CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia
452K subscribers
28K photos
309 videos
240 files
2.02K links
Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia
加入频道
Penyakit Chikungunya adalah jangkitan virus yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk Aedes.

Gejala utama penyakit Chikungunya adalah demam panas yang mengejut, sakit sendi dan ruam. Gejala lain yang boleh dialami adalah sakit kepala, sakit belakang mata, sakit otot dan loya.

Pastikan kawasan persekitaran kita bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.
Luangkan masa setiap minggu selama 10 minit.
JOM! Cari dan musnahkan tempat Aedes membiak.

#WorldNTDDay
Hari Penyakit Tropikal Terabai (Neglected Tropical Diseases, NTD) Sedunia disambut pada 30 Januari setiap tahun.

Penyakit-penyakit tropikal terabai (NTD) ialah kumpulan 20 jangkitan tropika yang disebabkan oleh pelbagai patogen termasuk virus, bakteria, parasit, kulat dan toksin.

Penyakit Denggi, Chikungunya, Kusta (Leprosy) dan leptospirosis adalah antara penyakit tropikal yang dilaporkan di Malaysia.

Bersama-sama memainkan tanggungjawab dan memberi komitmen dalam membanteras penyakit yang boleh dicegah ini.

#WorldNTDDay