CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Apakah perbezaan MPOX, Chickenpox dan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)?

Ketiga-tiga penyakit ini berbeza. Pengetahuan mengenai penyakit-penyakit ini penting supaya kita lebih waspada dan dapat bertindak bagi menangani dan mendapatkan rawatan dengan lebih berkesan.

Pastikan anda dan keluarga sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi sebagai langkah pencegahan daripada penyakit ini.

#MalaysiaSihat
Kesesakan di pusat pemindahan banjir di Semenanjung Utara boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan
Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin
Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
Jaga kebersihan diri dan persekitaran
Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan
Gunakan tisu untuk membuang kahak
Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala
Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak
Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan.
Layari https://www.infosihat.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir.
#MalaysiaSihat