CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Hari yang sangat hiba bagi kami di KKM apabila 2 pesakit COVID-19 kami meninggal dunia.

Kami di KKM selalu berusaha sedaya upaya untuk membantu dan menyembuhkan pesakit-pasakit kami.

Malang tidak berbau...

Saudara-saudari sekalian, masyarakat Malaysia yang dikasihi sekalian, tugas membendung penularan wabak COVID-19 bukan sahaja terletak di tangan kami, mahupun pihak berkuasa. Setiap insan di Malaysia mesti mengambil tanggungjawab untuk membantu kami.

2 minggu ini sangat penting. Sangat penting untuk menyekat penularan wabak ini. Ingatlah nasihat KKM dan kerajaan. Patuhi perintah kawalan pergerakan.

NO FEAR NO RUMOR NO STIGMA

#mycombatcovid

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat.

Kes global makin meningkat dengan jumlah kes sebanyak 197,830 melibatkan 152 buah negara. Negara Itali mencatat 31,506 kes, kedua tertinggi selepas negara China diikuti dengan negara Iran (16,169), Spain (11,826), Germany (9,360), South Korea ( 8,413), France (7,695) dan USA (6,362).

Jumlah kematian secara global adalah 7,944 kes iaitu sebanyak 4.02%. Kadar sembuh adalah sebanyak 49.42%.

- CPRC KKM
Hari ini adalah hari pertama "perintah kawalan pergerakan" di negara kita. Dengan kata-kata mudah, "sila duduk di rumah" dan jarakkan diri anda daripada orang lain.

Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap "tidak kisah".

Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. "Duduk di rumah dan jangan keluar "

Sumber: MKN

#mycombatcovid
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 18.3.2020:

Kes dilaporkan: 117

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 790

Kes sembuh: 11

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 60

Jumlah kes di ICU: 17

Jumlah kematian: 2

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 728

- CPRC KKM
Kini terdapat 17 kes COVID-19 di ICU sekarang. Diharapkan angka ini dapat dikurangkan.

Perintah kawalan pergerakan mesti dipatuhi. MESTI DIPATUHI. Ini bermakna, semua rakyat Malaysia yang berkenaan DINASIHATKAN berada dirumah dan hanya keluar sekiranya betul-betul perlu.

Kenaikan atau pengurangan kes serta tahap penularan wabak sekarang di tangan anda. Ya betul, kini di tangan anda.

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Bersama dengan KKM dan agensi lain memastikan kualiti hidup kita terjamin tanpa wabak COVID-19.

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat..

Kes COVID-19 Global adalah 215,018 kes, kadar kematian 4.18% dan kadar sembuh adalah 39.15%.

Kes kian meningkat setiap hari.

- CPRC KKM
#COVID-19 : Sehingga 12 tengah malam 19 Mac 2020, 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir majlis perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling telah diperiksa, 4,986 sampel diambil dan 513 positif. Seorang jemaah tabligh berunur 34 tahun telah meninggal dunia kelmarin. KKM menyeru ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk diperiksa untuk tampil untuk diperiksa oleh KKM.

- KPK, KKM