Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Polio : Nasihat kepada Ibu Bapa

📌 Ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan anak-anak telah mendapat imunisasi polio yang lengkap.

📌 Kanak-kanak yang cicir imunisasi boleh dibawa ke mana-mana fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan imunisasi.

📌 Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan kebersihan persekitaran yang berterusan.

#sihatmilikku
#walkthetalk
NASI SUKU KE SEPARUH ATAU PENUH🧐

Percayalah.. mula-mula je uols akan rasa susah..
Percayalah..mula-mula je akan rasa tak kenyang tu..
Percayalah..mula-mula je tak biasa..

Kalau tak percaya jugak..cuba laa amalkan dulu sebulan..lepas tu bagi komen kat weols..

Ingatt Sayur & buah SEPARUH pinggan..bukan nasi tauu😉

Just bagitau jee..kann semua bersemangat nak turun berat awal-awal tahun ni..

#sukusukuseparuh
#azamtahunbaru
#kalori
#sukusukuseparuhchallenge
#nutritionistkkm
Polio di Sabah : Nasihat Kepada Ibu Bapa di Sabah

#sihatmilikku
#walkthetalk
Kepada yang berkelayakan, boleh cuba mohon.

Sebarkan kepada keluarga dan sahabat juga ya!

Sekiranya berminat, sila emelkan resume ke [email protected] sebelum 22 Januari 2020
Dapatkan suntikan vaksin Hepatitis B di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak jika anda telah menderma darah sebanyak 2 kali (dalam tempoh 12 bulan).

Isnin - Jumaat : 8 pagi - 12 tengah hari.

Jangan lupa bawa buku/kad derma darah.
(hanya LAYAK diberikan kepada penderma darah warganegara Malaysia dan yang berstatus penduduk tetap sahaja).

#vaksinhepatitisB
Dengarkan sesi wawancara "Jenis-jenis Ubat Batuk" di Radio Asyik Fm pagi ini pada jam 11.30 am, 102.5fm (Lembah Klang). Saudari Hayati Alwani Binti Yahaya (Pegawai Farmasi) sebagai panel dalam wawancara ini. Semoga bermanfaat buat semua.

#kenaliubatanda
Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?

#sihatmilikku
#walkthetalk
Types of Influenza.

Dengarkan di Traxxfm pada pukul 11.15 pagi.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
Tahukah anda cara untuk menyalurkan aduan kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM?

Ada enam (6) cara mudah yang boleh anda lakukan. Cara-caranya adalah:

1. Hadir ke Pejabat (Ibu Pejabat, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat)
2. Hubungi talian BKKM & 1MOCC
3. Laman web SISPAA (moh.spab.gov.my)
4. Facebook BKKMHQ
5. Faks
6. Menulis surat (Alamatkan ke pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran).

Mudah dan cepat untuk anda salurkan aduan berkaitan keselamatan dan kualiti makanan kepada kami.
Adakah ibu bapa semua akan pastikan anak-anak bersarapan dahulu sebelum ke sekolah?

Atau adakah anak-anak akan bersarapan di kantin sekolah sebelum loceng berbunyi?

Atau mungkin juga anak-anak akan mengambil sarapan mereka ketika rehat pada pukul 10.00 pagi?

Mana satu pilihan ibu & ayah, beri dan latih anak-anak untuk ambil sarapan yang bukan sahaja mengenyangkan namun turut bernutrisi.

Jika tidak sempat menyediakan sarapan pagi yang sempurna untuk anak sebelum ke sekolah, memadai dengan sarapan ringkas yang memberikan sumber tenaga buat mereka di pagi hari.

Ketahuilah sarapan pagi adalah permulaan yang penting untuk anak-anak kita.

#pemakanansekolah
#sarapanpenting
#nutritionistkkm
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ramai yang tidak faham berkenaan Influenza, Antiviral atauVaksin influenza.
Jadi, mari kita bantu rakan-rakan atau saudara mara kita tentang demam dan juga Influenza yang menjadi bualan semasa di mana-mana sahaja.

Sumber: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
Jadual Kempen Derma Darah
21 Januari 2020 (Selasa)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.

#JomDermaDarah
#PendermaKonsisten
#DarahTakPernahCuti