CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Sila layari www.moh.gov.my untuk nombor-nombor telefon CPRC negeri dan pejabat kesihatan daerah yang berdekatan untuk sebarang pertanyaan. Hotline CPRC KKM sesak Dan menyebabkan ramai yang tidak dapat menghubungi kami.

Jutaan maaf untuk segala kesulitan, kami akan buat yang terbaik. Bersama-samalah dengan KKM semua agensi lain untuk membendung penularan COVID-19.

- CPRC KKM

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA

#mycombatcovid
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19:

Kes dilaporkan: 41

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 238

Kes sembuh: 2

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 35

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 203

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat. Kes-kes COVID-19 meningkat di kebanyakkan negara. Kadar kematian adalah sebanyak 3.59%.

Susuli nasihat dan arahan kerajaan dan KKM dari masa ke semasa.

No fear, no rumor, no stigma

#mycombatcovid
Salam sejahtera, status terkini akan diumumkan oleh pengurusan tertinggi KKM sebentar lagi..

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 15.3.2020:

Kes dilaporkan: 190

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 428

Kes sembuh: 7

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 42

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 386

- CPRC KKM
190 new #COVID19 cases reported in Malaysia, Mar 15.

This brings the total of cases to 428 including 42 recoveries.

No fear, No rumor, No stigma

#mycombatcovid
Salam sejahtera...

Jangan panik, KKM sedang bergiat mencari kes-kes positif. Ini adalah salah satu kaedah untuk membendung penularan kes COVID-19 di Malaysia... Mohon sesiapa merupakan kontak rapat dengan kes-kes positif untuk bekerjasama dengan pihak kesihatan daerah dan negeri..

Buat masa sekarang, ikutilah nasihat KKM...

1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

2. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

3. Orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

4. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

- CPRC KKM

No Fear, No Rumor, No Stigma

#mycombatcovid