CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
429K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.03K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Terdapat beberapa penyakit yang berpunca daripada air yang tidak bersih. Sehubungan itu, anda perlu pastikan bahawa air yang diminum setiap hari sentiasa bersih dan bebas daripada bakteria yang berbahaya untuk memastikan kesihatan badan anda termasuk mata.
Penyakit berjangkit sering tersebar kepada masyarakat sebelum dan selepas banjir. Banjir yang terjadi mengakibatkan sampah sarap dan takungan najis keluar bersama-sama limpahan air. Sampah sarap dan sisa kumbahan ni bertaburan di serata tempat sehingga menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit.
Sebagai contoh, banjir boleh menyebabkan penyakit konjunktivitis kepada mereka yang terdedah kepada air banjir.
Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan banjir mestilah mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu 🌊
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Kuman yang terdapat pada telapak tangan dapat dipindahkan antara satu individu dengan yang lain. 🦠
💧Ketika ini, amalan membasuh tangan sangat penting untuk mengekang penularan bakteria berbahaya. Oleh itu, setiap individu perlu mengamalkan cara basuh tangan yang sempurna agar tangan sentiasa kekal bersih dan terhindar daripada kuman dan kotoran.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Selain kelihatan sopan, etika batuk dan bersin adalah cara selamat untuk menguruskan gejala dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.
Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini bagi mengelakkan penyebaran jangkitan terutamanya di tempat awam. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Acute Gastroenteritis (AGE) ialah keradangan pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan. Kebanyakan jangkitan disebabkan oleh virus, namun ia juga boleh berpunca daripada bakteria atau parasit. Ia tersebar melalui makanan atau air tercemar dan kemudiannya berhubung dengan individu yang berjangkit.
Penyakit AGE boleh dicegah dan dielakkan sekiranya anda mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.
Ketahui tanda dan gejala AGE serta cara-cara untuk mencegah jangkitan penyakit AGE.
Sekiranya anda mengalami gejala yang dinyatakan segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran anda dengan segera.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
‘Microsleep’ 🥱 boleh terjadi sewaktu memandu dan sangat membahayakan diri dan penumpang kenderaan.

Berhenti rehat atau tidur sebentar di hentian rehat dan rawat (RnR) sekiranya mengalami gejala ini semasa dalam pemanduan.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Warga emas yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penyakit kronik (diabetis, penyakit respiratori, jantung, obesiti, hipertensi, dislipedemia atau penyakit buah pinggang kronik) boleh mendapatkan vaksin influenza percuma bermula 18 Februari 2025.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Penyakit #Kusta juga dikenali sebagai penyakit “Leprosy” atau “Hansen’s disease” sempena nama penemunya, Gerhard Armauer Hansen pada tahun 1874. Ianya juga adalah penyakit berjangkit yang kronik dengan penglibatan kulit dan saraf yang ketara disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Leprae.

Penyakit ini melibatkan kulit, saraf-saraf periferi, system pernafasan dan juga organ mata.

Berikut dikongsikan gejala dan petanda serta penyebab penyakit kusta sebagai panduan.

Segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala penyakit kusta untuk rawatan lebih lanjut.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.
📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.
#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama
Pencemaran silang adalah pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria berbahaya dari orang, bahan mentah atau kawasan yang kotor ke makanan yang siap dimasak atau makanan yang dimakan terus.

Pengendali makanan atau pekerja yang tidak menjaga kebersihan peralatan penyediaan makanan boleh menyebabkan pencemaran silang.

Pencemaran silang juga boleh berlaku di rumah semasa kita menyediakan makanan di dapur. Peralatan seperti papan pemotong boleh menjadi medium untuk pencemaran silang berlaku.

#KKMPrihatin
#MalaysiaSihat
#IhsanMADANI
#SkuadIhsanMADANI
#TaatSetia
#HarungiBersama