CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
KENYATAAN MEDIA
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET MENANGANI DENGGI
1. Pada tahun 2023, sejumlah 123,133 kes #denggi telah dilaporkan berbanding 66,102 kes bagi tempoh sama tahun 2022, iaitu peningkatan sebanyak 86.3%. Namun berkurang 5.4% berbanding tahun 2019 (sebelum pandemik COVID-19). Jumlah kematian akibat komplikasi demam denggi adalah sebanyak 100 kematian dilaporkan pada tahun 2023 berbanding 56 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2022.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi ini adalah mesyuarat kali pertama pada tahun ini dan bertujuan untuk menggembleng usaha dan tindakan bersepadu dalam pencegahan dan kawalan denggi di Malaysia, melibatkan pelbagai kementerian dan agensi strategik melibatkan 14 kementerian, semua Pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi menangani isu denggi di Malaysia.
3. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Denggi Bilangan 1/2024 ini telah memutuskan perkara-perkara berikut:
a. Meningkatkan keupayaan sumber melalui kolaborasi dengan agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan termasuk penubuhan Task Force bersama GLC.
b. Mempertingkatkan keupayaan sumber melalui penyumberluaran2 aktiviti kawalan dan pencegahan denggi seperti semburan dan larvisiding.
c. Memperkukuhkan kepimpinan setempat melalui penglibatan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam jawatankuasa kawalan dan pencegahan denggi peringkat negeri dan daerah.
d. Program pelepasan nyamuk #aedes #berwolbachia telah dilaksanakan di 32 lokaliti melibatkan 7 negeri bermula tahun 2019. Dari ini sebanyak 19 lokaliti telah lengkap 2 tahun 6 minggu dan penilaian keberkesanan menunjukkan penurunan kes denggi 45% hingga 100% berbanding sebelum pelepasan. Jawatankuasa Kabinet mencadangkan perluasan pengoperasian nyamuk Aedes berWolbachia melalui pertambahan 10 lokaliti baru bagi pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia yang memerlukan dana sebanyak 4 juta setahun bagi menampung kos operasi.
e. Jawatankuasa Kabinet juga mencadangkan penglibatan PBT dengan menjadikan pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia sebagai Projek Angkat oleh PBT.
f. Aktiviti #gotongroyongroyong secara berjadual di premis seliaan kementerian, jabatan dan agensi dijadikan agenda tetap dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Peringkat Daerah dan Negeri. Selain itu, kempen dan gotong royong secara besarbesaran melibatkan pelbagai agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, pemimpin setempat dan masyarakat akan dilaksanakan pada tahun 2024.
g. Satu kertas Memorandum Jemaah Menteri (MJM) akan dikemukakan dalam tempoh dua (2) minggu yang menggariskan langkah-langkah menangani denggi untuk persetujuaan Jemaah menteri.
4. Diharapkan dengan keputusan-keputusan yang diambil ini dapat meningkatkan pelaksanaan langkah-langkah kawalan dan pencegahan denggi sebelum ia menjadi lebih serius.
5. Saya menyeru semua rakyat mengambil cakna mengenai masalah denggi dan sentiasa memastikan persekitaran tempat tinggal bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes. Tiada Aedes, tiada denggi, #Chikungunya dan #zika .
Sekian, terima kasih.
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
PUTRAJAYA
15 JANUARI 2024
#kkmmalaysia #bebasdenggi