CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 9 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.86. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -
Please don’t let your guard down. Although our adult vaccination rate almost 90% this is not an excuse for us to take Covid-19 standard operating procedure for granted. We must continue to comply to all precautionary measures including self testing. Please stay vigilant at all times.

- KPK KKM -
Tahniah kepada semua. Kita jaga Kita, Kita jaga Keluarga Kita. Kita jaga Negara Kita.

- KPK KKM -
Terkini. 10 Oktober 2021. Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,373 kes.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 10 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

Kes sembuh: 10,959 kes (2,195,669 kes kumulatif, 93.8%);
Kes baharu : 7,373 kes 2,339,594 kes kumulatif);
Kes import : 2 kes (1 warganegara; 1 bukan warganegara);
Kes tempatan : 7,371 kes [6,991 warganegara (94.8%); 380 bukan warganegara (5.2%)];
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 762 kes (702 kes COVID-19; 60 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 410 kes (293 kes COVID-19; 117 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
Jumlah kluster : 5,588 kluster;
Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 4,778 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 810 kluster.

Daripada 7,373 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;
133 kes (1.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
7,240 kes (98.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

https://kpkesihatan.com/2021/10/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-oktober-2021-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Peranan guru / pentadbir sekolah sekiranya murid bergejala atau menjadi kontak kes COVID-19.

Pastikan murid membuat ujian saringan COVID-19
Asingkan murid sehingga keputusan saringan COVID-19 diperolehi
Maklumkan kepada ibu bapa murid
Laporkan kepada PKD berhampiran sekiranya keputusan ujian saringan positif.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
Sekiranya anda disahkan positif COVID-19, anda akan mendapat satu pesanan untuk menyenaraikan kontak rapat anda melalui aplikasi MySejahtera.

Tekan pautan yang diberi dan masukkan maklumat yangh diminta.

#ANMS
#sihatsepanjanghayat
#COVID19
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 10 hb Oktober 2021 untuk seluruh negara adalah 0.87. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran.

- KPK KKM -