CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
13 Mei 2020 - Mulai hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disambung sehingga 9 Jun 2020.

Jangan sesekali alpa kerana kita masih berjuang.

Dalam tempoh PKPB ini, kekalkan disiplin yang tinggi. Praktikkan kawalan kendiri. Sentiasa patuhi arahan dan SOP pihak berkuasa.

Ingatlah, duduk di rumah jika tiada keperluan di luar.

Kita Mesti Menang!

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/2912872328760885/
Bersama YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini meninjau persiapan yang dilaksanakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Subang bagi penghantaran keperluan barang-barang kritikal ke Sabah dalam menangani pandemik COVID-19.

Turut hadir ialah YB Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad.

Terima kasih kepada semua frontliners yang terlibat.

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian
#PerkasakanKomuniti

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/3396621267052653/
Selamat menyambut Hari Deepavali.

Sentiasa amalkan 3W dan elakkan 3S.

3W:-
1. Wash (cuci) - kerap cuci tangan dengan air dan sabun
2. Wear (pakai) - pakai pelitup muka
3. Warn (amaran) - jangan bersalaman atau bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin, lakukan disinfeksi, duduk rumah, dapatkan rawatan jika bergejala

3S:-
1. Sesak - elakkan berada di tempat yang sesak.
2. Sempit - elakkan berada di tempat yang sempit dan tertutup.
3. Sembang dekat - elakkan bersembang dalam jarak yang dekat.

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian
#perkasakankomuniti

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/3435100459871400/
𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐬𝐮𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐯𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃-𝟏𝟗 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengumumkan mekanisma dan tarikh untuk pendaftaran ini apabila ianya sedia kelak.

Sementara itu, rakyat Malaysia adalah diseru agar terus patuh pada SOP yang telah ditetapkan dan terus mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Bersama kita mainkan peranan masing-masing dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Kita Mesti Menang!

Dr. Adham Baba

#KitaMestiMenang
#kerajaanprihatin
#breakthechain
#strongertogether
#InibukanpilihanTapikemestian
#PerkasakanKomuniti

https://www.facebook.com/497510250297117/posts/3602979163083528/