CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa surat edaran yang tular di media sosial ini adalah palsu.

KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat seperti yang disebarkan ini oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Untuk makluman, KKM TIDAK MEMPUNYAI Bahagian Penyakit Kelamin Berjangkit seperti yang ditularkan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mempercayai dan menghebahkan maklumat yang tidak sah dan boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

#TakPastiJanganKongsi

Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum diperpanjangkan.