CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍.

Fasa Peralihan Monsun dijangka bermula pada 29 Mac 2024 dan berterusan sehingga Mei 2024. Permulaan fasa ini menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut 2023/24 yang telah bermula sejak 11 November 2023.

#metmalaysia
#PeralihanMonsun
#NRECC
#MalaysiaMADANI
Ramalan cuaca Malaysian Meteorological Department bagi seluruh negara pada 15 April 2024 – 17 April 2024.

#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍?
Fasa peralihan monsun adalah tempoh peralihan antara Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗧𝗘𝗢𝗥𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔: 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔𝗔𝗡 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 17 Mei 2024 dan akan berterusan sehingga September 2024. Sepanjang tempoh ini, taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat seterusnya boleh menyebabkan berlakunya fenomena jerebu sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal. Oleh itu, elakkan pembakaran terbuka dan gunakan air secara berhemah.

#MonsunBaratDaya
#caknacuaca
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀: 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏 𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐈 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐘𝐀

#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
EMPAT CORAK CUACA SEMASA MONSUN BARAT DAYA
Anda perlu peka dengan empat kesan cuaca semasa Monsun Barat Daya ini iaitu kemungkinan akan berlaku jerebu, cuaca yang kering, kebakaran hutan dan penyusutan paras air empangan.
Oleh itu, MetMalaysia telah menasihati orang ramai agar tidak melakukan pembakaran secara terbuka bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.
Selain itu, anda dinasihatkan untuk tidak membuang puntung rokok merata-rata, minum air secukupnya dan hadkan aktiviti luar. Paling penting adalah anda perlu menyimpan bekalan air secukupnya serta sentiasa peka dengan maklumat yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Musim cuti sekolah penggal pertama 2024 telah bermula dan berdasarkan laporan Minggu Epidemiologi ke-20 tahun 2024 iaitu mulai 12 Mei sehingga 18 Mei 2024, jumlah kes demam denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 2,461 kes berbanding 2,338 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat peningkatan sebanyak 123 kes bagi tempoh tersebut.
Oleh itu, pendekatan 'Sekolah kita BEBAS dari Nyamuk Aedes' diambil dengan menyarankan agar pihak sekolah serta kontraktor pembersihan yang dilantikmelakukan beberapa tindakan bagi mengawal dan menurunkan populasi nyamuk di sekolah semasa cuti sekolah. Ikuti langkah-langkah pencegahan denggi di sekolah.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
⚠️ Jangan ambil mudah dengan penggunaan telur dalam masakan.
🥚 Telur mudah tercemar dengan pelbagai kuman khususnya Salmonella. Ia menyebabkan gejala demam, kejang perut dan cirit-birit.
⚠️ Oleh itu, perhatikan dan buat penilaian sebaiknya sebelum membuat pembelian.
📢 Anda juga dinasihatkan untuk:
1. Membeli ikut keperluan
2. Simpan telur di tempat yang sesuai
3. Basuh telur sebelum guna
𝙆𝙚𝙨𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙠𝙖𝙣𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙣𝙜𝙜𝙪𝙣𝙜𝙟𝙖𝙬𝙖𝙗 𝘽𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kek, kuih-muih, nasi goreng mahupun pelbagai menu 🍰🥟🍚 lain menggunakan telur sebagai bahan asas. Oleh itu, telur merupakan antara makanan ruji bagi masyarakat khususnya rakyat Malaysia. Namun, penggunaan telur 🥚 yang telah rosak boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan.
Dikongsikan cara untuk mengenal pasti tahap kesegaran telur. Ingat‼️Pastikan anda sentiasa mengamalkan konsep 𝗟𝗜𝗛𝗔𝗧, 𝗕𝗔𝗨 dan 𝗥𝗔𝗦𝗔 sebelum dimasak. Telur yang telah rosak akan berbau busuk.
#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Demam denggi boleh menyerang semua peringkat masyarakat tanpa mengira umur‼️

Walau bagaimanapun, risiko mendapat jangkitan demam denggi adalah lebih tinggi bagi individu yang tinggal atau berada di kawasan hotspot 📍 atau wabak denggi serta golongan bekerja dan pelajar yang kerap melakukan aktiviti di luar rumah.

⚠️ Amalkan langkah-langkah pencegahan kendiri. Cegah denggi sebelum terkena. Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Seringkali berlaku kejadian keracunan makanan yang disebabkan oleh pengendalian penyediaan makanan yang tidak selamat.

Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif dengan memastikan pengendalian dan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu.

Pengusaha dan peniaga makanan perlu menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakan‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas peranan bersama dalam memerangi COVID-19. Komitmen dan kerjasama rakyat Malaysia adalah kunci kepada kejayaan pencapaian peralihan fasa hidup bersama COVID-19.

Namun begitu, kita tidak boleh alpa dengan situasi semasa dan orang ramai dinasihatkan untuk memperkasakan diri untuk menjaga kesihatan masing-masing serta mencegah daripada mendapat jangkitan atau menularkan kepada orang lain.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani