CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Tolong.. Tolong.. Tolong jangan abaikan 6 perkara ini ketika banjir. Kongsikan juga kepada yang lain. Terima kasih. 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Bantuan makanan cepat basi ketika banjir? Jom amalkan tips ini. Kongsikan juga kepada yang lain. Terima kasih. 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jom baca tips menerima sumbangan. Apajua makanan yang anda terima, lakukan 3 perkara ini.

Terima kasih 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Duhai sukarelawan semua.. Jom baca tips memberi sumbangan makanan sedia dimakan. Apajua makanan yang anda sumbangkan.. Pastikan ada 4 perkara ini.

Terima kasih 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Tolong jangan sesekali makan makanan terendam dalam air banjir ye.

Terima kasih 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Jangan makan makanan dalam tin yang telah rosak. Tin yang sudah kemek, bocor, berlubang, berkarat atau mengelembung adalah contoh petunjuk bahawa keadaan makanan di dalamnya mungkin telah rosak.

Terima kasih 🙏🏻

#TipsBanjir
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Negeri Kelantan
DUHAI PENIAGA

Tolong… Tolong… Tolong…

Jangan menggunakan paku atau dawai kokot (stapler) untuk membungkus makanan.

Ini boleh menyebabkan kecederaan serius sekiranya tercemar di dalam makanan.

Dan Paling Teruk…

Pengusaha atau pengendali makanan terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1983 Dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Ingat … Keselamatan makanan adalah tanggungjawab kita semua.

Terima kasih 🙏🏻

#FoodHazard
#KeselamatanMakanan
#KKM

Sumber: Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Negeri Kelantan
𝗧𝗜𝗣 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗔𝗜𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 - 𝗞𝗨𝗜𝗛 𝗥𝗔𝗬𝗔

Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, pastinya ramai di antara kita yang sudah sibuk 'berasap' di dapur untuk membuat kuih raya. Tidak kira lah, sama ada kuih raya yang anda buat itu untuk makan sendiri ataupun untuk dijual kepada pelanggan, anda harus memastikan kuih raya tersebut selamat dimakan.

Jom ikut tip-tip keselamatan makanan ini supaya kuih raya yang dihasilkan bukan sahaja sedap di mulut tetapi juga selamat dimakan di Aidilfitri nanti.

𝟭. 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜 𝗔𝗣𝗥𝗢𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗟𝗔
Ini dapat mengelakkan rambut, bulu atau apa-apa kotoran yang tidak sepatutnya dari mencemari kuih raya.

𝟮. 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗠𝗘𝗝𝗔
Semua pemprosesan kuih raya WAJIB dijalankan di atas meja. Jangan sesekali melakukannya di lantai kerana habuk atau kotoran boleh mencemari kuih raya.

𝟯. 𝗝𝗔𝗨𝗛𝗜 𝗛𝗔𝗜𝗪𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗜𝗛𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡
Tolong jauhi haiwan peliharaan seperti kucing, burung dan lain-lain dari memasuki kawasan penyediaan kuih raya. Ini untuk mengelakkan bulu dan kotoran dari haiwan ini mencemari kuih raya.

𝟰. 𝗖𝗨𝗖𝗜 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗠𝗨𝗟𝗔
Sila cuci tangan dengan bersih sebelum memulakan kerja-kerja penyediaan kuih raya. Tangan yang kotor mempunyai banyak bakteria yang boleh mencemari kuih raya kita nanti.

𝟱. 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗕𝗔𝗥
Tolong jangan sesekali guna surat khabar untuk lapik/alas/tutup kuih raya anda. Tidak kiralah surat khabar baru atau lama, ini kerana bahan kimia pada surat khabar akan mencemarkan kuih raya.

𝟲. 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗦 𝗖𝗔𝗧 / 𝗕𝗘𝗞𝗔𝗦 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗚𝗥𝗘𝗗 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡𝗔𝗡
Tolong jangan guna bekas cat atau apa-apa bekas bukan gred makanan untuk menyimpan kuih raya anda. Ini amatlah berbahaya kerana bekas-bekas ini mungkin masih lagi mempunyai sisa bahan kimia.

𝟳. 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗟𝗨𝗣𝗨𝗧
Sila pastikan bahan mentah yang digunakan tidak rosak, masih elok dan berkualiti. Selain itu, sentiasa semak tarikh luput pada bungkusan produk.

𝟴. 𝗕𝗔𝗦𝗨𝗛 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗥 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗚𝗨𝗡𝗔
Telur perlu dibasuh sebelum guna bagi memastikan najis dan kotoran pada kulit telur dibersihkan dengan sempurna. Telur sememangnya ada banyak bakteria Salmonella, sebab itu kena basuh betul-betul!

𝟵. 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜 𝗦𝗔𝗥𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡
Amalkan memakai sarung tangan semasa menyusun kuih raya ke dalam bekas simpanan barulah kuih raya tidak tercemar.

Semoga tip keselamatan makanan ini memberi manfaat kepada anda semua. Jangan lupa untuk berkongsi tip ini kepada mak, makcik, sepupu sepapat dan juga saudara-mara anda yang lain ya.

Sama-samalah kita sambut Aidilfitri dengan menikmati juadah raya yang selamat.

RAYA PENUH NIKMAT DENGAN MAKANAN SELAMAT!

kredit:Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan JKN Pulau Pinang

#KuihRaya
#Syawal
#Aidilfitri
#MakananSelamat
#KeselamatanMakanan
#gemarayabkkm2022