CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 5,442 kes (2,846,713 kes kumulatif, 94.3%)
Kes baharu : 22,802 (3,019,163 kes kumulatif);
Kes import : 94 kes [55 warganegara (58.5%); 39 bukan warganegara (41.5%)];
Kes tempatan : 22,708 kes [22,113 warganegara (97.4%); 595 bukan warganegara (2.6%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 176 kes (82 kes disahkan COVID-19; 94 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 98 kes (40 kes disahkan COVID-19; 58 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 6,586 kluster;
Jumlah kluster baharu :11 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 6,171 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 415 kluster.

Daripada 22,802 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

104 kes (0.46 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
22,698 kes (99.54 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2022/02/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 12 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 22,802 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,019,163 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 6,136 (850,214)
Johor - 3,238 (280,008)
Sabah - 4,107 (270,369)
Sarawak - 186 (254,026)
W.P. KL - 1,043 (229,108)
Kedah - 1,629 (191,291)
Kelantan - 1,274 (188,271)
Pulau Pinang - 1,574 (177,451)
Perak - 503 (137,041)
Negeri Sembilan - 731 (125,650)
Pahang - 1,063 (108,876)
Terengganu - 270 (87,818)
Melaka - 656 (87,207)
W.P. Putrajaya - 124 (11,595)
W.P. Labuan - 129 (11,585)
Perlis - 139 (8,653)

- KKM -
Daripada kes harian yang dilaporkan pada 12 Februari 2022;
• 104 kes (0.46 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 22,698 kes (99.54 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 5,029 kes (22.05%)
Kategori 2 : 17,669 kes (77.49%)
Kategori 3 : 82 kes (0.36%)
Kategori 4 : 14 kes (0.06%)
Kategori 5 : 8 kes (0.04%)

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 12 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.49. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Bagi mengelakkan kesesakan di PPV, KKM menasihatkan agar hanya ibu atau bapa atau penjaga yang datang ke PPV bersama-sama anak anda untuk vaksinasi. Sebagai persediaan vaksinasi, pastikan anak rehat secukupnya, makan dan minum sebelum ke PPV dan selepas vaksinasi, galakkan anak anda berehat dan elak dari melakukan aktiviti lasak selama seminggu.

To avoid congestion at PPV, MOH advises that only a parent or guardian accompanies their child to the PPV for vaccination. As a preparation for the vaccination, make sure the child gets adequate rest, eats and drinks before going to PPV and after vaccination, encourage your child to rest and avoid strenuous activities for a week.
Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) telah dijalankan di Malaysia sejak tahun 1986.
Antara objektif NHMS adalah untuk mendapat data kesihatan penduduk Malaysia dan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menilai halatuju dan program kesihatan penyakit tidak berjangkit (NCD).

NCD seperti diabetes, hipertensi dan tinggi kolesterol BOLEH DICEGAH.
Namun, prevalens risiko NCD dalam kalangan rakyat Malaysia dari tahun 2011 hingga 2019 masih menunjukkan tren yang membimbangkan.

Oleh itu, ambil langkah-langkah berikut bagi mengurangkan risiko anda mendapat NCD:
➡️ Mengamalkan pemakanan yang seimbang 🥙
➡️ Mengekalkan berat yang ideal 🗒️
➡️ Sentiasa bersenam dan aktif 👟
➡️ Tidak merokok 🚭
➡️ Mengelakkan pengambilan alkohol
➡️ Mengawal tekanan darah <140/90 mmHg 🩺
Pada 13 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,072 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,040,235 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM -
Daripada kes harian yang dilaporkan pada 13 Februari 2022;
• 86 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 20,986 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 5,995 kes (28.45%)
Kategori 2 : 14,991 kes (71.14%)
Kategori 3 : 58 kes (0.28%)
Kategori 4 : 20 kes (0.09%)
Kategori 5 : 8 kes (0.04%)

- KPK KKM -
Daripada 21,072 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 86 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 20,986 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan hari ini:
• 22 kes (25.6%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
• 46 kes (53.5%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
• 29 kes (33.7%) berumur 60 tahun dan ke atas
• 29 (33.7%) kes mempunyai penyakit komorbid
• hanya 3 kes (3.5%) dimasukkan ke ICU dan 1 kes (1.16%) memerlukan rawatan pernafasan.

