CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
BERITA TERKINI

Daerah/zon kategori zon merah terus berkurang menjadi 7 manakala zon hijau bertambah menjadi 126.

Kes aktif di zon merah melibatkan kluster-kluster yang masih aktif dan lokaliti PKPD.

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 16 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 17 (Terdapat 6 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,872

Jumlah kes aktif: 1,247

Kes sembuh: 73

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,512

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 13 (Seramai 5 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 1

Jumlah keseluruhan kematian: 113


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P iaitu:
--> Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
--> Orang yang berisiko tinggi perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
--> Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Bersama kita cegah penularan jangkitan #COVID19 dengan mengamalkan norma-norma baharu dan mengelak 3S.

Kita perlu hidup dengan virus ini sehinggalah vaksin atau ubat merawat penyakit ini dihasilkan.

Justeru, langkah pencegahan adalah cara terbaik mengelak drpd dijangkiti.

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Dua daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor dan Kuala Langat kini zon hijau.

Perlis, Kedah dan Kelantan kekal negeri zon hijau.

Bagi melindungi zon-zon hijau dan bagi mengelak penularan jangkitan dari zon merah, perjalanan rentas negeri TIDAK dibenarkan kecuali dgn kebenaran PDRM.

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Kini ada 8 negara yang mempunyai bilangan kes 200,000 ke atas dari 10 buah negara utama yang mencatatkan kes tertinggi di dunia.

Negara Malaysia antara 15 negara yang mempunyai peratus kesembuhan melebihi 80% dari negara-negara yang mempunyai jumlah kes positif COVID-19 melebihi 1,000 kes

- CPRC KKM
PENGUMUMAN

Nantikan perkembangan terkini #covid19malaysia yang dijangka bersiaran kira-kira jam 4.30 petang ini.

#StrongerTogether
#KitaTeguhKitaMenang
#KitaMestiMenang

- CPRC KKM
Assalamualaikum & Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 17 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 22 (Terdapat 5 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,894

Jumlah kes aktif: 1,210

Kes sembuh: 59

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,571

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 13 (Seramai 7 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 113


Nasihat berkaitan COVID-19
1) Elakkan 3C (Crowded place, Confined space & Close conversation)
2) Amalkan 3W (Wash, Wear & Warn)
3) Terus patuh kepada S.O.P

- CPRC KKM