CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Salam sejahtera dan Salam hormat..

Sesiapa yang telah menghadiri Ijtimak Tabligh yang telah berlangsung di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 28.2.2020 hingga 1.3.2020 diminta menghubungi pihak KKM di pejabat kesihatan daerah masing-masing atau melalui talian hotline CPRC negeri seperti berikut. Bersama-sama kita membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

“no fear, no rumor, no stigma”

#mycombatcovid
Salam sejahtera dan salam hormat.

CPRC KKM kini sedang berusaha dan bergiat mencari kontak-kontak rapat kes COVID-19 di Malaysia. Marilah kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab bekerjasama dengan KKM.

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA

#mycombatcovid

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat.

Peringatan mesra: Semua peserta Perhimpunan Tabligh Sri Petaling 27Feb-1Mac segera menghubungi CPRC jabatan kesihatan negeri atau pejabat kesihatan daerah yang berdekatan. Terima kasih.

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA

#mycombatcovid
Salam sejahtera dan salam hormat.

Setakat jam 10 pagi, jumlah negara yang telah dijangkiti wabak COVID-19 adalah 135.

Negara China: 81012 kes

Selain negara China: 64252 kes

Negara Italy adalah kedua tertinggi selepas negara China dengan 17660 kes.

Patuhi la nasihat Kerajaan Malaysia tentang nasihat pengembaraan (travel advisory).

- CPRC KKM

#mycombatcovid
Sila layari www.moh.gov.my untuk nombor-nombor telefon CPRC negeri dan pejabat kesihatan daerah yang berdekatan untuk sebarang pertanyaan. Hotline CPRC KKM sesak Dan menyebabkan ramai yang tidak dapat menghubungi kami.

Jutaan maaf untuk segala kesulitan, kami akan buat yang terbaik. Bersama-samalah dengan KKM semua agensi lain untuk membendung penularan COVID-19.

- CPRC KKM

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA

#mycombatcovid
Salam sejahtera dan salam hormat. Kes-kes COVID-19 meningkat di kebanyakkan negara. Kadar kematian adalah sebanyak 3.59%.

Susuli nasihat dan arahan kerajaan dan KKM dari masa ke semasa.

No fear, no rumor, no stigma

#mycombatcovid
190 new #COVID19 cases reported in Malaysia, Mar 15.

This brings the total of cases to 428 including 42 recoveries.

No fear, No rumor, No stigma

#mycombatcovid
Salam sejahtera...

Jangan panik, KKM sedang bergiat mencari kes-kes positif. Ini adalah salah satu kaedah untuk membendung penularan kes COVID-19 di Malaysia... Mohon sesiapa merupakan kontak rapat dengan kes-kes positif untuk bekerjasama dengan pihak kesihatan daerah dan negeri..

Buat masa sekarang, ikutilah nasihat KKM...

1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

2. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

3. Orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

4. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

- CPRC KKM

No Fear, No Rumor, No Stigma

#mycombatcovid
KKM sentiasa melihat kembali cadangan dan strategi untuk tangani wabak COVID-19 ini.

Tugas utama KKM adalah untuk melindungi dan memastikan kesihatan rakyat Malaysia terjamin.

Buat masa sekarang, usahlah kita viralkan berita-berita palsu dan tidak sahih.

- CPRC KKM

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA

#mycombatcovid
Salam sejahtera dan salam hormat.

Ribuan terima kasih kepada semua kontak rapat kes COVID-19 yang telah menghubungi kami. Kami di KKM sedia membantu.

Kecekapan dan keberkesanan KKM untuk membendung penularan wabak ini bermula dengan kerjasama setiap lapisan masyarakat di Negara kita.

Jangan risau, kami di KKM sedang berusaha siang dan malam untuk memastikan wabak ini tidak menular di Malaysia.

Tahap strategi KKM adalah pada fasa “late containment” pada masa kini.

Demi negara,

- CPRC KKM

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA

#mycombatcovid
Salam sejahtera dan salam hormat. Ini adalah “perintah kawalan pergerakkan” dan bukan “perintah berkurung”.

Ini adalah salah satu strategi penting negara untuk membendung penularan wabak COVID-19. Dengan menghadkan pergerakkan orang ramai, pendedahan kepada penyakit berkurang dan ini seterusnya akan menghadkan transmisi penyakit COVID-19.

Bawa bertenang dan jangan panik!

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA

#mycombatcovid

- CPRC KKM
Hari yang sangat hiba bagi kami di KKM apabila 2 pesakit COVID-19 kami meninggal dunia.

Kami di KKM selalu berusaha sedaya upaya untuk membantu dan menyembuhkan pesakit-pasakit kami.

Malang tidak berbau...

Saudara-saudari sekalian, masyarakat Malaysia yang dikasihi sekalian, tugas membendung penularan wabak COVID-19 bukan sahaja terletak di tangan kami, mahupun pihak berkuasa. Setiap insan di Malaysia mesti mengambil tanggungjawab untuk membantu kami.

2 minggu ini sangat penting. Sangat penting untuk menyekat penularan wabak ini. Ingatlah nasihat KKM dan kerajaan. Patuhi perintah kawalan pergerakan.

NO FEAR NO RUMOR NO STIGMA

#mycombatcovid

- CPRC KKM
Hari ini adalah hari pertama "perintah kawalan pergerakan" di negara kita. Dengan kata-kata mudah, "sila duduk di rumah" dan jarakkan diri anda daripada orang lain.

Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap "tidak kisah".

Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. "Duduk di rumah dan jangan keluar "

Sumber: MKN

#mycombatcovid
Jangan takut, jangan bimbang...

Jika anda mempunyai risiko untuk mendapat COVID-19, maklum kepada anggota kesihatan yang mendaftar atau merawat. Risiko sebaran virus ini adalah tinggi.. Jika anda tidak maklum, anggota kesihatan yang menjadi barisan hadapan KKM berisiko tinggi untuk mendapat COVID-19.

Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19. Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

Cukuplah sekadar itu.. KKM perlu tenaga untuk mengharungi saat yang mencabar ini..

Bantu kami untuk membantu anda..

NO FEAR NO RUMOR NO STIGMA

#mycombatcovid

- CPRC KKM