CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Statistik COVID-19 seluruh negara di dunia.

Jumlah kes bagi negara Amerika Syarikat telah menghampiri ke angka 1 juta dan kadar peratusan adalah 32.19% dari jumlah kes di dunia.

Kadar peratusan kematian paling tinggi adalah 15.08% dari negara Belgium.

- CPRC KKM
Kes aktif COVID19 di Malaysia semakin menurun. Kes di ICU juga berkurang. Semoga tren ini dapat dikekalkan. Dapatkan analisa terkini di aplikasi MySejahtera. Apakah risiko anda terhadap COVID19? Muat turun MySejahtera untuk ketahui dengan lebih lanjut.

- CPRC KKM
Siaran langsung bagi perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia menerusi FB Live KKM telah diawalkan waktu siarannya sepanjang bulan Ramadhan ini. Harap maklum.
Ikuti perkembangan #COVID19Malaysia yang akan bersiaran kira-kira jam 4.00 petang ini.

- CPRC KKM
Trend COVID19 di Malaysia menunjukkan penurunan manakala jumlah pesakit yang sembuh melebihi kes yang dilaporkan untuk 3 minggu berturut-turut. Ayuh rakyat Malaysia, duduk dirumah dan patuh kepada PKP. Marilah bersama kerajaan untuk membanteras COVID19 di bulan Ramadhan yang mulia ini.

- CPRC KKM
Jom muat turun aplikasi MySejahtera untuk bersama-sama kita memutuskan rantaian Covid-19! Kita laksanakan tanggungjawab ini bersama-sama!

- MKN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 26 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan: 38

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia: 5,780

Kes sembuh: 100

Jumlah keseluruhan kes sembuh: 3,862

Jumlah keseluruhan kes di ICU: 36 (Seramai 15 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian: 0

Jumlah keseluruhan kematian: 98

- CPRC KKM
Jumlah kes mengikut negeri setakat 26 April 2020. Tahniah kepada barisan hadapan seluruh negara. Tapi kita tidak leka, ayuh rakyat Malaysia, mari kita sama-sama berganding bahu memutus rantaian COVID19!

- CPRC KKM