CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kematian di Sepanyol dan Perancis meningkat kepada 35 dan 33, mengikut laporan terkini dikeluarkan WHO.

Itali kekal sebagai negara yang mencatatkan kes kematian tertinggi di luar China iaitu sebanyak 631. Peratus kematian negara tersebut (6.2%) melepasi China (3.9%).

Malaysia kekal dengan 129 kes positif. 25 dari jumlah tersebut telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Semalam, KKM laporkan kes ke-87, seorang lelaki tempatan berusia 68 tahun telah sembuh dan discaj.

Anda mampu cegah COVID-19, terus amalkan kebersihan diri seperti yang dinasihatkan oleh KKM.

Basuh tangan dengan sabun dan air, elakkan bersalaman atau bersentuhan jika anda atau orang sekeliling mempunyai simptom-simptom seperti batuk, demam, selsema dan sesak nafas.
Apa yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya ada pekerja yang bergejala COVID-19?

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk
Hari ini kita dikejutkan dengan penularan Covid-19 yang melanda masyarakat di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda bahawa Covid-19 tidak menjangkiti melalui makanan?

Penularan Covid-19 hanya melalui mukus yang mengandungi titisan salur pernafasan (droplets) yang dijangkiti oleh novel-coronavirus di antara haiwan dan manusia semasa bercakap, bersin atau batuk. (Sumber : WHO)

5 amalan mengelakkan jangkitan penyakit yang anda perlu tahu :

1. Jaga kebersihan diri dan kerap cuci tangan
2. Asingkan makanan mentah dari makanan yang sudah dimasak
3. Masak dengan cara yang betul
4. Simpan makanan pada suhu yang selamat
5. Gunakan air dan bahan mentah yang selamat

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Saksikan liputan khas mengenai apa yang dilalui oleh rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan melalui COVID-19 - Misi Bantuan Kemanusiaan dan apa yang berlaku di Pusat Pemantauan Unit Kecemasan Negara di Bandar Enstek dalam rancangan Majalah 3 yang telah ditayangkan di TV3 pada 9 Mac 2020 yang lalu.

Kredit : TV3 Malaysia
Kabinet putuskan sekatan perjalanan sepenuhnya kepada rakyat Iran, Itali dan Republik Korea serta warganegara asing yang datang dari negara-negara berkenaan daripada memasuki Malaysia atau transit di mana-mana pintu masuk antarabangsa (PMA) berkuatkuasa 13 Mac. - Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba.
Sekatan perjalanan terhadap tiga wilayah di China iaitu Hubei, Zhejiang dan Jiangsu serta Hokaido, Jepun, adalah kekal.- Menteri Kesihatan, YB Dato' Seri Dr Adham Baba.
Rakyat Malaysia, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang yang tiba dari Itali, Iran dan Korea dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah selama 14 hari. - Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri Dr Adham Baba.
Pelancaran Tabung Covid-19

(i) Tabung COVID-19 dilancarkan dengan geran pelancaran sebanyak RM1 juta. Pihak swasta, badan sukarela serta orang perseorangan digalakkan untuk memberi sumbangan kepada tabung ini demi keprihatinan terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan penularan COVID- 19.

(ii) tabung ini bertujuan untuk memberi bantuan wang ihsan kepada mereka dalam tempoh menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988’ selama 14 hari atau menjalani rawatan di hospital ekoran positif COVID-19 yang didaftarkan oleh KKM.

(iii) sumbangan bantuan sebanyak RM100 sehari akan diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses HS dan rawatan tersebut.


5. Untuk menderma,
TABUNG COVID-19

Nama Akaun : TABUNG BANTUAN BENCANA NEGARA
No. Akaun : BANK MUAMALAT 1601-0001138-71-4
Indonesia rekod kematian pertama kes COVID-19 apabila seorang pesakit warganegara UK berusia 53 tahun meninggal dunia, lapor CNA.

Beliau dikatakan telahpun berada dalam keadaan kritikal ketika dimasukkan ke wad atas sebab COVID-19.

Beliau menghidap beberapa penyakit termasuk hypertensi dan diabetes.

CNA melaporkan 27 kes positif COVID-19 dicatatkan di Indonesia pada Rabu.

https://www.channelnewsasia.com/news/asia/indonesia-first-covid-19-death-foreigner-coronavirus-12526222
Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 11 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 20 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenal pasti dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih sedang dijalankan sehingga punca di mana jangkitan ini terjadi dapat dikenalpasti.

Dengan pertambahan 20 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 149 kes.

https://kpkesihatan.com/2020/03/11/kenyataan-akhbar-kpk-11-mac-2020-situasi-semasa-jangkitan-penyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
Jumlah Kes COVID-19 di Malaysia: 149

Kes pada 11.3.2020: 20 kes

Kes sembuh setakat 11.3.2020: 26 kes

- CPRC KKM
Salam sejahtera dan Salam hormat..

Sesiapa yang telah menghadiri Ijtimak Tabligh yang telah berlangsung di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 28.2.2020 hingga 1.3.2020 diminta menghubungi pihak KKM di pejabat kesihatan daerah masing-masing atau melalui talian hotline CPRC negeri seperti berikut. Bersama-sama kita membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

“no fear, no rumor, no stigma”

#mycombatcovid