Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Keistimewaan Penderma Darah.

Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :

Jadual Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.

*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir. Penderma perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan. Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai. Keistimewaan ini hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja. Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini.

#pendermakonsisten
#keistimewaanpendermadarah
#jomdermadarah