kualiti kesihatan seseorang.

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
#𝐉𝐎𝐌𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆

💬Jom tanya segala persoalan yang anda ingin tahu berkaitan pendermaan organ di ruangan 'story' untuk kami jawab.

Semoga aktiviti sebegini dapat membantu kita lebih memahami berkaitan pendermaan organ.

=======

Jom daftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝐈𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚!!!

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
🔉𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈!!!

𝐉𝐎𝐌 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐌𝐘𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀

Anda kini turut boleh mendaftar sebagai pengikrar penderma organ selepas kematian menerusi aplikasi MySejahtera.

Mudah sahaja:
Buka MySejahtera > Klik Close (untuk ke paparan utama) > Thing To Know > Jom Ikrar Derma Organ > Klik link diberikan > Lengkapkan borang > Hantar > Tunggu kad di pos ke alamat diberikan

Berbincanglah dan maklumkan kepada waris anda mengenai hasrat murni anda mendaftar sebagai pengikrar penderma organ selepas kematian supaya mereka lebih memahaminya serta memberi kebenaran apabila tiba masanya.

𝙎𝙖𝙩𝙪 𝙄𝙠𝙧𝙖𝙧, 𝙎𝙚𝙟𝙪𝙩𝙖 𝙃𝙖𝙧𝙖𝙥𝙖𝙣

#dermaorgan
#MySejahtera
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐀𝐏𝐀 𝐓𝐈𝐒𝐔 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍?

🧐Tahukah Kita?
Terdapat 4 tisu boleh didermakan selepas kematian di Malaysia iaitu:
💚Kornea mata
💚Injap jantung
💚Tulang
💚Kulit

Seseorang individu yang meninggal dunia turut boleh mendermakan tisu badan mereka bagi manfaat orang lain untuk meningkatkan kualiti hidup.

🔸Pendermaan tisu kornea mata boleh dilaksanakan di luar dewan bedah seperti di rumah dan kornea yang didermakan boleh membantu meningkatkan kualiti penglihatan.

🔸Individu yang meninggal dunia kerana jantung terhenti masih boleh menderma injap jantung mereka bagi membantu mereka yang mengalami masalah injap jantung.

🔸Hanya tulang panjang di bahagian tangan dan kaki sahaja boleh didermakan dan ia akan digantikan dengan tulang palsu yang mempunyai saiz sama sebagai penyokong.

🔸Pendermaan kulit tidak perlu digeruni kerana hanya lapisan kulit sangat nipis di bahagian belakang badan penderma sahaja akan diperolehi. Kulit yang didermakan dapat membantu mereka yang mengalami kebakaran kulit yang teruk bagi mengelakkan dehidrasi dan jangkitan kuman.

Kesemua proses perolehan tisu yang didermakan ini akan dijalankan dengan pernuh hormat dan beretika.

Ayuh bersama kita zahirkan hasrat murni kita untuk membantu mereka yang memerlukan organ dan tisu baharu secara berikrar sebagai penderma organ selepas kematian dengan menekan pautan ini:

https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝑺𝒂𝒕𝒖 𝑰𝒌𝒓𝒂𝒓, 𝑺𝒆𝒋𝒖𝒕𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏

Nantikan 'posting' seterusnya untuk mengetahui apakah organ & tisu yang boleh didermakan mengikut jenis kematian.

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 & 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗

Situasi negara yang masih sedang menghadapi pandemik COVID-19 sekarang pasti menimbulkan pertanyaan samada mereka yang meninggal dunia akibat virus ini boleh mendermakan organ atau tidak?

JAWAPAN:

Organ dan tisu individu yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 tidak boleh didermakan kerana:

🔹COVID-19 merupakan penyakit berjangkit.

🔹Organ dan tisu individu yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 juga dikhuatiri berisiko menjangkiti penerima organ dan tisu jika didermakan.

🔹Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menetapkan dalam Garis Panduan Perolehan dan Pendermaan Organ Selepas Kematian untuk COVID-19 keluaran tahun 2020 menyatakan semua bakal penderma organ perlu dilakukan ujian calitan COVID-19 sebelum prosedur perolehan organ dan tisu dilaksanakan.

🔹Pendermaan organ dan tisu kardaverik (selepas kematian) hanya boleh dilaksanakan apabila mendapat kebenaran waris secara bertulis menurut Akta Tisu Manusia 1974 (Akta 130).

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

📆Tarikh: 2 Mac 2022 (Rabu)
📻Saluran: RTM 1 (Bicara Diari & Rawat)
Masa: 9.00 malam
🔊Tajuk: Cabaran Pendermaan Organ
👨🏻‍⚕️🧕🏻Panelis:
1)Dr. Hasdy Haron, Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan, Pusat Sumber Transplan Nasional
2) Pn. Marina Mocktar, Penerima organ
3) Pn. Santi a/p Krishanan, Keluarga penderma organ selepas kematian

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#sihatmilikku
#OrganDonation
#organdonationawareness
📜𝐒𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

Seramai 4737 orang pesakit mengalami kegagalan organ peringkat akhir sedang menunggu untuk mendapatkan organ baharu sehingga Februari 2022.

Ia merupakan angka yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan jumlah mereka yang mendermakan organ.

Terdapat pesakit yang menunggu organ baharu akan mengalami kemerosotan kesihatan yang serius dan ada yang meninggal dunia semasa tempoh menunggu terutama melibatkan organ utama seperti jantung kerana tiada penderma organ dan alternatif rawatan lain seperti dialisis.

Keluarga Malaysia budiman, kitalah harapan mereka.

