Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Mereka telah divaksinkan.

Jom kita baca... apa kata mereka.

** Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4404435266274637 untuk edisi penuh.

#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Semua vaksin mempunyai kemungkinan kesan sampingan.
Ada yang mengalami kesan sampingan yang ringan, ada juga yang mengalami kesan sampingan yang lebih ketara.

Ini berlaku kerana vaksin menjalankan tugasnya.
Antara kesan sampingan adalah seperti yang disenaraikan di bawah (paling kerap kepada paling tidak kerap berlaku):

1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Seram sejuk (menggigil)
4. Arthralgia (sakit sendi)
5. Demam
6. Myalgia (sakit pada otot)
7. Mual
8. Cirit-birit

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan 📞 1800-888-828

Daftar untuk vaksinasi: https://vaksincovid.gov.my/panduan

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
14 Jun 2021

Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak di FELDA Kepis

Selaras dengan agenda Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk mencapai imunisasi berkelompok (herd immunity) di kalangan penduduk Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Pejabat Pergigian Daerah Kuala Pilah mengambil inisiatif menggunakan kemudahan treler Klinik Pergigian Bergerak Daerah Kuala Pilah yang diubahsuai menjadi PPV Bergerak bagi kemudahan warga FELDA Kepis Kuala Pilah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Lindung Diri, Lindung Semua

Sumber: Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah
Berikut adalah persediaan yang anda boleh lakukan sebelum dan selepas vaksinasi.

Daftar untuk vaksinasi: https://vaksincovid.gov.my/panduan

This is how you can prepare yourself before and after vaccination.

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Trend kes positif dan kes sembuh baharu, 31 Mei-13 Jun 2021.

Sejak PKP yang diperketatkan dilaksanakan, nilai R-naught telah berjaya diturunkan kepada kurang daripada 1 manakala kes sembuh telah mencatatkan angka melebihi kes positif selama 7 hari berturut-turut. Namun, ini tidak bermakna kita boleh berasa selesa dengan keadaan sekarang kerana kes positif harian dan kes aktif yang masih tinggi.

Ayuh rakyat Malaysia, bersatu kita untuk landaikan keluk jangkitan! Daftar vaksinasi segera untuk lindungi diri dan keluarga.
Sehingga 14 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,949 kes (662,457 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,523 (216,481)
WPKL - 503 (67,719)
Sabah - 273 (66,316)
Johor - 430 (65,069)
Sarawak - 744 (56,187)
Negeri Sembilan - 323 (34,105)
Pulau Pinang - 214 (32,324)
Kelantan - 214 (32,267)
Perak - 136 (23,782)
Kedah - 199 (22,070)
Melaka - 119 (14,969)
Pahang - 61 (11,675)
Terengganu - 86 (10,653)
WP Labuan - 113 (6,155)
WP Putrajaya - 10 (2,126)
Perlis - 1 (559)

- KPK KKM -
Pada 13 Jun 2021 (Ahad), Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat telah mengadakan sesi hebahan di sekitar Bandar Tasik Kesuma, Mukim Beranang Selangor. Aktiviti dilaksanakan di kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar dan taman-taman awam. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif untuk membantu masyarakat mendapat maklumat yang tepat berkenaan Pembudayaan Norma Baharu dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
Kes positif mengikut negeri (setakat 14/06/2021, 12 pm)

Confirmed cases by state (as of 14/06/2021, 12 pm)

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
COVID-19 in Malaysia : Numbers at a Glance as of 14th. June 2021, 12 pm

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia)
Pergerakan 14 hari taburan kes COVID-19 mengikut daerah di Malaysia setakat 14 Jun 2021.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Kenyataan Akhbar KPK 14 Jun 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Jun 2021 (jam 12:00 tengah hari);

• Kes sembuh : 6,588 kes (586,864 kes kumulatif, 88.6%);
• Kes baharu : 4,949 kes (662,457 kes kumulatif);
• Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara);
• Kes tempatan : 4,943 kes [4,019 warganegara (81.3%); 924 bukan warganegara (18.7%)];
• Kes aktif : 71,625 kes;
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 921 kes;
• Kes memerlukan bantuan pernafasan : 459 kes;
• Kes kematian : 60 kes (3,968 kes kumulatif, 0.60%; 58 warganegara, 2 bukan warganegara);
• Jumlah kluster : 2,494 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat :1,720 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 774 kluster.

Sebanyak 60 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 18 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Johor, lapan (8) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tujuh (7) kes di Negeri Sembilan, enam (6) kes di Sarawak, empat (4) kes di Wilayah Persekutuan Labuan, masing-masing dua (2) kes di Pulau Pinang dan Kelantan, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah,Terengganu, Perak, dan Melaka.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2021/06/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-jun-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Ringkasan Kes Kematian Baharu #COVID19, 14 Jun 2021.

60 kes kematian termasuk 3 brought in bed.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.