Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KENAPA PERLU TAKUT GUNA INSULIN?

Berikut adalah penerangan saya berkaitan penggunaan "Pen Insulin" dan sedikit tips penjagaan Insulin kepada anda semua. Semoga bermanfaat menonton video ini.

Selepas ini usah takut lagi untuk menggunakan Insulin. Jarumnya pendek sahaja dan halus. Memang tidak sakit ketika suntik ke tubuh badan kita.

Untuk jarum insulin tersebut, saranan terbaik adalah pakai buang (sekali pakai terus buang). Walau bagaimanapun atas faktor harga jarum, boleh guna 2-3x sebelum ia diganti dengan jarum yang baru.

Usah guna lebih daripada 3x kerana takut jarum telah tersumbat atau jarum menjadi tumpul. cucuk ke tubuh badan dengan jarum yang tumpul memang akan sakit. Jarum yang tersumbat pula ditakuti tidak menyampaikan dos yang sepatutnya ke dalam tubuh.

Jarum yang telah digunakan pula usah dibuang merata-rata. kumpul dalam bekas tin/botol bertutup dan bawa ke klinik atau hospital ketika temujanji doktor dan mohon jururawat atau petugas kesihatan di klinik/hospital tersebut bantu untuk membuang dengan cara yang betul jarum-jarum yang telah digunakan itu.

Atau boleh juga melupuskan jarum-jarum ini dengan cara menanam terus ke dalam tanah bersama-sama bekas tin/botol yang bertutup.

Elakkan membuang jarum-jarum ini ke dalam sampah domestik untuk mengelakkan petugas yang mengambil sampah tercedera ketika mengambil sampah atau mungkin boleh digunakan oleh individu lain yang terjumpa jarum yang telah digunakan ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi pusat panggilan farmasi kebangsaan di talian 1-800-88-6722 (Talian bebas tol, Isnin-Jumaat : 8am-5pm).

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia
#kenaliubatanda
#medicalmythbustersmalaysia
#Insulin
#PenInsulin