CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Ikuti perkembangan terkini #COVID19 di Flag of Malaysia Malaysia jam 4.30pm ini.


Pautan FB KKM seperti di bawha
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

- CPRC KKM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakyat Malaysia yang dikasihi..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 27 APRIL 2020

Kes baharu dilaporkan:
40

Jumlah keseluruhan kes dilaporkan di Malaysia:
5,820

Kes sembuh:
95

Jumlah keseluruhan kes sembuh:
3,957

Jumlah keseluruhan kes di ICU:
37 (Seramai 17 orang memerlukan bantuan alat pernafasan)

Kematian:
1

Jumlah keseluruhan kematian:
99

- CPRC KKM
Trend #COVID19Flag of Malaysia di Malaysia berdasarkan PKP Fasa 1, 2 dan tiga

Walaupun kes baharu kekal dua digit sejak 17 April lalu, kita masih belum menang.

Sila patuhi PKP, amalkan penjarakan sosial, jauhi perhimpunan awam dan kerap basuh tangan.

- CPRC KKM
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Salam Ramadhan semua! Kita mesti menang!

- YBMK
Bantu kami untuk kami bantu anda.

Anda di pelawa untuk memberi cadangan atau pandangan kepada KKM untuk rakyat Malaysia kekal sihat selepas PKP.

Cadangan atau pandangan anda boleh diberi melalui pautan https://tinyurl.com/soalrakyatpascaCOVID atau menulis terus di ruangan komen di post ini.

Terima kasih.
Malaysia mempunyai kes COVID19 keempat tertinggi selepas Singapura, Indonesia dan Filipina. Muat turun aplikasi MySejahtera untuk mendapat analisa terkini!

- CPRC KKM
Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, pelajar pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti dibenar memulakan pergerakan secara berperingkat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing mulai 27 April 2020.

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman, pelajar dinasihatkan supaya sentiasa mengikut langkah-langkah pencegahan seperti berikut, iaitu:

• mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter dari orang lain.

• menjaga kebersihan diri, dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.

• menggalakkan pemakaian alat penutup mulut dan hidung (facemask) di sepanjang perjalanan.

- CPRC KKM
Kes positif mengikut negeri setakat 27 April 2020, jam 12.00 tengah hari.

- CPRC KKM
Ikuti perkembangan terkini #COVID19 di Flag of Malaysia Malaysia jam 4.30pm ini

Pautan FB KKM seperti dibawah.
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/

- CPRC KKM