CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Pada 14 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,315 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,061,550 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM -
Daripada kes harian yang dilaporkan pada 14 Februari 2022;
• 87 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 6,200 kes (29.09%)
Kategori 2 : 15,028 kes (70.50%)
Kategori 3 : 48 kes (0.23%)
Kategori 4 : 23 kes (0.11%)
Kategori 5 : 16 kes (0.07%)

- KPK KKM -
KENYATAAN MEDIA
JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

TARIKH : 14 FEBRUARI 2022
Sehingga 14 Februari 2022 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 21,315 kes (3,061,550 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):

Selangor - 3,955 (859,519)
Johor - 2,800 (285,227)
Sabah - 4,035 (278,295)
Sarawak - 206 (254,433)
W.P. KL - 1,010 (231,119)
Kedah - 2,733 (195,865)
Kelantan - 1,330 (190,809)
Pulau Pinang - 1,656 (180,673)
Perak - 461 (137,946)
Negeri Sembilan - 707 (127,340)
Pahang - 938 (110,913)
Terengganu - 376 (88,491)
Melaka - 666 (88,302)
W.P. Labuan - 189 (11,883)
WP Putrajaya - 124 (11,824)
Perlis - 129 (8,911)

- KKM -
Kenyataan Akhbar KPK 14 Februari 2022 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19)

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);
• Kes sembuh: 8,517 kes (2,860,954 kes kumulatif, 93.5%)
• Kes baharu : 21,315 (3,061,550 kes kumulatif);
• Kes import : 81 kes [47 warganegara (58.0%); 34 bukan
warganegara (42.0%)];
• Kes tempatan : 21,234 kes [20,551 warganegara (96.8%); 683 bukan warganegara (3.2%)];
• Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 199 kes (94 kes disahkan COVID-19; 105 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
• Kes memerlukan bantuan pernafasan: 115 kes (47 kes disahkan COVID-19; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

Untuk kenyataan penuh, baca lanjut di: https://kpkesihatan.com/2022/02/14/kenyataan-akhbar-kpk-14-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/
Dimaklumkan bahawa meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah satu dan dua, namun dalam hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi lalu dimasukkan ke hospital.

Sehingga 14 Februari 2022, kes baharu COVID-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,217 kes. Daripada 1,217 kes ini:
- 400 kes (32.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 817 kes (67.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Sebanyak 13 kes telah dimasukkan ke ICU dan 1,005 kes telah ditempatkan di katil biasa. Pada yang sama, 918 kes COVID-19 telah didiscaj daripada hospital.

Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan hari ini:
• 16 kes (18.4%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
• 54 kes (62.1%) telah menerima 2 dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
• 35 kes (40.2%) berumur 60 tahun dan ke atas;
• 28 (32.2%) kes mempunyai penyakit komorbid;
• 2 (2.3%) kes ibu mengandung dan;
• 8 (9.2%) kes telah meninggal dunia, di mana 2 (2.3%) adalah kes Brought in Dead (BID).

- KPK KKM -
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 14 hb Feb 2022 untuk seluruh negara adalah 1.38. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
🔴 Sawan atau tarik adalah cetusan aktiviti elektrik mendadak yang berlaku di dalam otak yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkahlaku atau aktiviti kanak-kanak tersebut. 🔴

Sawan ini boleh berlaku disebabkan penyakit epilepsi, atau pun juga disebabkan oleh demam sawan, garam-galian yang tidak normal dalam tubuh termasuk hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah).

‼️ Jika berlaku sawan pada anak atau pesakit:
Sentiasa tenang dan jangan panik. Mengiringkan pesakit ke kiri. Sentiasa bersama pesakit dan dapatkan pertolongan doktor jika sawan berterusan lebih dari 5 minit. ‼️

🚑 Rawatan kecemasan diperlukan jika kanak-kanak atau pesakit tersebut mengalami kekejangan yang berpanjangan. 🏥
👉 Bekas pesakit COVID-19 berkemungkinan mengalami gejala-gejala berterusan bagi tempoh 12 minggu atau lebih selepas sembuh.

Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan COVID-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.
Gejala Long COVID ini menjejaskan kualiti kehidupan bekas pesakit COVID-19 dan ianya boleh dihadapi oleh bekas pesakit COVID-19 bergejala ringan mahupun bergejala serius.

😷 Pengambilan vaksin, amal 3W dan elak 3S, pengudaran yang baik serta pematuhan SOP, mampu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Semua AEFI (kesan advers susulan imunisasi) yang dilaporkan adalah disebabkan oleh vaksin. Mitos atau Fakta?

All AEFI (adverse event following immunisation) reported are caused by vaccines. Myth or Fact?

Sumber: JKJAV
Pada 15 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 22,133 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,083,683 kes.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

- KPK KKM -
Daripada kes harian yang dilaporkan pada 15 Februari 2022;
• 146 kes (0.66 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
• 21,987 kes (99.34 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Kategori 1 : 5,831 kes (26.34%)
Kategori 2 : 16,156 kes (73.0%)
Kategori 3 : 102 kes (0.46%)
Kategori 4 : 24 kes (0.11%)
Kategori 5 : 20 kes (0.09%)

- KPK KKM -
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pesakit COVID-19 Kategori 1 dan 2A perlu kuarantin di rumah dan kemaskini gejala dan status kesihatan melalui Health Assessment Tool di MySejahtera. Jika gejala merosot sila dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berdekatan.

Manakala untuk kategori 2B perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) yang berdekatan.
💪 Pemakanan yang baik dan gaya hidup sihat adalah sangat penting semasa proses pemulihan selepas sembuh daripada jangkitan COVID-19 kerana badan memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya dengan baik.

Pemakanan sihat dengan seimbang dan pelbagai amatlah penting bagi mendapatkan kembali nutrien-nutrien yang diperlukan badan bagi proses pemulihan ini.

Dikongsikan langkah-langkah yang boleh diambil semasa proses pemulihan dalam menyokong sistem imuniti dan terus kekal bertenaga.

Dapatkan bantuan daripada pakar perubatan dan pemakanan sekiranya perlu.
Daripada 22,133 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

146 kes (0.66 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
21,987 kes (99.34 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Bagi kes kategori 3, 4 dan 5 yang dilaporkan hari ini:

30 kes (20.6%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
79 kes (54.1%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 namun belum menerima dos penggalak (kumpulan ini berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap COVID-19 telah menurun);
1 (0.7%) kes adalah kes ibu mengandung
58 kes (39.7%) berumur 60 tahun dan ke atas;
46 (31.5%) kes mempunyai penyakit komorbid; dan
15 (10.3%) kes telah meninggal dunia, di mana 2 (1.4%) adalah kes BID

- KPK KKM -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Februari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 7,584 kes (2,868,538 kes kumulatif, 93.0%)
Kes baharu : 22,133 (3,083,683 kes kumulatif);
Kes import : 80 kes [30 warganegara (37.5%); 50 bukan warganegara (62.5%)];
Kes tempatan : 22,053 kes [21,604 warganegara (98.0%); 449 bukan warganegara (2.0%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 194 kes (103 kes disahkan COVID-19; 91 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan: 120 kes (55 kes disahkan COVID-19; 65 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);

https://kpkesihatan.com/2022/02/15/kenyataan-akhbar-kpk-15-februari-2022-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19/