Ayuh zahirkan niat murni kita untuk memberi harapan baharu kepada mereka yang memerlukan dengan mendaftar sebagai pengikrar penderma organ melalui pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝐈𝐤𝐫𝐚𝐫 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku

Sumber: FB Derma Organ
🎉𝐓𝐑𝐈𝐕𝐈𝐀 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

Sempena sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia 2022

🔸Buah pinggang merupakan organ yang boleh didermakan semasa hidup dan selepas kematian.

🔸Manusia masih boleh hidup dengan satu sahaja buah pinggang.

🔸Mereka yang menjalani pemindahan buah pinggang akan mempunyai lebih daripada 2 buah pinggang dalam badan.

🔸Penderma buah pinggang selepas kematian dapat memberi manfaat sehingga 4 nyawa.

🔸Terdapat seramai 4722 orang pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir berada dalam senarai menunggu organ baharu pada Februari 2022.

🔸Pemindahan buah pinggang merupakan rawatan terbaik kepada pesakit mengalami kegagalan akhir buah pinggang.

🔸Kadar daya hidup (survival rate) penerima organ buah pinggang adalah melebihi 85 peratus.

Ayuh semua Keluarga Malaysia kita zahirkan hasrat murni membantu mereka yang memerlukan dengan mendaftar sebagai pengikrar derma organ dengan klik pautan ini
https://bit.ly/ikrardermaorgan

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐓𝐄𝐌𝐔𝐁𝐔𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐈𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍

📆Tarikh: 15 Mac 2022 (Selasa)
📻Saluran: RTM - Selamat Pagi Malaysia
🔊Tajuk: Senarai Pesakit Menunggu Organ Baharu
👨🏻‍⚕️ Panelis: Dr. Hasdy Haron, Pengurus Klinikal Pendermaan Organ Kebangsaan Kanan, Pusat Sumber Transplan Nasional

https://youtu.be/uY_c95JXtfc

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#sihatmilikku
#OrganDonation
#organdonationawareness
𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 & 𝐓𝐈𝐒𝐔 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐃𝐈𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐓𝐈𝐀𝐍

🧐Tahukah Kita?
Terdapat 4 organ dan 4 tisu yang boleh didermakan selepas kematian di Malaysia iaitu:
💚Jantung
💚Paru-Paru
💚Hati
💚Buah Pinggang
💜Kornea Mata
💜Injap Jantung
💜Tulang
💜Kulit

Kesemua organ yang boleh didermakan ini merupakan organ utama di dalam badan kita.

Pesakit yang memerlukan transplantasi jantung dan paru-paru segera hanya mempunyai harapan baharu untuk terus hidup apabila terdapat pendermaan organ selepas kematian dilaksanakan kerana organ utama ini hanya boleh didermakan selepas kematian oleh individu budiman yang mempunyai organ yang sesuai dengan penerima.

Seseorang individu yang meninggal dunia turut boleh mendermakan tisu badan mereka bagi manfaat orang lain untuk meningkatkan kualiti hidup.

🔸Pendermaan tisu kornea mata boleh dilaksanakan di luar dewan bedah seperti di rumah dan kornea yang didermakan boleh membantu meningkatkan kualiti penglihatan.

🔸Individu yang meninggal dunia kerana jantung terhenti masih boleh menderma injap jantung mereka bagi membantu mereka yang mengalami masalah injap jantung.

🔸Hanya tulang panjang di bahagian tangan dan kaki sahaja boleh didermakan dan ia akan digantikan dengan tulang palsu yang mempunyai saiz sama sebagai penyokong.

🔸Pendermaan kulit tidak perlu digeruni kerana hanya lapisan kulit sangat nipis di bahagian belakang badan penderma sahaja akan diperolehi. Kulit yang didermakan dapat membantu mereka yang mengalami kebakaran kulit yang teruk bagi mengelakkan dehidrasi dan jangkitan kuman.

Kesemua proses perolehan organ dan tisu yang didermakan selepas kematian ini akan dijalankan dengan pernuh hormat dan beretika.

Malaysia menghadapi peningkatan senarai pesakit menunggu organ baharu dari semasa ke semasa akibat kegagalan organ peringkat akhir.

Mereka ini memerlukan organ baharu yang didermakan untuk ditransplantasi dengan segera bagi menyelamatkan nyawa mereka.

Ayuh bersama kita zahirkan hasrat murni kita untuk membantu mereka yang memerlukan organ baharu secara berikrar sebagai penderma organ selepas kematian dengan menekan pautan ini:

https://bit.ly/ikrardermaorgan

𝑺𝒂𝒕𝒖 𝑰𝒌𝒓𝒂𝒓, 𝑺𝒆𝒋𝒖𝒕𝒂 𝑯𝒂𝒓𝒂𝒑𝒂𝒏

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku
𝐉𝐎𝐌 𝐒𝐀𝐊𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐖𝐄𝐁𝐈𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

https://fb.watch/c50-oZRRRE/

📆Tarikh: 31 Mac 2022 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
💻Secara Langsung Menerusi Facebook Derma Organ & Youtube Derma Organ
📜Topik: Pendermaan Buah Pinggang 'Hadiah Istimewa'
👨🏻‍⚕️Panelis Jemputan: Dr. Mohamad Zaimi Abd Wahab, Pakar Perubatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur

#dermaorgan
#sayanakikrar
#jomikrar
#milikbersama
#kitajagakita
#OrganDonation
#organdonationawareness
#organdonorssavelives
#sihatmilikku