CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Penyembur nyamuk tidak membunuh jentik-jentik Aedes.

Cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #KekalSihat #OneHourMalaysiaCleanUp #GotongRoyongMegaOnePointZero #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Perhatikan tanda-tanda jika seseorang itu mengalami dehidrasi atau kekeringan air dalam badan.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Pneumokokal berjangkit melalui titisan pernafasan, ciuman dan menyentuh permukaan yang tercemar.

Dapatkan rawatan segera sekiranya anak anda mengalami tanda dan gejala seperti demam, kesukaran bernafas, sawan dan sakit telinga.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Lakukan perkara di bawah sekiranya ada ahli keluarga anda mengalami strok haba.

Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ketika cuaca panas adalah seperti minum air kosong dengan banyak dan kerap, gunakan topi atau payung sekiranya berada di luar dan Hadkan aktiviti di luar rumah.

*Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Jun 2023. Klik https://rb.gy/6wjhe untuk edisi penuh.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit pneumokokal adalah dengan pengambilan imunisasi pneumokokal.

Pengambilan imunisasi pneumokokal boleh mengelakkan komplikasi seperti hilang upaya secara kekal, gangguan pertumbuhuan dan perkembangan kanak-kanak serta kematian.

Amalkan kebersihan yang baik dah cara hisup yang sihat.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Kolera merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio Cholerae.

Kolera berjangkit melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar terutamanya ketika musim banjir.

Perhatikan tanda-tanda/ gejala dan langkah pencegahan penyakit kolera.

Layari infosihat.gov.my untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir.

#ANMS #sihatmilikku
Kes COVID-19 semakin meningkat kebelakangan ini. Sentiasa memakai pelitup muka terutamanya bagi yang bergejala atau apabila berada di tempat tertutup, sempit dan sesak terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, individu komorbid, individu imuniti rendah dan ibu hamil.

Ikut Tip pemakaian penutup mulut dan hidung ini supaya pemakaiannya betul-betul melindungi anda.

Ingat ya! Jangan buang merata-rata. Pastikan ia dilupuskan dengan cara yang betul.

#ANMS #COVID19 #sihatmilikku
Nampak sihat tidak semestinya anda sihat.
Lakukan saringan kesihatan, cegah awal, sihat sepanjang hayat.
#ANMS #sihatmilikku
Obor-obor merupakan haiwan yang tidak bertulang dan beberapa spesies boleh menyebabkan sengatan bisa yang mungkin mengakibatkan alahan teruk serta kematian.

Sengatan bisa boleh terjadi melalui sentuhan daripada sesungut yang mempunyai pundi bisa mengandungi racun dipanggil sebagai ‘nematosit’.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan agar tidak mandi atau bermain air di kawasan yang terdapat spesies obor-obor berbahaya.

#ANMS #sihatmilikku
Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37°c untuk 3 hari berturut-turut.
Gelombang haba boleh menyebabkan kemarau dan kebakaran hutan. Elakkan pembakaran terbuka dan simpan bekalan air secukupnya.
Jaga kesihatan dengan minum air secukupnya, hadkan aktiviti luar, pakai pakaian yang selesa, sesuai dan mudah menyerap peluh.
#ANMS #sihatmilikku
Lindungi anak anda daripada cuaca panas.

Awas! Jika anak anda menunjukkan gejala seperti demam, lesu, pernafasan tidak normal dan sawan, dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan.

#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Demam Campak (Measles) : Ambil Peduli, Ambil Tahu

Saksikan rancangan Diari Rawat pada pukul 9.00 malam di TV1 bersama Dr. Diana Mahat dari Bahagian Kawalan Penyakit dan Dr. Sangeetha Siniah dari Hospital Tunku Azizah.

#ANMS #sihatmilikku
Antara tanda awal strok haba adalah pening atau sakit kepala, loya atau muntah dan sawan.
Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama.
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.
#ANMS #KekalSihat #sihatmilikku
Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau minuman yang tercemar.
Tempoh keracunan boleh terjadi seawal 30 minit hingga 72 jam.
Keracunan makanan boleh membawa kematian jika serius.
Orang ramai dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mengalami gejala keracunan makanan.
#ANMS #sihatmilikku
Anda merancang untuk berkelah?

Ingat! Leptospirosis boleh mengancam nyawa!

➡️ Pilih kawasan yang bersih
➡️ Pilih kawasan air yang mengalir
➡️ Bilas atau mandi dengan sabun dan air bersih selepas aktiviti rekreasi
➡️ Minum air yang telah dimasak

#ANMS #sihatmilikku