-KPK KKM-
Sehingga 12 Februari 2022, kadar penggunaan katil bukan ICU khusus bagi pesakit COVID-19 adalah melebihi 80% di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perlis, dan Kelantan. Manakala kadar penggunaan katil ICU khusus bagi pesakit COVID-19 adalah sebanyak 54% di negeri Johor, namun lain-lain negeri berada di bawah 50% penggunaan katil ICU.

-KPK KKM-
Sehingga 12 Februari 2022, sebanyak 4,700 pesakit COVID-19 berada di hospital di mana kategori 3, 4 dan 5 adalah sebanyak 376 kes (8.0%) daripada keseluruhan pesakit COVID-19. Antara sebab-sebab kemasukan pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 ke hospital adalah:
• Medical emergency (contohnya penyakit kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal);
• Baru dikenalpasti menghidap penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal (contohnya darah tinggi atau kencing manis) semasa mendapat pemeriksaan di CAC;
• Penjaga kepada pesakit Pediatrik dan Geriatrik;
• Kes-kes Obstetrik yang memerlukan pemantauan rapi;
• Pesakit Immunocompromised (HIV, pesakit yang sedang menerima rawatan kemoterapi);
• Kemasukan melalui wad kecemasan;
• Keadaan rumah yang kurang bersesuaian;
• Kes kanak-kanak;
- Dehidrasi atau kekurangan air di dalam badan
- Demam berpanjangan dan kelesuan
- Mempunyai penyakit kronik
- Tiada penjaga
Berbanding ME ke 5/2022, kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam pada ME ke 6/2022 bagi kategori 3, 4 dan 5 telah menunjukkan peningkatan di semua peringkat umur kecuali golongan remaja. Peningkatan berganda dilihat ke atas golongan kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua bagi ME ke 6/2022. Oleh itu, KKM menyarankan agar kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa serta warga tua yang layak untuk segera mendapatkan vaksinasi dan dos penggalak di PPV berdekatan anda.
Kenyataan Akhbar KPK 13 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh: 5,724 kes (2,852,437 kes kumulatif, 93.8%)
• Kes baharu : 21,072 (3,040,235 kes kumulatif);
• Kes import : 65 kes [29 warganegara (44.6%); 36 bukan
warganegara (55.4%)];
• Kes tempatan : 21,007 kes [20,526 warganegara (97.7%); 481 bukan warganegara (2.3%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 187 kes (98 kes disahkan COVID-19; 89 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 109 kes (47 kes disahkan COVID-19; 62 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

• Jumlah kluster : 6,596 kluster;
• Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
• Jumlah kluster yang telah tamat : 6,175 kluster; dan
• Jumlah kluster aktif : 421 kluster.

Daripada 21,072 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
• 86 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 20,986 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di:
https://kpkesihatan.com/2022/02/13/kenyataan-akhbar-kpk-13-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Pada 13 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,072 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,040,235 kes

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 5,350 (855,564)
Johor - 2,419 (282,427)
Sabah - 3,891 (274,260)
Sarawak - 201 (254,227)
W.P. KL - 1,001 (230,109)
Kedah - 1,841 (193,132)
Kelantan - 1,208 (189,479)
Pulau Pinang - 1,566 (179,017)
Perak - 444 (137,485)
Negeri Sembilan - 983 (126,633)
Pahang - 1,099 (109,975)
Terengganu - 297 (88,115)
Melaka - 429 (87,636)
W.P. Putrajaya - 105 (11,700)
W.P. Labuan - 109 (11,694)
Perlis - 129 (8,782)

- KKM
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 13 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.43. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesakit COVID-19 Kategori 1, 2A dah 2B perlu kuarantin di rumah dah kemaskini gejala dan status kesihatan melalui Health Assessment Tool di MySejahtera. Jika gejala merosot sila dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berdekatan.