CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Sejak 1 Januari 2023 sehingga 15 Mei 2023, sebanyak 11 kes rabies dalam kalangan manusia telah dilaporkan di Sarawak.

Sejumlah 31 buah fasiliti KKM di seluruh Negeri Sarawak menyediakan perkhidmatan rawatan gigitan haiwan termasuk pemberian vaksin anti-rabies. Manakala sembilan (9) buah hospital memberikan perkhidmatan suntikan Rabies Immunoglobulin (RIG) kepada kes-kes berisiko tinggi.

KKM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak dalam usaha mencapai status Sarawak dan Malaysia bebas rabies menjelang 2030. Justeru, semua penduduk Malaysia diminta agar sentiasa mematuhi semua nasihat dan arahan yang dikeluarkan oleh KKM, pihak berkuasa dan agensi berkaitan.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Gigitan anjing liar boleh menyebabkan penyakit Rabies.

Sekiranya digigit anjing liar, segera cuci bahagian yang digigit dengan air dan sabun sekurang-kurangnya 15 minit.

Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jangan bawa anak keluar jika bergejala seperti demam, ulser pada tekak, mulut dan lidah dan ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki.

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
☀️☀️ Berikutan daripada cuaca panas, setiap individu berpotensi mengalami kehilangan air dari tubuh seterusnya mengalami dehidrasi.

Terdapat beberapa jenis buah-buahan tempatan dan import yang mengandungi kandungan air yang tinggi.🍉🥭

Oleh itu, orang ramai disarankan untuk meningkatkan pengambilan buah-buahan berjus bagi mengekalkan status hidrasi agar kekal sihat.💧💧
Cuaca panas yang berselang-seli dengan hujan berpotensi menyumbang peningkatan populasi nyamuk Aedes di persekitaran.

Semua pihak perlu bekerjasama bagi menjaga kebersihan persekitaran dalam langkah pencegahan gigitan nyamuk Aedes.

1. Buang sampah di tempat yang ditentukan
2. Lakukan semburan aerosol di dalam bilik darjah atau ruang kerja sebelum memulakan sesi persekolahan setelah tamat cuti sekolah dengan menyasarkan tempat tersembunyi dan gelap.
3. Galakkan pelajar sekolah menggunakan bahan repelan pada anggota badan yang terdedah apabila menjalankan aktiviti di luar bilik darjah bagi mencegah gigitan nyamuk.
Sekiranya anak anda demam, hilang selera makan dan terdapat ruam dengan lepuh pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat..

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cuci permainan dan peralatan anak anda dengan pencuci berasaskan klorin dan air.

Larang anak anda dari memasukkan mainan atau objek ke dalam mulut.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🫁 Terdapat golongan tertentu yang berisiko untuk mendapat tuberkulosis. Sila semak sekiranya anda tergolong dalam kumpulan risiko ini, pastikan anda menjalani saringan tuberkulosis.

🩺Sekiranya anda mempunyai gejala batuk dan demam berpanjangan melebihi dua minggu, anda berisiko untuk mendapat penyakit tuberkulosis.

Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab dalam usaha untuk mengakhiri tuberkulosis di Malaysia.👨‍👩‍👧‍👧
KENYATAAN MEDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia
20 Mei 2023

Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid035iiukBKmKLB7afqJTTfuAm164hdcSjX8mRpj4BriaE2b9D8F7ABvRwqyYTEt64Vjl&id=100064560379224&mibextid=Nif5oz
👨‍👩‍👦‍👦👨‍👩‍👦‍👦Sokongan ahli keluarga, majikan, rakan sekerja dan masyarakat memainkan peranan penting bagi memastikan pesakit tidak terhenti rawatan.

Salah faham berkaitan penyakit Tibi serta stigma terhadap pesakit dan keluarga perlu dihentikan. Komitmen yang tinggi dari anggota kesihatan di samping kerjasama yang erat dari semua agensi kerajaan, swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) amat diperlukan bagi mencapai hasrat Malaysia untuk menamatkan Tibi menjelang tahun 2035 menjadi kenyataan.🫁🫁
Go Away HFMD!

Tune in to Traxxfm tomorrow at 11.15am with Dr. Vickneshwaran Muthu from Disease Control Division, KKM.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Hari Tanpa Tembakau 2023.

Asap rokok menyumbang pada pencemaran udara dan peningkatan suhu dunia serta perubahan iklim.
Utamakan makanan bukan rokok demi kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🧳🧳 Sempena musim haji yang bakal menjelang tidak lama lagi, ramai jemaah haji akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah tersebut.

Jemaah haji terutamanya warga emas lazimnya akan membawa ubat-ubatan ke Tanah Suci.
Ubat-ubatan perlu disimpan dengan betul sepanjang perjalanan ke Tanah Suci bagi memudahkan pengambilannya seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi.

Oleh itu, jemaah haji disarankan untuk mengikuti panduan pengurusan ubat-ubatan dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk memastikan masa pengambilan ubat dipatuhi 💊💊
Penularan penyakit HFMD semakin membimbangkan dan mencatat peningkatan. Pastikan ibu bapa sentiasa peka dengan keadaan kanak-kanak dan terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan oleh KKM.

Gunakan Pengesan Penyakit Berjangkit dalam aplikasi MySejahtera bagi mengenal pasti kes-kes aktif disekeliling anda.

Sumber: MySejahtera
Asing dan elak anak anda bergaul dengan anak yang lain jika mempunyai gejala seperti demam, ruam atau ulser.
Bawa anak anda ke klinik untuk rawatan dengan segera.

Terus waspada, cegah HFMD dan penyakit berjangkit.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Berhenti merokok adalah satu proses bermula daripada menetapkan tarikh berhenti sehingga berjaya mengekalkan tingkah laku tidak merokok.

Dapatkan senarai hospital yang menyediakan bantuan berhenti merokok di laman sesawang Infosihat (www.infosihat.gov.my)

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama