CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @ Delima.

Sertai TikTok Live @myhealthkkm esok pada pukul 10.00 pagi.

Majlis pelancaran ini akan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil.

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hepili Go Digital @ Delima

Program HePiLI Go Digital merangkumi pakej untuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara mesej kesihatan yang ada di dalam pakej ini adalah seperti kebersihan diri, kebersihan persekitaran, makan secara sihat, minda sihat dan tak nak merokok.

Layari https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/hepili untuk maklumat lanjut.

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku
Majlis Pelancaran HePiLI Go Digital @DELIMa telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) pada 12 Oktober 2022 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil. Seramai 850 orang jemputan yang daripada pegawai daripada KKM dan KPM, guru besar, guru-guru dan murid telah menghadiri majlis ini.

Pelancaran ini adalah untuk membudayakan cara hidup sihat melalui perkongsian bahan promosi dan hebahan mengenai kesihatan kepada semua pengguna portal DELIMa KPM yang terdiri daripada murid, guru dan ibu bapa.

Selain pelancaran, aktiviti yang dilaksanakan adalah reruai pameran interaktif KKM, trak Jelajah Jom Sihat dan trak Wellness on Wheels (WOW).

#ANMS
#KekalSihat
#hepili
#sihatmilikku

https://facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0uNASNcL4tt8i4FWNjiVcFjDX7yJQj8w68cgKJqQEFvcDP4o7tzLSz1NNNFS6Z6Nhl&id=100068159346549
Adik-adik,

Ingat ya, terus amalkan tip berikut bagi mengelakkan terkena strok haba.

Pastikan badan kekal terhidrat dengan pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari.

Kurangkan aktiviti di luar dan sekiranya perlu, pastikan adik-adik memakai pakaian yang sesuai, topi atau payung 🧢

#kekalsihat
#HePiLI

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama