Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
SITUASI DAN MAKLUMAT TERKINI MENGENAI MUTASI SPIKE PROTEIN COVID-19 DI MALAYSIA (SEHINGGA 28 OKT 2021)

KKM ingin memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institute for Medical Research (IMR), Faculty of Medicine (FOM-UM), Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE-UiTM), Malaysia Genome Institute (MGI), dan Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC-UM) telah mengenalpasti sebanyak 261 kes baharu yang mana kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC), iaitu
• 259 kes varian Delta (B.1.617.2); dan
• Dua (2) kes varian Beta (B.1.351).

FOM-UM telah mengenalpasti sebanyak 72 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), IMR telah mengenalpasti sebanyak 55 kes yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2), iPROMISE-UiTM telah mengenalpasti sebanyak 46 kes varian Delta (B.1.617.2), MGI telah mengenalpasti sebanyak 46 kes iaitu 45 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351), manakala TIDREC-UM telah mengenalpasti sebanyak 42 kes iaitu 41 kes varian Delta (B.1.617.2) dan satu (1) kes varian Beta (B.1.351).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 2,645 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 2,625 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak;
• 2,385 kes varian Delta;
• 226 kes varian Beta; dan
• 14 kes varian Alpha.

Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak;
• 13 kes varian Theta;
• Empat (4) kes varian Kappa; dan
• Tiga (3) kes varian Eta.

Perincian kes-kes positif COVID-19 varian VOC dan VOI mengikut negeri, saringan, dan kluster adalah seperti dilampirkan.

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Jom buat lima perkara ini untuk kesejahteraan mental dan fizikal kita 🥳

Jom Take 5! 🎉

1. Kekal berhubung
2. Aktifkan diri
3. Syukur
4. Meneroka minat
5. Memberi

Nantikan lagu terbaharu Didi & Friends x HePiLi. Wah tak sabarnya! 😍

#didiandfriends
#HePiLI
#DidixHePiLI
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 28 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.95. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Speak Out : Peranan Ketua Komuniti
Ketua komuniti boleh memainkan peranan memberi menasihat kepada penduduk supaya tidak merokok terutamanya di rumah.

https://www.youtube.com/watch?v=-uQCTm27DCo&list=PLuFGTV9wLgwy6eigJXJsJypZS7iONqKGN&index=4

#speakout
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Di kala Endemik ini, kita perlulah kekalkan amalan makan secara sihat bagi mengelakkan berlakunya pertambahan berat badan yang mendadak dan yang lebih membimbangkan adalah meningkatkan risiko PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT seperti darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung. Kehadiran penyakit kronik akan merendahkan sistem imuniti tubuh untuk memerangi ancaman penyakit.

Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi santan kerana santan mengandungi asid lemak tepu yang tinggi. Asid lemak tepu akan meningkatkan jumlah kolesterol dan kolesterol LDL dalam badan jika diambil secara berlebihan. Pengambilan asid lemak tepu yang berlebihan juga boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan dan obesiti.

JOM TERUSKAN AMALAN PEMAKANAN SIHAT ‼️

Sumber: Nutritionist KKM
Sehingga 29 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,060 kes (2,460,809 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perniagaan jatuh sebab kena santau? Betul ke?

Mesej ini dibawa oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Jom teka siapa saya? Agak-agak siapa nama saya, jom comment di bawah 🤔

A. Kak Sarah
B. Kak Min
C. Kak Siti

Nantikan kemunculan saya di dalam video terbaru Didi & Friends x HePiLI 🤩

Hora Horey!

#didiandfriends
#HePiLI
#DidixHePiLI
BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUNI.......

Tahniah!!!!! diucapkan COMBI Chenderawasih Timur Kuantan, Pahang atas pelaksanaan Program Pemerkasaan Pembudayaan Norma Baharu yang telah diadakan pada :
Tarikh : 13 Oktober 2021
Masa. : 3.00 - 5.30 petang
Tempat : Tapak Pasar Malam Chenderawasih Timur, Kuantan

Aktiviti dalam program ini adalah seperti berikut :

1. Edaran Pamplet
2. Menampal sticker MyChampion - Amalan Norma Baharu di Premis perniagaan
3. Pemasangan bunting / banner
4. Hebahan Norma Baharu

KKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada EKK COMBI MyCHAMPION atas kerjasama dan sentiasa menyahut seruan KKM memberi khidmat terbaik untuk kesedaran masyarakat dalam menghadapi COVID-19.

#KitaPrihatinCegahDENGGI
#KitaPrihatinCegahCOVID19
#KitaPrihatinKempenDaftarVaksin
#sihatmilikku
Zumba for Self Esteem

Sertai sesi FB Live anjuran Wellness Hub Putrajaya esok pada pukul 10.00 pagi bersama Coach Mimi dan Zin Zida.

#kekalaktif
#sihatmilikku
Penyakit strok merupakan penyumbang kematian kedua terbesar dan penyumbang kematian dan ketidakupayaan ketiga terbesar di serata dunia. Data dari Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide (2016) melaporkan sebanyak 80 juta orang hidup dengan penyakit strok, dengan hampir 13.7 juta kes baru dan 5.5 juta kematian dicatatkan.

Di Malaysia, kajian Monitoring Stroke Burden in Malaysia (2017) menganggarkan sebanyak 150 dalam 100,000 penduduk Malaysia mengalami penyakit strok dengan purata kemasukan harian ke hospital sebanyak 92 kes. Kajian ini juga melaporkan sebanyak 40 peratus daripada pesakit strok ini di bawah umur 60 tahun.

Malaysia juga mencatatkan hampir 32 kematian setiap hari akibat strok dan pesakit strok dibebani dengan pelbagai morbiditi di mana tujuh (7) daripada 10 pesakit strok bergantung kepada orang lain bagi menjalani hidup mereka. Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide (2016) mengunjurkan satu daripada empat penduduk Malaysia akan mengalami strok pada tahun 2040 sekiranya tiada tindakan sewajarnya diambil.

Sungguhpun peningkatan di dalam kualiti perkhidmatan strok akut di Malaysia amat memberangsangkan, masih terdapat ramai individu yang mengalami ketidakupayaan selepas penyakit strok. Ketidakupayaan akibat penyakit strok adalah kompleks dan melibatkan pelbagai aspek termasuk fizikal, kognitif, sosial dan aspek emosi. Ini meningkatkan beban penyakit dan mewujudkan keperluan yang tinggi untuk perkhidmatan rehabilitasi strok yang efektif bagi mengurangkan komplikasi awal dan meningkatkan tahap kefungsian seseorang individu yang mengalami strok.

https://kpkesihatan.com/2021/10/29/kenyataan-akhbar-kpk-29-oktober-2021-sempena-hari-strok-sedunia-2021/
Strok atau angin ahmar adalah pembunuh ketiga rakyat Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Strok boleh terjadi apabila bekalan darah ke otak disekat akibat saluran darah tersumbat atau pecah. Ini menyebabkan kerosakan pada sel-sel otak dan meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup.

Oleh sebab itu, jika serangan strok berlaku, setiap saat selepas itu amat berharga. Tindakan pantas dapat meningkatkan peluang kepada pesakit untuk pulih. Ketahui tanda amaran strok supaya anda dapat membantu individu yang diserang strok mendapat rawatan dengan segera.

Strok tidak mendikriminasi dan boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Tetapi strok boleh dicegah dengan memahami faktor risikonya. Anda mungkin tidak boleh mengelak daripada faktor umur, bangsa, jantina dan sejarah keluarga. Sebaliknya, anda mampu mengawal faktor risiko lain dengan memantau tekanan darah, amalkan pemakanan sihat, kawal berat badan, berhenti merokok dan berubah kepada gaya hidup aktif.

*29 Oktober setiap tahun merupakan Hari Strok Sedunia

#WorldStrokeDay2021
#Precioustime
#KeluargaMalaysia