CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Tobacco Endgame merupakan satu sasaran yang telah ditetapkan oleh Pakar Kesihatan NCD global untuk mencapai peratusan merokok kurang daripada 5% (<5%).

Bagi mencapai sasaran tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mencadangkan satu peruntukan baharu di bawah Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam iaitu peruntukan Generasi Penamat Rokok iaitu satu bentuk perlindungan kepada Generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya daripada bahaya sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape.

Oleh itu, #GenerasiPenamatRokok disarankan untuk tidak terlibat dengan sebarang akitiviti yang melibatkan produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Pelaksaanaan inisiatif #GenerasiPenamatRokok akan membantu mengurangkan penjualan rokok yang tidak sah.

Hal ini kerana apabila generasi penamat telah disekat daripada memperoleh produk tembakau, ketagihan terhadap produk ini akan berjaya dikurangkan, seterusnya menyebabkan permintaan terhadap rokok tidak sah berkurangan.

Oleh itu, orang ramai hendaklah menyokong Generasi Penamat Rokok serta tidak melibatkan diri dengan sebarang akitiviti penjualan rokok tidak sah demi melahirkan generasi yang bebas asap rokok daripada sebarang bentuk amalan merokok pada masa hadapan.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Generasi Penamat Rokok perlu dilaksanakan SEGERA disebabkan oleh beban masalah merokok yang semakin parah.

Orang ramai perlu memberi sokongan padu terhadap pelaksanaan Generasi Penamat Rokok demi melahirkan generasi bebas tanpa amalan merokok pada masa hadapan.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok
Sekiranya #GenerasiPenamatRokok tidak dilaksanakan, kerajaan bakal berdepan dengan kos rawatan perubatan yang tinggi.

Dengan anggaran pertumbuhan penduduk sebanyak 1.5% (Jabatan Statistik Malaysia, 2015) dalam masa 5 tahun dan juga kenaikan kos perubatan sebanyak 5% setahun untuk kos rawatan bagi penyedia perkhidmatan dan kos pesakit (Al-Junid et al., 2007; Health Care Cost of Smoking in Malaysia, SEATCA report), kerajaan bakal berdepan dengan kos untuk merawat HANYA TIGA daripada penyakit akibat merokok konvensional (kanser paru-paru, serangan jantung dan chronic obstructive airway disease) sebanyak RM8.77 billion menjelang 2030.

Oleh itu, pelaksanaan Generasi Penamat Rokok dapat menguntungkan negara kerana kos rawatan penyakit berpunca daripada rokok lebih tinggi berbanding kutipan cukai rokok.

#SayaSokongGenerasiPenamatRokok