Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kadar positiviti kes COVID-19 yang dilaporkan pada ME 42/2021 (17 Oktober 2021 - 23 Oktober 2021) adalah 4.92% di mana 842,850 ujian RTK-Ag dan rt-PCR telah dijalankan dalam minggu tersebut. Data preliminari pada hari ini (27 Oktober 2021) menunjukkan 133,201 ujian telah dijalankan dengan kadar positiviti 4.62% (ini merupakan data preliminari kerana masih terdapat kes dalam siasatan). Data akhir akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini isu pencemaran acrylamide dan glycidol susulan laporan oleh CHOICE Magazine di dalam laman web Majlis Pengguna Hong Kong (The Hong Kong Consumer Coucil) berkaitan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut, yang dijual di pasaran Hong Kong mengandungi acrylamide dan glicydol. Antara jenama yang disenaraikan termasuk jenama biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di Malaysia.

Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrylamide dan glicidol merupakan bahan karsinogen dan boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia. Acrylamide adalah bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan atau penyediaan makanan. Namun bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang bersesuaian.

Pemantauan yang dijalankan oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sejak 2015 bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat, mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu350 µg/kg.

BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah.

Pengguna boleh mendapatkan panduan pencemaran acrylamide di dalam makanandari Facebook rasmi BKKM. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Pengguna juga boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat isu-isu berkaitan keselamatan makanan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
27 Oktober 2021

https://kpkesihatan.com/2021/10/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-oktober-2021-maklumat-terkini-isu-pencemaran-acrylamide-dan-glicidol-di-dalam-produk-konfeksi-termasuk-biskut/
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 7,595 kes (2,347,985 kes kumulatif, 95.9%);
Kes baharu : 6,148 kes (2,448,372 kes kumulatif);
Kes import : 21 kes (13 warganegara; 8 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,127 kes [5,885 warganegara (96.1%); 242 bukan warganegara (3.9%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 563 kes (495 kes disahkan COVID-19 ; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 292 kes (211 kes disahkan COVID-19 ; 81 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,744 kluster;
Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,250 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 494 kluster.

Daripada 6,148 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
101 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,047 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/27/kenyataan-akhbar-kpk-27-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Vaksin COVID-19 : Pentingkah Dos Penggalak?

Saksikan esok dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 pada pukul 8.00 pagi bersama Dr. Diana Mahat, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Bahagian Kawalan Penyakit.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#sihatmilikku
Hentikan Stigma Tibi dan Peranan NGO Tibi

Saksikan dalam Berita RTM esok pada pukul 8.00 malam di TV1 bersama Puan Anis Nadia Ahmad Lathpi, Pegawai Kesihatan Persekitaran dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku😊
TERKINI 27 OKTOBER 2021 – Berikut merupakan senarai terkini 49 Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang telah diberi kelulusan bersyarat oleh MDA.

Peringatan kepada orang awam, Kit Ujian Kendiri Covid-19 HANYA UNTUK DIJUAL / DIBELI DI FARMASI DAN KLINIK KESIHATAN YANG BERLESEN SAHAJA.

Sila semak di pautan yang berikut untuk maklumat yang lebih lanjut:
https://portal.mda.gov.my/announcement/631-self-test-covid-19-test-kit-for-conditional-approval-approved.html

Jangan lupa untuk Like // Follow // Subscribe laman sosial PBPP untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan #PerantiPerubatan.

Laman Web:
https://portal.mda.gov.my/
Facebook:
https://www.facebook.com/MedicalDeviceAuthority
Instagram:
https://www.instagram.com/medical_device_authority/

#PihakBerkuasaPerantiPerubatan
#MedicalDeviceAuthority
#KitUjianKendiriCovid19
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jika vaksin diambil untuk mencegah COVID-19, bagaimana pula dengan ubat-ubatan untuk pesakit yang telah dijangkiti COVID-19? Bolehkah ubat-ubatan seperti vitamin C atau ivermectin digunakan dalam rawatan COVID-19?

Jom sama-sama kita tonton video ini untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan ubat dan rawatan COVID-19.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 27 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.94. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Yahooo !! Dah boleh berkumpul bersama keluarga!!

Eh.. jangan seronok sangat. Sebelum berkumpul... fikir dahulu..

💭 Perlukah aktiviti berkumpul ni?
💭 Dah buat saringan ujian kendiri COVID-19?
💭 Adakah saya bergejala?

Bersama putuskan rantaian COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kita adalah Keluarga Malaysia Prihatin.

Tanggungjawab kita adalah memperkasakan keluarga dan komuniti.

Kita boleh menegur dan ditegur.

Ingat! Kita keluarga Malaysia prihatin. Kalau bukan kita yang mengingatkan keluarga kita dan komuniti, siapa lagi?

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Speak Out : Peranan Keluarga
Jangan merokok di dalam rumah terutamanya ketika bersama keluarga. Lindungi generasi muda dari asap rokok.
Speak out, suarakan hak anda.

https://www.youtube.com/watch?v=2tCPBIimrhU&list=PLuFGTV9wLgwy6eigJXJsJypZS7iONqKGN&index=3

#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sehingga 28 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,377 kes (2,454,749 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 28 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 6,637 kes (2,354,622 kes kumulatif, 95.9%);
Kes baharu : 6,377 kes (2,454,749 kes kumulatif);
Kes import : 32 kes (20 warganegara; 12 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,345 kes [6,011 warganegara (94.7%); 334 bukan warganegara (5.3%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 564 kes (500 kes disahkan COVID-19 ; 64 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 294 kes (207 kes disahkan COVID-19 ; 87 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
Jumlah kluster : 5,752 kluster;
Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 5,278 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 474 kluster.

Daripada 6,377 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
101 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,276 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/10/28/kenyataan-akhbar-kpk-28-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/