CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
BERITA TERKINI

Jumlah pecahan kes mengikut Daerah, Zon dan Presint sehingga jam 12 pm, 11 Mei 2020.

Berdasarkan statistik semalam, Kluang telah keluar dari zon merah ke zon kuning. Daerah Seremban pula di Negeri Sembilan dilaporkan kembali menjadi zon merah.

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #covid19malaysia yang dijangka bersiaran kira-kira jam 4.30 petang ini

- CPRC KKM
BERITA TERKINI

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (Perkhidmatan Hospital) atau Crisis Preparedness and Response Centre (Hospital Services) telah ditubuhkan bagi membantu menangani pandemik COVID-19 dengan lebih berkesan khususnya yang berkaitan dengan pengurusan pesakit di hospital.

Berita lanjut boleh didapati di pautan di bawah
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157036757616237

- CPRC KKM
Terkini. Sidang media harian akan berlangsung jam 5pm ini.

Kami mohon maaf atas kelewatan yang tidak dapat dielakkan ini.

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi 😊

Ringkasan Kes COVID-19 pada 12 MEI 2020

Kes baharu dilaporkan: 16 (Termasuk 3 kes import pada hari ini)

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 6,742

Kes sembuh: 110

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 5,223

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 16 (Seramai 3 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 109


Nasihat berkaitan COVID-19
- Patuh kepada PKPB
- Elakkan keluar dari rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja
- Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa
- Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing)

- CPRC KKM
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Inilah sebabnya penting untuk kita mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam situasi #covid19 ini.

Teruskan mematuhi dan mengamalkan normal-normal baharu.

#kitamestimenang
#covid19malaysia

- CPRC KKM
Semasa bulan Ramadan, kesihatan perlu diutamakan. Kekal cergas ikuti tip ini.

- CPRC KKM
Jom kemas kini aplikasi MySejahtera anda ke versi 1.0.16 untuk menikmati fungsi-fungsi terbaru seperti:

1. Kemas kini status kesihatan anda
2. Virtual Health Advisory (pertambahan platform)
3. Merokok dan COVID19 (risiko anda)

Android https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mysejahtera

iOS
https://apps.apple.com/my/app/mysejahtera/id1504055630

Huawei
https://appgallery.cloud.huawei.com/marketshare/app/C101930603?locale=en_GB&source=appshare&subsource=C101930603

Ayuh! Mari putuskan rangkaian COVID-19 di Malaysia!