Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
KENAPA PERLU TAKUT GUNA INSULIN?

Berikut adalah penerangan saya berkaitan penggunaan "Pen Insulin" dan sedikit tips penjagaan Insulin kepada anda semua. Semoga bermanfaat menonton video ini.

Selepas ini usah takut lagi untuk menggunakan Insulin. Jarumnya pendek sahaja dan halus. Memang tidak sakit ketika suntik ke tubuh badan kita.

Untuk jarum insulin tersebut, saranan terbaik adalah pakai buang (sekali pakai terus buang). Walau bagaimanapun atas faktor harga jarum, boleh guna 2-3x sebelum ia diganti dengan jarum yang baru.

Usah guna lebih daripada 3x kerana takut jarum telah tersumbat atau jarum menjadi tumpul. cucuk ke tubuh badan dengan jarum yang tumpul memang akan sakit. Jarum yang tersumbat pula ditakuti tidak menyampaikan dos yang sepatutnya ke dalam tubuh.

Jarum yang telah digunakan pula usah dibuang merata-rata. kumpul dalam bekas tin/botol bertutup dan bawa ke klinik atau hospital ketika temujanji doktor dan mohon jururawat atau petugas kesihatan di klinik/hospital tersebut bantu untuk membuang dengan cara yang betul jarum-jarum yang telah digunakan itu.

Atau boleh juga melupuskan jarum-jarum ini dengan cara menanam terus ke dalam tanah bersama-sama bekas tin/botol yang bertutup.

Elakkan membuang jarum-jarum ini ke dalam sampah domestik untuk mengelakkan petugas yang mengambil sampah tercedera ketika mengambil sampah atau mungkin boleh digunakan oleh individu lain yang terjumpa jarum yang telah digunakan ini.

Sebarang pertanyaan berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi pusat panggilan farmasi kebangsaan di talian 1-800-88-6722 (Talian bebas tol, Isnin-Jumaat : 8am-5pm).

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia
#kenaliubatanda
#medicalmythbustersmalaysia
#Insulin
#PenInsulin
Tonton sesi wawancara ini di Selamat Pagi Malaysia TV1 5 Disember 2019 (Khamis) jam 9.05 pagi, atau secara online menerusi applikasi RTM Mobile. En. Mohd Farizh Che Pa (Pegawai Farmasi, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban) sebagai panel dalam wawancara "Rawatan HIV Memberi Sinar Baharu Kepada Pesakit". Semoga bermanfaat buat semua

#kenaliubatanda
Jadual Kempen Derma Darah
5 Disember 2019 (Khamis)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.

#JomDermaDarah
#PendermaKonsisten
#DarahTakPernahCuti
Musim banjir yang melanda negeri di pantai timur berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya pencemaran makanan yang lebih kerap. Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diingatkan supaya mengamalkan perkara berikut semasa musim banjir:

1) Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun.

2) Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

3) Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan. Elakkan minum air yang tidak dimasak.

4) Pastikan sumber air telaga, perigi dan paip adalah bersih.

5) Kupas kulit buah-buahan sebelum dimakan.

6) Elakkan penggunaan ais kecuali dibuat daripada air masak atau botol.

7) Elakkan memakan makanan mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman.

8) Segera makan makanan yang telah dimasak dan elakkan menyimpan makanan tersebut melebihi empat (4) jam dalam suhu bilik.

9) Sekiranya ingin memakan makanan yang berbungkus, pilih bungkusan yang masih sempurna, tidak bocor, tidak koyak dan tidak kotor. Elakkan dari membeli/makan makanan dalam tin yang kemek, bocor, berkarat dan kembung.

10) Pilih makanan yang dapat diterima dari segi rupa fizikalnya seperti bebas daripada kulat, berbau busuk dan bertukar warna.

11) Elakkan membeli/makan makanan yang telah tamat tarikh luput.

12) Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah.

13) Bersihkan botol susu dan bekas makanan bayi dengan air bersih.

14) Selepas pendedahan kepada air banjir (contohnya mengharungi banjir), perlulah mencuci / basuh bahagian tubuh yang terdedah dengan air bersih dan sabun.

15) Sampah dan sisa makanan perlu dibuang dengan sempurna dan bertutup.

16) Buang semua makanan yang telah terendam atau tercemar dengan air banjir.

17) Buang semua makanan basah (seperti ayam, ikan, udang dll) yang disimpan dalam peti sejuk yang telah terputus bekalan elektrik selama lebih 12 jam.

18) Bagi pengendali makanan, elakkan mengendalikan makanan sekiranya mengalami cirit-birit, demam, muntah atau mempunyai luka-luka kulit. Luka-luka kulit perlu ditutup dengan balutan kalis air.

19) Mendapatkan rawatan perubatan dengan segera jika mengalami gejala penyakit seperti demam, cirit-birit dan muntah.

20) Akhir sekali, orang ramai dinasihat berhati-hati ketika membeli makanan yang dijual dengan harga murah bagi mengelakkan terbeli produk yang tercemar atau rosak akibat banjir.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Musim banjir telah melanda beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia, diingatkan supaya dapat mengikuti langkah dan tips keselamatan makanan semasa banjir.

Antaranya adalah :

•Sentiasa minum air yang bersih
•Makan makanan yang telah dimasak sahaja
•Buang makanan yang terendam dengan air banjir atau rosak.
•Elakkan makan makanan seperti ulam-ulaman dan sayuran yang tidak dimasak.
•Tutup makanan supaya tidak dicemari makhluk perosak
•Pastikan penyediaan susu yang selamat untuk anak anda
•Amalkan "Lihat, Hidu dan Rasa".
•Jangan makan makanan yang dihidang lebih 4 jam.
•Jaga kebersihan dengan sentiasa mencuci tangan anda.
•Jaga kebersihan kawasan persekitaran.

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Dengarkan ‘Pengurusan Ubat Ketika Banjir’ di asyikfm pada pukul 11.30 pagi nanti.

#sihatmilikku
#WALKTHETALK
Jadual Kempen Derma Darah
6 Disember 2019 (Jumaat)

*Jadual ini tertakluk kepada sebarang bentuk pindaan. Pihak PDN memohon agar para penderma hadir ke lokasi kempen 30 minit sebelum waktu tamat.

#JomDermaDarah
#PendermaKonsisten
#DarahTakPernahCuti
Jagalah diri anda semasa banjir. Patuhi nasihat dan arahan pihak berkuasa..

Cegah penyakit semasa banjir.. Jaga diri dan keluarga semasa banjir.

Sumber: JKN Kelantan
Mitos vs Fakta Masalah Gigi Ketika Mengandung
KHAS BUAT SELEBRITI SEMUA

Sesiapa sahaja boleh menjadi selebriti. Daripada artis, pelakon, penyanyi, pelawak, tokoh, agamawan hingga ke blogger, pengendali Instafamous dll.

Tidak dinafikan selebriti mempunyai pengaruh yang kuat dalam komuniti kita.

Maka, jadilah selebriti yang bertanggungjawab apabila membuat pengiklanan produk kesihatan.

Berikut adalah panduan kepada selebriti dalam mengiklankan produk kesihatan.

Maklumat lanjut sila layari https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/panduan-selebriti-dalam-pengiklanan-produk-kesihatan.html
Ibu hamil.. berikut merupakan tip untuk menghadapi banjir..

#sihatmilikku
#WALKTHETALK