CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Bantuan Awal Kesihatan Psikologi

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok di TV1

Tarikh : 19 Oktober 2022 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi

Panel :

Puan Norhaida Asma Mohd Hashim
Pegawai Psikologi
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Psychological First Aids for Community

Dengarkan di aifm esok pada pukul 9.15 pagi bersama En. Lee Boon Hock dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
Persediaan sebelum banjir bagi pesakit kronik.

Sediakan perkara berikut semasa berpindah

📙 Buku rekod kesihatan
🎒 Keperluan Peribadi
💊 Bekalan ubat

Dapatkan bantuan dari fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan bantuan khas (pesakit terlantar)

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🦟 Nyamuk Aedes hanya memerlukan air yang sedikit untuk bertelur dan telur nyamuk Aedes dapat bertahan selama 8 bulan dalam keadaan kering.

✔️ Dikongsikan langkah pencegahan dan kawalan denggi di musim banjir.

💪 Bersama-sama kita basmi Aedes di persekitaran kita agar demam denggi dapat dicegah.

Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.
Musim hujan bukan alasan untuk anda merokok dalam rumah.

Hormatilah pasangan dan ahli keluarga yang lain.

Tegur demi kebaikan bersama.

#ANMS
#KekalSihat
#speakout
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Malaysian Food Safety Association (MAFSA) akan menganjurkan Ekspo Makanan Selamat Tahun 2022 (eMAS 2022) seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 26-28 Oktober 2022
Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang
Tempat : Dewan Persidangan Perbadanan
Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Objektif utama eMAS 2022 adalah untuk mempromosikan produk makanan selamat yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang awam dan pihak berkepentingan (stakeholders) serta mewujudkan permintaan pasaran ke atas produk makanan selamat.
Saban hari kita dikejutkan dengan berita berkaitan banjir yang melanda di beberapa kawasan di seluruh negara. Dalam menghadapi suasana banjir yang berlaku, pastikan kesihatan anda serta orang tersayang sentiasa terjamin.

Amalkan 6 perkara ini semasa banjir serta pastikan mendapatkan rawatan secepatnya jika terjadi perkara yang tidak diingini.

#FoodSafetyTips

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Hari Kesihatan Mental Sedunia

Dengarkan di KLfm esok pada pukul 11.30 pagi bersama Dr. Nurashikin Ibrahim dari Bahagian Kawalan Penyakit, KKM.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Program pembangunan keupayaan Ejen Kesihatan Komuniti Malaysia (MyCHAMPION) adalah satu program di bawah KKM bertujuan memastikan kesihatan Keluarga Malaysia dapat dipertingkatkan terutamanya dalam usaha pendidikan dan promosi kesejahteraan kesihatan melalui aktiviti sukarelawan.

Layari portal MyChampion (https://www.infosihat.gov.my/mychampion) dan mendaftarlah sebagai sukarelawan kesihatan hari ini.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kebersihan persekitaran adalah penting ke arah kelestarian alam sekitar dan adalah tanggungjawab kita bersama sebagai rakyat Malaysia.

Ambil tahu dan jalankan peranan kita masing-masing hari ini untuk hidup di dalam persekitaran yang sihat.

Persekitaran yang bersih mampu membuat minda lebih sihat dan tenang.

#ANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Selamat Hari Deepavali.

Sebelum berkumpul, lakukan ujian pengesanan COVID-19 jika bergejala seperti demam, batuk, sakit tekak dan selesema.

Elakkan berkumpul jika bergejala bagi melindungi kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas.

Pakai pelitup muka apabila berada di tempat orang ramai serta semasa melakukan aktiviti bersama kumpulan berisiko tinggi.

#ANMS
#KekalSihat
#COVID19
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Saksikan video montaj Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health) (NCEMH) dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Tahun 2022 yang telah disempurnakan oleh Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan pada 21 Oktober 2022 di Aras 6, Bangunan Quill-18, Cyberjaya.

Perkhidmatan psikiatri di institusi mental bermula pada tahun 1950an, manakala wad kesihatan mental pertama dibuka di Hospital Besar Pulau Pinang. Kini perkhidmatan psikiatri telah disediakan di 56 hospital dan 4 institusi mental. Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan bermula tahun 2001.

Sepanjang tahun 2014 hingga 2021 banyak tragedi dan krisis telah berlaku seperti MH370,  tragedi MH17, banjir 2014, pencemaran Sungai Kim Kim, COVID-19 dan banjir 2021. Perkhidmatan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS) turut merupakan peranan yang penting semasa tragedi dan krisis ini berlaku.

#ANMS 
#KekalSihat 
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Saksikan pula gimik Pelancaran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (National Centre of Excellence for Mental Health) (NCEMH) dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Tahun 2022.

Untuk mencapai kesihatan mental yang baik, kita memerlukan elemen-elemen asas. Ini dapat digambarkan melalui Pokok Kesihatan Mental. Tegak berdirinya pokok ini dapat digambarkan melalui akar, batang dan buahnya sebagai hasil.

Akar pokok yang menggambarkan 8 elemen asas akan membentuk kesihatan mental yang baik iaitu kemahiran hidup, kejujuran, sokongan sosial, kasih sayang, tanggungjawab, persahabatan, penyayang dan nilai moral dan agama.

Elemen-elemen ini akan menjadi lebih kukuh dengan adanya pemikiran positif sebagai batang pokok yang akan menjamin penghasilan buah-buah Pokok Kesihatan Mental. Buah-buah menggambarkan 12 elemen kesihatan mental iaitu  tolak ansur, motivasi, komunikasi berkesan, keharmonian, matlamat hidup realistik, menangani konflik, penyelesaian masalah, penerimaan, produktiviti, harga diri, kebahagiaan dan tegas diri.

#ANMS 
#KekalSihat 
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
🇲🇾 Sempena cuti perayaan kali ini, orang ramai adalah digalakkan untuk mengamalkan yang berikut:

#TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform dan Seek) terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti berkumpulan atau berkunjung sekiranya anda bergejala.

Sayangi ❤️ diri dan
Keluarga anda
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

1. Karisma Birds Nest Gel
2. Haemun Cream
3. Sweet 13 Skincare Treatment Cream
4. Ninaskincare Skin Puteh Moisturizer
5. Skin Dessert Cream

Baca kenyataan penuh di
https://kpkesihatan.com/2022/10/23/kenyataan-media-kpk-23-oktober-2022-makluman-produk-kosmetik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/ .