Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Kebanyakan lif telah ditetapkan hanya empat orang sahaja boleh dimuatkan dalam satu masa (dengan penjarakan 1 meter) kerana lif merupakan ruang yang sempit (confined space).

Patuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan. Elakkan bersesak-sesak di dalam lif.

Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan gunakan hand sanitizer selepas menyentuh butang lif.

Berubahlah...

Bersama hentikan wabak COVID-19.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Esok bermula PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tolong jangan lakukan pembelian panik. Pasar awam masih beroperasi. Tiada halangan untuk anda keluar membeli barang basah untuk penyediaan makanan harian.

Jangan bersesak-sesak di pasar awam.

Sentiasa pakai pelitup muka
Jaga jarak fizikal
Kerap basuh tangan dengan air dan sabun atau gunakan hand sanitizer

Bersama hentikan wabak COVID-19

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pastikan jaga jarak fizikal anda sekurang-kurangnya 1 meter dan sentiasa memakai pelitup muka semasa berada di dalam kenderaan awam.

Jangan bersesak-sesak di dalam pengangkutan awam.

Sekiranya ini yang sedang berlaku, berubahlah.

Tingkatkan komitmen anda dalam aspek kawalan kendiri bagi memutuskan sepenuhnya rantaian wabak COVID-19.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Sekiranya anda perlu pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli barang keperluan, sila patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.

👉🏻 Pastikan anda sentiasa memakai pelitup muka
👉🏻 Gunakan hand sanitizer selepas menyentuh tempat yang kerap disentuh seperti tempat pemegang eskalator
👉🏻 Jaga jarak fizikal anda (sekurang-kurangnya 1 meter)

Kawalan kendiri yang tinggi dapat menghentikan rantaian wabak COVID-19.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja. Ia tidak memilih warna kulit, taraf kehidupan, darjat atau umur. Kita semua berisiko dijangkiti.

Oleh itu, Kekal duduk di rumah.

Hanya keluar jika ada urusan penting dan apabila keluar, patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.

Berubahlah ...

Bersama kita perangi COVID-19. Kita mampu lakukannya !

#COVID19
#dudukrumah
#stayathome
#JanganLekaDanAlpa
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Risiko Jangkitan COVID-19

Anda berisiko rendah apabila

Memakai pelitup muka
Mengamalkan penjarakan fizikal
Tidak bersalaman / bersentuhan

Anda berisiko sederhana apabila

⚠️ Memakai pelitup muka dengan cara yang salah
⚠️ Penjarakan fizikal kurang dari 1 meter
⚠️ Melagakan tangan / bahu

Anda berisiko tinggi apabila

‼️ Tidak memakai pelitup muka
‼️ Tiada penjarakan fizikal
‼️ Bersalaman / bersentuhan

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Masih ramai yang tidak memakai pelitup muka dengan cara yang betul.

Fungsi pelitup muka adalah sebagai 'perisai diri' dan ia tidak berkesan jika pakai di dagu, letak di dahi, kepala atau gantung di telinga.

Melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19 adalah tanggungjawab sendiri. Lindungi diri untuk turut lindungi orang sekeliling daripada jangkitan COVID-19.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kerjasama semua pihak adalah amat diperlukan agar kita sekali lagi dapat melandaikan lengkung kebolehjangkitan & mengawal situasi gelombang ketiga.

Bersama bendung penularan COVID-19

💪 Patuh
💪 Cegah
💪 Kawal

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Sumber: Majlis Keselamatan Negara
Penjarakan fizikal tetap perlu menjadi keutamaan walaupun ketika melakukan riadah itu di tempat awam.

Jarak fizikal yang selamat ketika beriadah / bersenam

🚶🏻‍♂️ Berjalan - 5 meter
🏃🏻‍♂️🚴🏻 Berlari dan berbasikal secara santai - 10 meter
🚴🏻 Berbasikal secara laju - 20 meter

⚠️ Tidak perlu pakai pelitup muka semasa bersenam.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaMestiMenang
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Jika anda mempunyai sekurang-kurangnya 2 gejala berikut :

➡️ Demam
➡️ Sakit kepala
➡️ Hidung tersumbat
➡️ Selesema
➡️ Sakit tekak
➡️ Muntah atau loya
➡️ Menggigil
➡️ Kelesuan
➡️ Kejang Otot
➡️ Cirit birit

atau

Salah satu daripada gejala berikut :

➡️ Batuk
➡️ Sesak nafas
➡️ Sukar bernafas
➡️ Tiba-tiba hilang deria bau
➡️ Tiba-tiba hilang deria rasa

DAN anda

⚠️ Pernah kunjungi ke kawasan kluster COVID-19 dalam masa 14 hari
ATAU
⚠️ Pernah kunjungi zon merah COVID-19 dalam masa 14 hari
ATAU
⚠️ Pernah kunjungi / pulang dari luar negara dalam masa 14 hari
ATAU
⚠️ Mempunyai kontak dengan kes positif COVID-19 dalam masa 14 hari

Jangan berlengah lagi ‼️ Segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.

#COVID19
#JanganLekaDanAlpa
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTH)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)