CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KENYATAAN AKHBAR

Perkhidmatan imunisasi di sekolah tidak dapat dijalankan kerana #COVID19.

Namun, KKM tetap sediakan perkhidmatan imunisasi dan keutamaan kpd murid Tahun Satu.

Ibu bapa perlu bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat apabila mendapat jadual temujanji dari sekolah.

- CPRC KKM
Nantikan perkembangan terkini #covid19malaysia yang dijangka bersiaran kira-kira jam 4.30 petang.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 15 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan:
36 (Terdapat 1 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
6,855

Kes sembuh:
88

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
5,439

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
14 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
0

Jumlah keseluruhan kematian:
112


Nasihat berkaitan COVID-19
- Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
- Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam telah berupaya mempertingkatkan penyeragaman sistem data makmal dari semua makmal yang menjalankan ujian #COVID19 (makmal KKM, universiti, MOSTI dan makmal swasta).

Data-data ini kemudian menjalani proses pemurnian menggunakan sistem eCoVID bagi memastikan pengumpulan data dijalankan dengan lebih berkesan, cepat dan tepat.

Sistem pangkalan data eCOVID yang dibangunkan KKM dengan kerjasama MKN dan SKMM ini, merupakan pencapaian baik berbanding sebelum ini yang mana data dari lapangan dan makmal dilapor secara manual.

Hasil penggunaan sistem pengumpulan data lebih cekap ini, jumlah individu yang saring ialah 424,306 orang termasuk 6,855 positif #COVID19 dan 417,451 negatif, setakat 15 Mei.

Ini menjadikan kadar positif adalah 1.62%. dan bilangan orang yang disaring ialah 13 orang bagi setiap 1,000 populasi iaitu negara paling banyak menjalankan ujian saringan dalam kalangan negara Asean lain.

Sebelum ini, KKM melaporkan 297,342 orang disaring dan 6,819 positif dan kadar positif 2.29%, yang dilaporkan pada 14 Mei.

- CPRC KKM
PENGUMUMAN

Kemaskini aplikasi mudah alih MySejahtera untuk mendapatkan ciri-ciri terbaru seperti
1- Mengemaskini status risiko bagi profil Pengguna yang Berisiko Rendah
2- Penilaian risiko mengikut lokasi tempat tinggal anda

Bagi yang belum mempunyai aplikasi MySejahtera, JOM muat turun sekarang daripada Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA), Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery

- CPRC KKM
Selamat Hari Lahir YAB Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa dalam rahmat dan pertolongan Allah SWT agar terus maju jaya memimpin negara.

#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Jika bergejala (demam, batuk dan sukar bernafas), dapatkan rawatan SEGERA di fasiliti kesihatan.

RAWATAN AWAL dapat mengurangkan risiko penyakit menjadi lebih kritikal.

————————————

If you experience these symptoms (fever, cough and breathing difficulties), please seek IMMEDIATE treatment at health facility.

EARLY TREATMENT could reduce the risk for the illness to become critical.

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/2920313071350144/