CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kematian di Itali melepasi China dengan kadar kematian meningkat kepada 8.3%.

Filipina lapor 3 kematian baru manakala tiada kes kematian baru di Indonesia.

USA, Perancis, UK dan Sepanyol antara negara yang terus rekodkan kes kematian.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
YDP Agong berkenan memandu sendiri meninjau keadaan persekitaran Kuala Lumpur semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Baginda juga meninjau lokasi tugasan PDRM membuat sekatan jalan raya di sekitar ibu negara sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Video: Istana Negara. Sumber: MKN
Saya ingin menggesa orang ramai / pesakit agar jujur ​​dalam memberikan sejarah dan hubungan rapat mereka.

Kami mengalami beberapa insiden pada minggu ini di mana pesakit menyembunyikan hubungan dan / atau gejala mereka. Sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat, contohnya, yang dikaitkan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling juga tidak didedahkan.

Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal tersebut telah didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas. Ia adalah satu jenayah sekiranya anda tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat.

Saya merayu kepada orang ramai dan pesakit untuk jujur ​​dan tidak menyembunyikan maklumat sehingga menimbulkan risiko kepada nyawa dan fasiliti kami.

- KPK KKM -
Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19. Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

Virus ini tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa, agama atau nilai harta anda, tambahan lagi jika anda seorang petugas kesihatan di barisan hadapan medan perang ini.

Pesanan ringkas kami kepada orang ramai pada hari ini: Bantu kami untuk membantu anda. Duduk di rumah.

——————————————-

As of today, 12 MOH healthcare workers and 3 from the private healthcare sector have been infected by the COVID-19 virus. One of 12 MOH staff is currently in ICU on ventilatory support.

This virus knows no boundaries, regardless of your race, religion or wealth status, even more so if you are a healthcare worker at the frontline of this war.

Our simple message to the public today: Please help us to help you. Stay at home.

- KPK KKM -
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 20.3.2020:

Kes dilaporkan: 130

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 1030

Kes sembuh: 12

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 87

Jumlah kes di ICU: 26

Jumlah kematian: 2

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 941

- CPRC KKM
Dukacita dimaklumkan satu lagi kematian akibat COVID-19. Ini menjadikan jumlah kematian 3 akibat COVID-19.

- CPRC KKM
Jangan takut, jangan bimbang...

Jika anda mempunyai risiko untuk mendapat COVID-19, maklum kepada anggota kesihatan yang mendaftar atau merawat. Risiko sebaran virus ini adalah tinggi.. Jika anda tidak maklum, anggota kesihatan yang menjadi barisan hadapan KKM berisiko tinggi untuk mendapat COVID-19.

Sehingga hari ini, 12 petugas kesihatan KKM dan 3 daripada sektor kesihatan swasta telah dijangkiti virus COVID-19. Salah seorang daripada 12 kakitangan KKM tersebut kini berada di ICU dan memerlukan bantuan pernafasan.

Cukuplah sekadar itu.. KKM perlu tenaga untuk mengharungi saat yang mencabar ini..

Bantu kami untuk membantu anda..

NO FEAR NO RUMOR NO STIGMA

#mycombatcovid

- CPRC KKM
Dukacita dimaklumkan, sepanjang tempoh 24 jam lalu, dua (2) kematian kes COVID19 dilaporkan.

Kes kematian ketiga telah dimaklumkan malam tadi di Twitter KKMPutrajaya.

Kes kematian keempat melibatkan kes ke-238, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun.

Beliau adalah daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac.

Beliau diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 jam 10.30pagi

- CPRC KKM
Sehingga jam 12 pm pada 20 Mac 2020, terdapat 45 kes COVID-19 di negeri Perak. Ini termasuk 2 orang pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Salah seorang pesakit ICU tersebut merupakan seorang Pakar Perubatan Perubatan Kecemasan (Emergency Medicine Physician) daripada sebuah hospital KKM di Perak. Beliau merupakan staf kesihatan KKM kedua yang memerlukan bantuan pernafasan di ICU. Manakala seorang lagi pesakit berusia 63 tahun merupakan peserta perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling. Kedua-dua pesakit kini berada dalam keadaan kritikal tetapi stabil. Tiada kematian seperti mana yang ditularkan di media social.

Petugas kesihatan KKM seluruh negara sedang berusaha sebaik mungkin dalam memberi rawatan kepada pesakit-pesakit COVID-19 serta mengesan kes-kes yang baharu. Marilah kita bersama-sama berdoa agar petugas kesihatan dilindungi daripada sebarang malapetaka dan diberikan kesihatan serta kekuatan menghadapi krisis ini.

Anda semua boleh membantu kami dengan duduk di rumah, sentiasa menjaga kebersihan diri dan beri kerjasama sepenuhnya kepada petugas kesihatan dan pihak keselamatan. Jujurlah apabila diminta maklumat.

Bantu kkm dan Duduk di rumah.

- KPK KKM -
anda juga boleh mengikuti CPRC di facebook,
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 21.3.2020:

Kes dilaporkan: 153

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 1183

Kes sembuh: 27

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 114

Jumlah kes di ICU: 37

Jumlah kematian: 4

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 1065

- CPRC KKM