CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
429K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.03K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
🌋🌋🌋 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara berketinggian 725m dari paras laut telah meletus pada 9.45 pagi, 16 April 2024 dan menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak. Ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat. Walau bagaimanapun setakat ini, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).

Maklumat lanjut, boleh didapati www.met.gov.my

#metmalaysia
#NRES
#GunungBerapiRuang
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗧𝗘𝗢𝗥𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔: 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔𝗔𝗡 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024. Sepanjang tempoh ini, taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat seterusnya boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal. Oleh itu, elakkan pembakaran terbuka dan gunakan air secara berhemah.

#MonsunBaratDaya
#caknacuaca
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
26 Julai 2024
🔸Terdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu (Larut&Matang) Perak, (Gombak) Selangor, (Kuala Krai) Kelantan, dan (Raub, Temerloh, Maran, Bentong dan Rompin) Pahang.
Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/
#metmalaysia
#statuscuacapanas
#NRES
#MalaysiaMADANI
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan sehingga 31 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung dan Sabah dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) berkuat kuasa sehingga 30 Disember 2024.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 1:00 tengah hari
Tarikh: 29 Disember 2024

#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkinimenunjukkan luruan monsun dijangka berlaku pada 15 sehingga 19 Januari 2025.Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di selatan Semenanjung danSabah serta Sarawak dalam tempoh yang berkenaan.

Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan AmaranHujan Berterusan (Waspada) yang melibatkan negeri Johor, Sabah dan Sarawakberkuat kuasa pada 16 hingga 19 Januari 2025.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuklaman web www.met.gov.my dan mediasosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumatyang terkini dan sahih.

Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 2:30 petang
Tarikh: 14 Januari 2025

#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI