CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Cegah Penyakit Kulit Bawaan Air Banjir

Pendedahan kepada air banjir yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit.
Elak daripada terdedah dengan air banjir jika mempunyai luka.

Dapatkan rawatan segera jika terdapat bendasing pada luka, gigitan binatang atau luka membengkak, kemerahan, bertambah sakit atau mengalami demam.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kes semakin meningkat, kematian juga semakin ramai. Aedes semakin berleluasa dan mengganas. Apa tindakan kita? Jom cuti minggu ni kita banteras Aedes habis-habisan....

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
National TB Seminar in conjunction with World TB Day 2023 will be held on 13 & 14 March 2023 at Auditorium Perdana Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

The seminar will be officiate by Datuk Dr. Norhayati Rusli, Deputy Director General of Public Health, MOH.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber: Bahagian Kawalan Penyakit
Ke mana yer nak bercuti semasa cuti sekolah ni? walau ke mana sahaja perancangan percutian kita jangan sesekali bagi Aedes membiak di persekitaran dalam dan luar rumah kita. Sebelum meninggalkan rumah pastikan tiada tempat-tempat yang boleh untuk Aedes membiak yer...mudah jer cuma ambil masa 10 minit untuk menghapuskan tempat-tempat pembiakan yang berpotensi untuk Aedes membiak...

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hapus Aedes sangat mudah.

Hanya luangkan 10 Minit Cari Dan Musnahkan Tempat-Tempat Pembiakan Nyamuk Aedes. #10minit

Layari laman sesawang & ikuti media sosial MyHEALTHKKM untuk maklumat lanjut.

#SihatSepanjangHayat #ANMS #MyHEALTHKKM #sihatmilikku

Kredit : Amandalyn Chen

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
PEMANJANGAN WAKTU OPERASI SELEPAS WAKTU PEJABAT DI KLINIK-KLINIK KESIHATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

KKM memaklumkan Pemanjangan Waktu Operasi Selepas Waktu Pejabat yang dilaksanakan di 52 buah klinik kesihatan yang dikenalpasti bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.

Waktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Sabtu.

Bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad-Khamis dari 5.00 petang - 9.30 malam dan 8.00 pagi - 12.00 tengahari pada hari Sabtu.

Perkhidmatan ini tidak dilaksanakan pada hari Jumaat (bagi Negeri Kedah, Kelantan, dan Johor) dan Ahad (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan, dan Johor) serta Cuti Umum.

Walau bagaimanapun, waktu operasi & hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/pfbid02cmT4pKZPZ59JyNT19XQrh5kfSTymGFSA6LfrxyPBhrtxRRsd7YErptmjUDNEimkml
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Nak pergi bercuti atau pulang ke kampung?

Jangan lupa bawa bersama ubat-ubatan yang berkenaan.

Bagi pesakit yang menghidapi penyakit kronik, pastikan bekalan ubat adalah mencukupi semasa bercuti.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Akan datang.

Tempahan janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian di MySejahtera.

#mysejahtera
#gerbangkesejahteraandigitalanda
#AplikasiKesihatanAwam

Sumber: MySejahtera
Berhenti Merokok Semudah A-B-C-D Pada Bulan Ramadan.

Ahli keluarga perlu memainkan peranan dalam memberi sokongan kepada perokok untuk berhenti merokok.

A - Berazam membantu perokok untuk berhenti merokok
B - Bimbing perokok untuk mendapatkan bantuan
C - Tanya khabar perokok yang ingin berhenti supaya mereka rasa dihargai
D - Tegur dan beri nasihat secara berhemah dan sopan

#ANMS #KekalSihat #speakout #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Min sangat bersimpati dengan nasib mereka yang ditimpa musibah banjir. Sama-samalah kita doakan mereka diberikan kekuatan mengharungi dugaan ini. Apa yang min harapkan agar masyarakat sama-sama memastikan tiada peningkatan kes demam denggi selepas banjir surut. Pastikan tiada tempat yang boleh Aedes membiak.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#10minitseminggu

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Nafas Baharu Bermula Ramadan

Saksikan menerusi FB Live TVAlhijrah esok pada pukul 3.00 petang bersama Prof. Dr. Mohamad Haniki bin Nik Mohamed dari Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) , Rakan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Kes demam denggi semakin meningkat. Tidakkah ada perasaan takut dalam hati kita jika terkena demam denggi? Denggi boleh membawa maut ye kengkawan. Jangan anggap ringan demam denggi ini. Jangan sampai ada kalangan ahli keluarga kita maut akibat denggi, nak menyesal pun dah tak berguna. Bertindak sebelum terlewat.

#TiadaAedesTiadaDenggi
#CariDanMusnah
#10minitseminggu
5% - 10% kontak Tibi berisiko mendapat Tibi dalam tempoh 2 tahun. Pemeriksaan kontak membolehkan diagnosa dan rawatan awal diberikan.

Jika disahkan dijangkiti Tibi, rawatan akan diberi selama 6 bulan.

#ANMS #KekalSihat #YesWeCanEndTB #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
‼️ Layari aplikasi MySejahtera untuk tempahan janji temu Pemeriksaan Kesihatan Pergigian buat diri anda serta keluarga secara BERFASA:

Fasa 1: Bermula 20 Mac 2023 penggunaan di semua klinik pergigian di Negeri Melaka dan Pulau Pinang

Fasa 2: Bermula Mei 2023 perluasan ke klinik pergigian seluruh negara

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cara pencegahan lipas, lalat dan tikus semasa musim banjir

👉 Tutup tong sampah
👉 Tutup makanan dengan sempurna
👉 Lap dan bersihkan meja selepas makan
👉 Pasang jaring atau perangkap yang sesuai
👉 Jangan buang sisa makanan merata-rata
👉 Kenal pasti kawasan hurungan
👉 Lupus bangkai haiwan dengan menanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih

Layari http://www.infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
52 buah klinik kesihatan terpilih terlibat dalam pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.

Waktu operasi dipanjangkan dari 5.00 petang hingga 9.30 malam (Isnin hingga Jumaat) dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari (Sabtu).

Bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Johor, waktu operasi dari 5.00 petang hingga 9.30 malam (Ahad hingga Khamis) dan 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sabtu).

Berikut merupakan senarai klinik-klinik yang terlibat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jangkitan TB Laten (LTBI) merupakan keadaan tindak balas sistem imun badan yang berterusan terhadap rangsangan antigen Mycobacterium Tuberculosis tanpa ada bukti klinikal TB aktif.

Antara ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan LTBI adalah ujian X-ray dada, ujian kulit tuberkulin (TST) atau ujian serologi IGRA.

Penghidap TB Laten tidak mempunyai gejala TB, sentiasa berasa sihat dan tidak menjangkiti orang lain namun boleh menjadi TB jika tidak dirawat.

#ANMS #KekalSihat #YesWeCanEndTB #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Teruja dengan ciri akan datang di MySejahtera iaitu Tempahan Janji Temu Pemeriksaan Kesihatan Pergigian?

Anda boleh imbas kod QR di infografik ini untuk maklumat lebih lanjut berkenaan fungsi ciri ini.

#AplikasiKesihatanAwam
#gerbangkesejahteraandigitalanda
#MySejahtera

Sumber: MySejahtera