Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
𝑩𝒆𝒓𝒑𝒖𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒂𝒎𝒃𝒊𝒍𝒂𝒏 𝑼𝒃𝒂𝒕-𝑼𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 💊

Semasa bulan Ramadan, seorang Muslim perlu menahan diri daripada mengambil sebarang makanan atau minuman, termasuk ubat-ubatan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Namun demikian, mengikut pandangan agama dan perubatan secara khususnya, dalam kes di mana seseorang itu sakit dan tidak mampu berpuasa, maka, tidak wajib berpuasa ke atasnya dan dikehendaki untuk menggantikan puasa yang tertinggal itu di kemudian hari.

Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang ingin berpuasa, dinasihatkan untuk berjumpa doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu supaya penerangan dan kaunseling tentang ubat-ubatan dapat diberikan.

#kenaliubatanda
#knowyourmedicines
#qualityuseofmedicines

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM