Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
49.1K subscribers
18K photos
1.82K videos
53 files
7.67K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
加入频道
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Virus COVID-19 akan menyebabkan jangkitan berlaku di dalam tisu paru-paru seterusnya menyebabkan kerosakan yang serius di dalam paru-paru.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Maklumat Kad Pengenalan/Pasport anda dalam aplikasi MySejahtera boleh dikemas kini dengan 8 langkah.

Bagi mengelak isu pengenalan diri berlaku di PPV, sila pastikan maklumat peribadi tepat.

Daftar untuk vaksinasi: https://vaksincovid.gov.my/panduan

Your NRIC/Passport details on MySejahtera can be updated in 8 simple steps.

To avoid potential identification issues at any PPV, please ensure all personal information is accurate.

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV
Bahayakah Tibi?

Dengarkan di sinarfm pada pukul 2.15 petang esok bersama En. Radzi Md Daud, Penolong Pegawai Perubatan dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#sihatmilikku
Pejabat Kesihatan Daerah Cheras dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dan Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan telah melaksanakan aktviti promosi kesihatan seperti berikut:

Aktiviti: Sesi Hebahan Awam, Edaran Poster, Pematuhan SOP dan Tunjuk Cara Pendaftaran Vaksin COVID-19 di lokasi hotspot di sekitar Bandar Tun Razak / Cheras.

Tarikh: 14 Jun 2021 (Isnin)
Lokasi: Perumahan Taman Ikan Emas dan PPR Taman Mulia, Daerah Cheras
Agensi terlibat: PK Cheras, HECC & IPTK

#KitaMestiMenang
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#HECCKKM
COVID-19 : Hargai Janji Temu Vaksinasi

Saksikan dalam rancangan Meletop pada pukul 9.00 malam esok di astro Ria.

Panel:
Dr. Rosnah Ramly
Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam
Pengerusi bersama Jawatankuasa Komunikasi Strategik COVID-19

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 14 hb Jun 2021 untuk seluruh negara adalah 0.92.. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] bertujuan untuk meningkatkan pematuhan orang awam terhadap SOP.

Penguatkuasaan Akta melalui pengkompaunan adalah salah satu tindakan awal prosiding jenayah di mana kegagalan untuk membayar kompaun yang dikenakan akan menyebabkan suatu tindakan pendakwaan dimulakan di mahkamah.

** Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4404435266274637 untuk edisi penuh.

#COVID19
#MenangBersamaMharungiCOVID19
#sihatmilikku

Telegram SIHAT MILIKKU (MyHEALTHKKM)
t.me/sihatmilikbersama
(Saluran Rasmi Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia)
Penting Ke Makan Ikut Waktu?!

Pantau waktu makan merupakan salah satu cara untuk mengawal jumlah kalori yang diambil terutamanya dalam tempoh PKP dan BDR ini.

Apabila kita menjaga waktu makan secara TERATUR, kita dapat elakkan daripada rasa "lapar" sebelum tibanya waktu makan utama dan dapat elakkan daripada makan dalam porsi yang banyak untuk waktu makan seterusnya.

Bagi mereka yang sedang "berdiet" pula, melangkau waktu makan bukanlah cara untuk kurus.. Anda perlu elak daripada melangkau waktu makan utama supaya anda memperolehi tenaga dan nutrien yang MENCUKUPI bagi keperluan seharian.. Jika kita makan pada waktunya dengan jumlah porsi yang sepatutnya, kita dapat kurangkan rasa lapar yang melampau😎😎.

Jadi, JOM PANTAU WAKTU MAKAN KITA!😊

Sumber: Nutritionist KKM
Kenyataan Akhbar KPK 15 Jun 2021 – Keputusan Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Kali Ke-359 Berkenaan Pendaftaran Vaksin COVID-19

Kementerian Kesihatan Kesihatan (KKM) ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-359 telah bersidang pada hari ini, 15 Jun 2021.

Mesyuarat telah bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi dua (2) produk vaksin yang memerlukan hanya satu (1) dos pelalian, iaitu Convidecia Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector), keluaran CanSino Biologics Inc, China (pemegang pendaftaran produk: Solution Biologics Sdn. Bhd.) dan Janssen COVID-19 Vaccine keluaran Johnson & Johnson yang telah diberi kelulusan Penyenaraian Penggunaan Kecemasan (Emergency Use Listing atau EUL) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pendaftaran Janssen COVID-19 Vaccine yang diperolehi oleh kerajaan Malaysia melalui fasiliti COVAX ini dilaksanakan melalui mekanisme perakuan (recognition) ke atas kelulusan WHO EUL.

Selain itu, PBKD turut meluluskan penggunaan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas. Comirnaty, sebelum ini diluluskan pendaftaran bersyarat pada 8 Januari 2021, digunakan bagi tujuan imunisasi aktif kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas. Walaupun tambahan indikasi ini telah diluluskan, KKM berpandangan keutamaan pemberian vaksin masih lagi kepada kumpulan berisiko tinggi selaras dengan dasar sedia ada yang ditetapkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa. Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif.

KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD. Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk Malaysia mencapai imuniti kelompok (herd immunity) selaras dengan sasaran PICK.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

15 Jun 2021

https://kpkesihatan.com/2021/06/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-jun-2021-keputusan-mesyuarat-pihak-berkuasa-kawalan-dadah-kali-ke-359-berkenaan-pendaftaran-vaksin-covid-19/
Sehingga 15 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,419 kes (667,876 kes).

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 1,996 (218,477)
WPKL - 650 (68,369)
Sabah - 230 (66,546)
Johor - 366 (65,435)
Sarawak - 718 (56,905)
Negeri Sembilan - 396 (34,501)
Kelantan - 245 (32,512)
Pulau Pinang - 124 (32,448)
Perak - 68 (23,850)
Kedah - 252 (22,322)
Melaka - 155 (15,124)
Pahang - 32 (11,707)
Terengganu - 43 (10,696)
WP Labuan - 138 (6,293)
WP Putrajaya - 5 (2,131)
Perlis - 1 (560)

- KPK KKM -
Berikut adalah kes Brought in Dead (BID) bagi jangkitan #COVID19 di Malaysia yang direkodkan sejak 14 Mei - 14 Jun 2021.

Jumlah BID tertinggi dilaporkan pada 11 Jun yang lepas.
Faham apa itu COVID-19 dan bagaimana vaksin dapat membantu menangani pandemik adalah amat penting.

Ketahui lebih lanjut mengenai vaksin dengan mendapatkan maklumat daripada sumber sahih

Daftar untuk vaksinasi: https://vaksincovid.gov.my/panduan

Understanding what COVID-19 is and how vaccines can help eradicate the current pandemic is extremely crucial.

Do learn more about vaccines by obtaining information from verified sources.

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV