CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Amalkan sanitasi dan disinfeksi tempat atau permukaan yang kerap disentuh seperti tombol pintu, pemegang pam tandas, suis lampu, meja, susur tangga dan sinki.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.moh.gov.my/anms

#anms
#sihatsepanjanghayat
#sihatmilikku
Carta Alir Pemberian Imunisasi COVID-19 kepada Remaja bagi Dos 1 & Dos 2.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
#LindungDiriLindungSemua
Berapakah Tahap Vaksinasi di Sekolah Anakku?

Di samping kita beralih ke fasa endemik, ibubapa ingin mendapat kepastian bahawa sekolah-sekolah tidak terkecuali dalam #ReopeningSafely.

Untuk menyakinkan ibubapa, KPM dan KKM telah bekerjasama untuk menerbitkan data vaksinasi di peringkat sekolah.

Data itu dapat dicari melalui laman covidnow, serta diterbitkan sepenuhnya di GitHub.

Boleh semak status vaksin sekolah anak anda di pautan https://covidnow.moh.gov.my/school/
Sehingga 11 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,709 kes (2,346,303 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Ketahui ciri baharu yang disediakan di aplikasi Mysejahtera. Ciri baharu ini adalah bagi anda yang ingin ke luar negara dan perlu menunjukan bukti dalam bentuk cetakan.

Ciri ini boleh didapati di profile Mysejahtera anda. Tekan butang 'download' PDF dan tunggu sebentar untuk mendapatkan cetakan tersebut.
Situasi penularan jangkitan COVID- 19 yang semakin pulih dalam beberapa minggu kebelakangan.

Situasi ini sedikit sebanyak menunjukkan kesediaan negara serta masyarakat untuk memasuki fasa peralihan endemik.

- KPK KKM -
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 11 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 10,833 kes (2,206,502 kes kumulatif, 94.0%);
Kes baharu : 6,709 kes (2,346,303 kes kumulatif);
Kes import : 6 kes (5 warganegara; 1 bukan warganegara);
Kes tempatan : 6,703 kes [6,454 warganegara (96.3%); 249 bukan warganegara (3.7%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 762 kes (702 kes COVID-19; 60 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 398 kes (298 kes COVID-19; 100 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,597 kluster;
Jumlah kluster baharu : 9 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,803 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 794 kluster.

Daripada 6,709 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; 144 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
6,565 (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

https://kpkesihatan.com/2021/10/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
We are flattening the curve and without the full support of the people it is utterly impossible. Together we can make the impossible possible. Kita Jaga Kita, Kita jaga Keluarga Kita. Kita jaga Negara Kita.

- KPK KKM -
Penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19.

Digunakan sebagai ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh individu
Untuk mengesan status COVID-19 dengan cepat & mudah

Berikut merupakan tip sebelum, semasa dan selepas prosedur penggunaan kit ujian kendiri COVID-19.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
Anak - anak dan penjaga, pantau status kesihatan warga emas dan segera dapatkan rawatan sekiranya mereka mengalami gejala seperti

➡️ Demam berpanjangan
➡️ Kurang selera makan dan minum
➡️ Kesukaran bernafas
➡️ Bacaan pulse oximeter kurang dari 95%

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
Klik https://bit.ly/3oQsn6L untuk Panduan Membuat Laporan Kendiri di MySejahtera.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
Sehingga 12 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,276 kes (2,353,579 kes).

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh : 10,555 kes (2,217,057 kes kumulatif, 94.2%);
Kes baharu : 7,276 kes (2,353,579 kes kumulatif);
Kes import : 10 kes (2 warganegara; 8 bukan warganegara);
Kes tempatan : 7,266 kes [6,869 warganegara (94.5%); 397 bukan warganegara (5.5%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 724 kes (683 kes COVID-19; 41 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 398 kes (297 kes COVID-19; 101 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,611 kluster;
Jumlah kluster baharu : 14 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,828 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 783 kluster.

Daripada 7,276 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
150 kes (2.1 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
7,126 kes (97.9 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/12/kenyataan-akhbar-kpk-12-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/