CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
NEWS FLASH

Ikuti perkembangan terkini #covid19malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 4.30 petang ini

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 11 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan:
70 (Termasuk 13 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
6,726

Kes sembuh:
88

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
5,113

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
20 (Seramai 7 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
1

Jumlah keseluruhan kematian:
109


Atas nasihat KKM dan MKN, PKPB DILANJUTKAN selama 4 minggu sehingga 9 Jun 2020- YAB PM

Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Elakkan keluar dari rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)

- CPRC KKM
JUMLAH KESELURUHAN TABURAN KES COVID-19, 11 Mei

Sebanyak 1,504 kes keboleh jangkitan COVID-19 telah diasingkan & sedang dirawat di hospital. Daripada 70 kes positif y dilaporkan hari ini, 57 adalah penularan tempatan & 31 adalah bukan warganegara. 13 kes pula adalah kes import.

- CPRC KKM
NEWS FLASH

Putrajaya, 11 Mei 2020 - Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba bersama Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, T.Y.T Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan telah menyantuni petugas-petugas perubatan dan kesihatan di Hospital Putrajaya semalam.

Berita lanjut boleh didapati di pautan di bawah
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157036096616237

- CPRC KKM
Saksikan rancangan Bicara Inspirasi (TV1) yang akan bersiaran pada Selasa, 12 Mei 2020 jam 9.00 malam. Dua panel jemputan iaitu Pengarah Bahagian Jururawat KKM, Puan Hjh Tumble bt Ngadiran@Tomblow bersama jururawat yang bertugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah MAEPS, Puan Siti Amirah bt Wahab akan bersama-sama dalam rancangan ini untuk membicarakan mengenai Hari Jururawat Sedunia.

- CPRC KKM
Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Penyakit Berjangkit) KKM, YBrs. Dr Khebir Verasahib akan ke udara di rancangan Temubual @ Radio di saluran Bernama Radio (frekuensi 93.9) untuk membicarakan topik 'Tingkatkan Kawalan Kendiri Normal Baharu Rakyat Malaysia' pada 12 Mei 2020, jam 6.10 petang ini.

- CPRC KKM
PENGUMUMAN

Bagi Sambutan Hari Jururawat Sedunia pada kali ini, FB KKM akan menyiarankan secara langsung telesidang di antara Bahagian Kejururawatan dengan semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN). Telesidang ini adalah selari dengan saranan KKM dalam usaha mebendung penularan jangkitan Covid-19.

Anda boleh mengikuti telesidang ini yang dijangka akan bersiaran kira-kira jam 12.00 tengah hari ini di Facebook KKM.
#covid19malaysia
#harijururawatmalaysia

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Bagi negara dan wilayah yang mempunyai kes melebihi 400 kes, terdapat 20 negara dan 1 wilayah yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 75%. Negara Malaysia menduduki tangga ke 19 dengan kadar kesembuhan 76%.

Negara Belgium, Perancis dan United Kingdom mempunyai kadar kematian di antara 10 negara yang tertinggi.

- CPRC KKM